CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Izreen Diceraikan Di Lokasi Penggambaran

22-5-2014 12:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 62746| Komen: 380

Description: Muhamad Riza Yang Juga Jurukamera Bebas Berkata, Dia Baharu Sahaja Memfailkan Permohonan Cerai Di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur Pada 14 Mei Lalu Dan Masih Menunggu Tarikh Untuk Dipanggil Oleh P ...


Suami nafi sudah ceraikan Izreen secara sah

SUAMI kepada pelakon Izreen Azminda, Muhamad Riza Baharuddin terkejut apabila dikatakan telah melafaz cerai terhadap isterinya di set penggambaran semasa berlakunya pertengkaran.

Muhamad Riza yang juga jurukamera bebas berkata, dia baharu sahaja memfailkan permohonan cerai di mahkamah rendah syariah Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu dan masih menunggu tarikh untuk dipanggil oleh pihak mahkamah.

"Kami belum lagi bercerai dan saya belum melafazkan talak kepada dia (Izreen). Kami baru sahaja failkan perceraian pada Rabu minggu lalu dan masih menunggu tarikh (perbicaraan) lagi.

"Saya akui rumah tangga kami bermasalah dan kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan yang lalu, namun kami belum bercerai secara sah lagi," katanya kepada mStar Online.

Muhammad Riza diminta mengulas laporan sebuah akhbar kononnya dia telah melafazkan cerai terhadap Izreen Azminda yang dilakukan di lokasi penggambaran sebuah drama di Pulau Pinang.



Suami lafaz cerai di lokasi penggambaran

PELAKON popular, Izreen Azminda mengesahkan bahawa hubungannya dengan Muhammad Riza sudah berakhir.

Riza dilaporkan menceraikan Izreen di lokasi penggambaran di Pulau Pinang setelah berlaku pertengkaran di antara mereka.

Lafaz cerai itu berlaku pada 16 Mei lalu di set penggambaran terbaharu membabitkan lakonan Izreen yang turut disaksikan beberapa kru dan pelakon lain.

“Ya, kami sudah tiada apa-apa ikatan lagi. Tiada jodoh antara kami. Saya pasrah dengan ketentuan ini. Cuma buat masa ini saya enggan mengulas lanjut dan saya ia tak perlu diperbesarkan.

“Mungkin ini sudah tertulis dan langkah terbaik buat saya dan dirinya. Beliau lelaki yang baik yang pernah hadir dalam hidup saya. Hidup harus diteruskan dan paling utama ialah saya ada anak untuk dibesarkan,” katanya dipetik akhbar tempatan, hari ini.

Izreen Azminda dan Muhammad Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idadzira 21-5-2014 08:22 AM
ler apa citer ?
Quote mamapea 21-5-2014 08:22 AM
apehal lak tetiba jer ni?
Quote tiktock 21-5-2014 08:22 AM
ya allah kesiannya....
Quote bambimbom 21-5-2014 08:22 AM
hah?? ala siannye dia
Quote suterabiru123 21-5-2014 08:24 AM
Aikkk cerai dalam drama ke...ke cerai btoi..tt sila bg pencerahan
Quote ainie_1008 21-5-2014 08:24 AM
laaaa.. takkan suami di cemburu sbb dia berlakon kot.
Quote watachiwa 21-5-2014 08:25 AM
erk.. betol ke ni.. kesiannya
Quote white01whale 21-5-2014 08:26 AM
Gelojohnya bergossip... Sampai tak sempat nak tepek artikel nya hohhh!!
Quote dubuk 21-5-2014 08:28 AM
mungkin suaminya terasa dayus
Quote mamyziyaad 21-5-2014 08:28 AM
ye betol..ni dari info team produksi sendiri. Diceraikan. Kesian pada anak yg masih kecil
Quote Hessa 21-5-2014 08:31 AM
aduhai..kesiannya..
anak dia sebaya anak iols...
Quote skymania 21-5-2014 08:31 AM
Laki die org produksi gak kan?..menah ni gigih blakon..bnyk drama pas beranak... Cari duit..
Quote mamyziyaad 21-5-2014 08:34 AM
laki dia cameraman. rasanya kes cemburu, kalau kuat cemburu, buat apa ko kawin artis kan.
Quote sueism 21-5-2014 08:35 AM
la kesian sungguh baru aje dia bersalin. tak lah baru sangat
Quote roti_naan 21-5-2014 08:36 AM
lahai.. kesiannye.
macam baru je kawen kan?
Quote hak 21-5-2014 08:37 AM
ni yg bekas ex johan tu kann.. waduhh kesianya.. haritu br bg nasihat kat johan.. tup tup dia plak cerai.. waduhh
Quote mamapea 21-5-2014 08:38 AM
mamyziyaad posted on 21-5-2014 08:28 AM
ye betol..ni dari info team produksi sendiri. Diceraikan. Kesian pada anak yg masih kecil

siannya..baru jer dpt baby..
kenapala buat keputusan terburu2..
bincangla baik2..kalau cemburu tak pyhla
benarkan izreen berlakon lagi..duduk jer kt rumah..
Quote kakikuDibibirmu 21-5-2014 08:39 AM
kalau artikel takkan drama pulak sis?

ai, dia cerai dulu sebelum abby
Quote kakikuDibibirmu 21-5-2014 08:41 AM
dahulu 30 Ogos 2012

Lihat semua komen(380)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.203560 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top