CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Izreen Akui Ada Rasa Luar Biasa Pada Amar Baharin

2-7-2014 10:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 46792| Komen: 238

Description: Izreen Memberitahu Mereka Punya Chemistry Dan Rasa Luar Biasa Ketika Berlakon Bersama-Sama Dalam Drama Itu.

Izreen Akui Ada Rasa Luar Biasa, Chemistry Pada Amar Baharin?

KL, 1 JULAI 2014: Amboi nampaknya drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan yang ditayangkan di TV3 itu semakin hits dan popular dikalangan penonton kini. Lebih-lebih lagi hero dan heroinnya juga turut mendapat perhatian iaitu Izreen Azminda dan Amar Baharin.


Yelah awal-awal lagi, kemesraan mereka di dalam dan di luar drama itu telah menjadi kontroversi dan bualan selepas Izreen bercerai dan berstatus janda.

Ada peminat yang kurang senang dengan aksi mereka kerana mendakwa Izreen tidak menjaga tingkah laku sewaktu tempoh edah.

Namun, semua itu tidak dihiraukan oleh Izreen malah, dia berpendapat foto-foto mesra yang dimuat naik di laman sosial Instagram hanyalah untuk mempromosikan drama tersebut.


Malah, semalam Izreen sendiri terus memuat naik foto-foto mesranya bersama Amar untuk mengucapkan selamat hari jadi.

Selain mengucapkan ucapan ulang tahun, dalam kapsyen tersebut Izreen turut meluahkan rasanya sepanjang bekerjasama dengan Amar di set penggamabran drama itu. Izreen memberitahu mereka punya chemistry dan rasa luar biasa ketika berlakon bersama-sama dalam drama itu.

Berikut merupakan gambar dan kapsyennya


“Buat sahabat baik saya.. Amar Mohd Baharin.. Happy Brithday! Semoga kain dimurahkan rezeki..umur panjang..n happy2 slalu dgn family..dikesempatan ni.. I nak ucapkan tq so much layan mcm2 kerenah I di set #KTAR (Kerana Terpaksa Aku Relakan) selama 3 bulan lebih kita bekerjasama…chemistry dan rasa yang luar biasa utk I dan juga utk penonton..jd bapak2..Abg2..Mak2 dgn I..sahabat yang baik..pendenagr yg setia..tq so much sahabat..happy birthday again!!”
Post Izreen itu bagaimana pun mendapat respon positif daripada peminat yang suka akan lakonan dan hubungan mereka kini.



1

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skymania 1-7-2014 12:14 PM
menguatkan gosip yg ada.. tabahlah..
Quote ellZack 1-7-2014 12:18 PM
jadinya membetulkan gosip yg sheols yang problemo instead of ex-husband sheols?
Quote camflo03 1-7-2014 12:20 PM
iols rasa cerita KTAR ni biasa jer..pendapat iols k..
Quote maxim 1-7-2014 12:21 PM
bkn dalam edah lg ke minah ni

motip dok upload gambar gitu padahal nak wish hepi besday jah pon

Quote misskitty 1-7-2014 12:22 PM
iols suka.. sebab tetiba tgk abg zen ensem sbb dia suka senyum sumbing..
Quote zazazieglers 1-7-2014 12:28 PM
Bagi i izreen ni tade lah cantik mane pun. Haha. Jahat mulot i ngate org tak cantik di bulan mulia ini. Haha
Quote seri_mawr 1-7-2014 12:33 PM
cara artis2 "bersahabat baik" lain betul...

dah rupe cam bercinta jek gaya bergambar nya...

oh dunia artis......
Quote ainie_1008 1-7-2014 12:33 PM
besday amar ke hri nie?
Quote achik2009 1-7-2014 12:34 PM
Dulu Erra, kini Izreen...

AQMAR MUSTAZA

1 Julai 2014



DRAMA Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) kini mencetuskan fenomena di slot Akasia TV3 sehingga tidak keterlaluan untuk penulis katakan, ramai yang menanti drama itu setiap jam 7 malam.

Dek kerana drama itulah, nama dua gandingan utamanya, Amar Baharin dan Izreen Azminda menjadi perhatian ramai.

