CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Siti Nuhaliza Kesal Lagu Baharu Dicetak Rompak

9-5-2014 03:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11440| Komen: 50

Description: Tambah Siti, Walaupun Isu Cetak Rompak Sudah Lama Menjadi Masalah Tetapi Beliau Berharap Agar Peminat Atau Penyokong Industri Muzik Diberi Kesedaran Mengenai Kesalahan Dan Impak Sesebuah Lagu Yang Dim ...



PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin begitu kesal apabila single lagu terbaharunya Jaga Dia Untukku yang  dipasarkan menerusi iTunes pada 3 April lalu telah dicetak rompak.

Siti, 35, berkata, pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah menghubungi syarikatnya iaitu Siti Nurhaliza Production bagi memaklumkan lagu tersebut boleh dimuat turun secara percuma tanpa sebarang urusan pembelian di beberapa laman internet.

"Ini sesuatu yang sangat mengecewakan kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah tanpa memikirkan kesusahan pihak lain yang menghasilkan lagu tersebut.

"Saya sendiri telah turun padang mempromosikan lagu ini secara eksklusif di radio Hot FM pada 3 Mei lalu.

"Malah para peminat saya juga mendapatkan lagu ini dengan melanggan di iTunes. Tetapi pada masa sama, ada pihak yang tidak bertanggungjawab `mencuri' hasil kerja orang lain," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.


Tambah Siti, walaupun isu cetak rompak sudah lama menjadi masalah tetapi beliau berharap agar peminat atau penyokong industri muzik diberi kesedaran mengenai kesalahan dan impak sesebuah lagu yang dimuat turun secara haram.

"Jika saya sahaja yang berusaha memantau hal ini memang sukar. Bagi saya, semua pihak yang bertanggungjawab harus ada peranan masing-masing. Saya juga sering mengingatkan para peminat untuk mendapatkan album atau single saya dengan cara yang sah dan asli," ujarnya.

Bagaimanapun Siti berkata, dia bersyukur mengenai perkembangan penjualan lagu Jaga Dia Untukku yang mendapat kedudukan pada carta pertama di iTunes Malaysia.

Siti juga gembira kerana masih ada lagi masyarakat yang memberi sokongan terhadap industri muzik tempatan.

Sementara itu, Presiden RIM iaitu Norman Abdul Halim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan serius terhadap isu lagu-lagu tempatan yang dicetak rompak secara digital.

"Bukan hanya lagu Siti, tetapi mana-mana penyanyi yang membuat laporan mengenai isu ini, pihak kami akan mengambil tindakan yang serius.

"Setakat ini, RIM turut bekerjasama dengan pihak polis serta syarikat perisian komputer untuk mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab itu," tegasnya.

Jaga Dia Untukku adalah ciptaan Aubrey Suwito dan lirik hasil tulisan Rozisangdewi. Ia dirakamkan pada Januari 2014.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote degil81 8-5-2014 12:51 AM
serius lagu2 baru tok ti tak best nak dengar.. sorry tok ti
Quote senahsanasini 8-5-2014 12:58 AM
Ok kesian.. Xpelah.. Berniaga la teh blk... Untung apa..
Quote beta_carotene 8-5-2014 01:05 AM
ada yang siap buat video tribute mh370 lagi background lagu dia..
Quote Orion 8-5-2014 01:12 AM
sedap lagu baru tok ti ni.
part bridge je kureng sket.




Quote mommymonster82 8-5-2014 01:45 AM
Kesian....
Quote RatuDunia94 8-5-2014 04:04 AM
lagu baru Siti ni ada ambik sample lagu2 Rihanna...
Quote jaa139 8-5-2014 08:25 AM
siti nampak tua
Quote awanindah 8-5-2014 08:31 AM
Siti ni baru bangkit tidoq ke hapa??

Dah memang resam pun lagu ka filem baru kene cetak rompak .... dah berkurun dah mek iti ....

Quote gekkou 8-5-2014 08:35 AM
make up dlm pic kat atas tu nmpk huduh
eh motip aku komen make up tok ti
padahal dia ckp psl cetak rompak

lm x layan lagu tok ti..x kn jiwa la..maap
Quote mitnick 8-5-2014 08:47 AM
skrg nie mana2 pun bnyk cetak rompak nie
Quote NAT_11 8-5-2014 08:56 AM
jaa139 posted on 8-5-2014 08:25 AM
siti nampak tua

Dia dah 35 tahun, takkan nak nampak 20han............
Sesuailah cara pemakian dia dengan usianya tu.
35 going up to 40 won't take long......................
Quote AbukRokok 8-5-2014 09:00 AM
face it la this is 2014...bukan tahun 80an lg
memang xleh kekang piracy berteknologi
Quote kucen_miang 8-5-2014 09:02 AM
RatuDunia94 posted on 8-5-2014 04:04 AM
lagu baru Siti ni ada ambik sample lagu2 Rihanna...

kan lagu dia mmg slalu tiru sana sikit sini sikit
Quote pinkzara 8-5-2014 09:03 AM
sedap lagu tu.
mcm lagu2 melly goeslow pun ada.
Quote SissySembah 8-5-2014 09:06 AM
Natural beauty

Quote RatuDunia94 8-5-2014 09:09 AM
awanindah posted on 8-5-2014 08:31 AM
Siti ni baru bangkit tidoq ke hapa??

Dah memang resam pun lagu ka filem baru kene cetak rompak . ...

nope.. sheols mmg dh lama sedar akan perkara piracy ni!

tp dgn keluar story mcm ni at least bg publisity pd lagu bru dia tu!
marketing strategi beb!
Quote tomet05 8-5-2014 09:28 AM
marketing strategy beb
Quote xAthenax 8-5-2014 10:36 AM
http://www.mstar.com.my/~/media/ ... 13&crop=1&/
awat tokti muka dah macam tok Pah nah
Quote solstice 8-5-2014 10:48 AM
Rozie dah jadi penulis lirik pulak ye

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.056201 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top