CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Siti Nurhaliza Bakal Duet Dengan Cakra Khan

28-2-2014 05:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13675| Komen: 115

Description: Siti Atau Nama Sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 34, Berkata, Lagu Duet Tersebut Akan Dimuatkan Dalam Album Solo Terbaharu Penyanyi Itu Namun Proses Rakaman Belum Dijalankan Kerana Masih Lagi Mencari ...

Siti kagum dengan kemerduan suara penyanyi Indonesia, Cakra Khan.

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza mengakui bakal berkolaborasi dengan penyanyi Indonesia popular Cakra Khan.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 34, berkata, lagu duet tersebut akan dimuatkan dalam album solo terbaharu penyanyi itu namun proses rakaman belum dijalankan kerana masih lagi mencari lagu yang sesuai.

"Pihak pengurusan Cakra meminta saya berduet dengan penyanyi itu dan ia adalah satu penghargaan buat diri saya.

"Tambah pula sebelum ini saya pernah membuat persembahan duet dengan Cakra pada Anugerah Planet Muzik (APM) tahun lalu. Saya cukup mengkagumi suaranya yang unik dan merdu.



Siti bersama salah satu lukisan potrait dirinya pada pameran ikon pop negara di Galeri Artelier KL.

"Buat masa ini kami mencari lagu yang bersesuaian daripada komposer Indonesia," katanya.

Siti ditemui pada majlis pameran lukisan yang menandakan dia sebagai ikon pop negara di Galeri Artelier KL di sini pada Rabu.

Tambah Siti, selepas mendapat lagu bersesuaian, penyanyi itu akan ke Indonesia merakamkan lagu di sana sekali gus menyiapkan klip video bersama Cakra di negara itu.

Mengenai pameran tersebut, sebanyak 17 lukisan hasil karya pelukis tempatan dan luar negara dipaparkan di galeri tersebut.



Siti bersama para pelukis yang terlibat dalam projek berkenaan.


Antara nama-nama pelukis yang terbabit ermasuklah Adrian Torres (Sepanyol), Azizi Latif, Faiz Yunus, E.M. Nightwatcher (Iran), Haffendi Anuar, Zizan Rosman dan Nazmi Ismail.

Lukisan tersebut akan dijual bermula daripada harga serendah RM1500 sehingga RM75,000.

Sebanyak 30 peratus daripasa hasil jualan lukisan itu akan disalurkan ke Yayasan Nurjiwa.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote poyohabis 27-2-2014 09:01 PM
Perkara biasa la ct ni kalo x tepek menepek mcm ni...
Quote azie.dz 27-2-2014 09:02 PM
asal ada retis yg pemes...sebuk la mek iti nak berduet...aiyoooooo
Quote HannahMontana 27-2-2014 09:07 PM
sungguh celaka CT ni

xukup rampas suami org...menempel pun minat dia juga

Quote azie.dz 27-2-2014 09:09 PM
#sitiselfie
#sititempek
Quote willowbe 27-2-2014 09:10 PM
Ada ke orang yang nak beli potrait Mek Iti ni?
Quote September14 27-2-2014 09:13 PM
Wow bestnya... Jgn x jd sudah.  Curlast siap ada pmeran lukisan jd ikon pop negara lg.
Quote mrsbob 27-2-2014 09:13 PM
Of cos lah... Mamat tu tgh glamer...
Quote azie.dz 27-2-2014 09:18 PM
HannahMontana posted on 27-2-2014 09:07 PM
sungguh celaka CT ni

xukup rampas suami org...menempel pun minat dia juga

memang celaks!
Quote dubuk 27-2-2014 09:20 PM
zaman ini dah tak ada orang nak namakan anak dengan nama siti
Quote lucky_peace 27-2-2014 09:20 PM
azie.dz posted on 27-2-2014 09:09 PM
#sitiselfie
#sititempek

sititempek, klaka bunyinye, hahah... cube sebut laju2, lama2 terus pronouns setempek, hahahah...
Quote siputsedut 27-2-2014 09:22 PM
Erkkk..sesuai ke ngn siara cakra garau husky gitu?
Quote RUZANA 27-2-2014 09:23 PM
lucky_peace posted on 27-2-2014 09:20 PM
sititempek, klaka bunyinye, hahah... cube sebut laju2, lama2 terus pronouns setempek, hahahah...

kesudahanya..setempe setempe...
Quote achik2009 27-2-2014 09:28 PM


ctdk   Muka nak kena tinggal....#KLIA #hantarsuami #mekah&cairo   3h
Quote lucky_peace 27-2-2014 09:31 PM
RUZANA posted on 27-2-2014 09:23 PM
kesudahanya..setempe setempe...

eloklah tu, kenelah makan tempe banyak2 nak duet dgn si cakra, hahah..
Quote kmelankolia 27-2-2014 09:33 PM
sttempek menempek = stepek
Last edited by kmelankolia on 27-2-2014 09:37 PM

Quote RUZANA 27-2-2014 09:33 PM
lucky_peace posted on 27-2-2014 09:31 PM
eloklah tu, kenelah makan tempe banyak2 nak duet dgn si cakra, hahah..

siti dah relevan dah nak nyanyi2 ni...lagu ntah apa2 je skrg....senang kata nyanyi syiok sendiri...
Quote Leonarzi 27-2-2014 09:33 PM
Bila siti nak berenti menyanyi?
Quote F685 27-2-2014 09:37 PM
achik2009 posted on 27-2-2014 09:28 PM
ctdk   Muka nak kena tinggal....#KLIA #hantarsuami #mekah&cairo   3h

anak sedara aku gelak besar menyampah tgk gambar ni td kat ig
Quote akik 27-2-2014 09:37 PM
yawwnnn..boring!

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.100947 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top