Keserasian mereka di dalam drama itu, membuatkan ada pihak mula mengada-adakan cerita bahawa Amar dan Izreen kini menjalinkan hubungan cinta sekali gus, Amar dituduh punca perceraian aktres itu dengan bekas suaminya, Riza Baharuddin Jun
lalu.

Buktinya kelmarin, sebuah artikel (bukan Sinar Harian) disiarkan mengenai kisah sebenar di sebalik penceraian Izreen sekali gus mengheret nama Amar di dalam masalah rumah tangga aktres itu.

Artikel tersebut mendedahkan hubungan Izreen dan Amar mula disyaki melebihi kawan biasa beberapa bulan lalu semasa mereka menjalani penggambaran KTAR.

Tidak berdiam diri dengan tuduhan itu, Amar memberi jawapan menerusi laman Instragramnya bahawa, dia tidak memerlukan publisiti seperti itu untuk mempromosikan drama KTAR kerana peminat lebih pandai menilai kualiti dari khabar angin yang tak sahih.

Malah tatkala ditebak Zass mengenai perkara sama, Amar berkata, biarlah orang menyebarkan fitnah itu menanggung dosa.

"Yang pasti, apa yang diperkatakan dalam artikel itu tidak betul dan biarlah orang yang menyebarkan menanggung dosa," katanya.

Amar yang sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan Primadona filem Malaysia, Erra Fazira berkata, dia melihat perkara ini kerana pengaruh KTAR.

"Bagi saya ini cuma sebahagian permainan industri hiburan. Tak ada gosip, kurang rencah dan sendu pula industri nanti," ujarnya.

Menyentuh perihal hubungannya dengan Izreen selepas gosip tersebut disiarkan, Amar berkata : "Tidak ada apa-apa yang terjejas antara saya dan Izreen kerana memang jelas kami tidak mempunyai apa-apa hubungan.

"Selepas penggambaran drama itu berakhir, kami buat hal masing-masing," jelasnya.

Pengaruh Tajul Razin

Membawakan watak Tajul Razin dalam drama KTAR, Amar mengakui popularitinya sedikit berubah sejak menjayakan drama itu.

"Bagi saya terkenal atau tidak, saya tetap hidup biasa seperti sebelum ini. Cuma sekarang ini, saya nampak nama Amar Baharin kerap keluar di akhbar, majalah.

"Apa pun saya percaya watak Tajul Razin itu  tetap memberi kesan. Banyak cabaran perlu saya pikul dalam membawa watak itu," katanya.



Credits: sinarharian.com.my
Quote lizaluvliz 1-7-2014 12:37 PM
wow...gmbr ala2 nak ciummmm pon ada
Quote cik.panda 1-7-2014 12:42 PM
Lepas tu ada hati nak kata orang fitnah... Hipokrasi maksimum.
Quote cik.panda 1-7-2014 12:43 PM
Ke Izreen ni je yang lelebih tapi Ammar biasa2 je? Ammar ada upload gambar2 mesra jugak ke di IG?
Quote edoraixora 1-7-2014 12:44 PM
hmmm....adekah benar segala gosip selama ini??
Quote onetwonine 1-7-2014 12:45 PM
gateiii                              
Quote iman_aly 1-7-2014 12:46 PM
ade chef wan kesah???
Quote fcl29 1-7-2014 12:50 PM
zazazieglers posted on 1-7-2014 12:28 PM
Bagi i izreen ni tade lah cantik mane pun. Haha. Jahat mulot i ngate org tak cantik di bulan mulia i ...

tp dlm citer KTAR tu... indah tu kononnya pompuan palinggggggg cantikkkk.... hihihihih x paham aku..
Quote Madel 1-7-2014 12:50 PM
Ala Sharnaz dgn Nelydia la konon kan
JebatMas gitu..

Acik2 bod drama..apa lagi pray la utk mereka berdua cm korang pray utk NelyNaz
Quote cantleyi 1-7-2014 12:53 PM
hurm..da beberapa episod drama KTAR aku skip..terpaksa

macam ada bau2 yang kurang enak dari ucapan izreen tu

kalu jadi bagusla..semoga dipermudahkan semuanya
Quote Dia_Yuni 1-7-2014 12:56 PM
Dlm gambar nampak mcm si izreen yg ngeletis lelebih kat amar

Lihat semua komen(238)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.062680 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top