CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Norman Hakim Sanggup Tayang Six Pack

26-5-2014 09:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20504| Komen: 58

Description: Jelas Norman Hakim, Teringin Juga Dia Muncul Dengan Menunjukan Tubuh Badannya Untuk Majalah Seperti Men’S Health, Tetapi Dia Masih Belum Pasti Sekiranya Bentuk Tubuhnya Itu Melengkapi Kriteria Yang D ...


KUALA LUMPUR, 26 MEI 2014: Kemunculan pelakon kacak Norman Hakim ketika majlis pencarian Men’s Health Cover Guy tenyata telah menjadi perhatian ramai terutama peminatnya yang mengikuti perkembangannya selama ini.

Malah tidak kurang juga beberapa pihak yang terkesima dengan bentuk fizikal yang dimiliki suami kepada pelakon Memey Suhaiza berkenaan.

Ramai yang tidak menyangka, dalam usia Norman Hakim yang semakin meningkat dan sudahpun berumah tangga serta memiliki cahaya mata, dia masih menjaga fizikalnya agar kekal tegap, sasa serta cukup maskulin.

Ditemui ketika majlis berkenaan, Norman Hakim berkata dia sangat berbesar hati apabila diundang untuk menjayakan majlis berkenaan yang turut dihadiri ramai jejaka yang memiliki tubuh badan sasa sepertinya.

Katanya, sudah lama dia tidak muncul dalam kebanyakan majlis seperti itu dan undangan yang diterima tidak dapat ditolak dengan begitu sahaja apatah lagi dia memang sorang yang cukup disiplin dalam soal menjaga kesihatan tubuh badan agar kelihatan segar.

“Memang saya sudah lama tidak muncul dalam banyak acara, maklum sajalah sibuk dengan penggambaran drama terutama sekarang selepas penggambaran drama Hari Ibu kemudian saya terbabit dengan Hari Bapa dan kini banyak untuk drama sempena lebaran serta hari raya.

“Bila diundang ke majlis seperti ini, rasa seronok pula rasanya dan membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjaga kesihatan dan memastikan tubuh badan saya kekal sihat serta lebih berotot,” katanya yang ringkas menggayakan kemeja-T putih sendat, seluar panjang denim serta topi.

Kemunculannya disedari ramai pihak dan tidak ketinggalan mahu merakamkan gambar bersama-sama jejaka tinggi lampai yang tak pernah lokek dengan senyuman itu.

Jelas Norman Hakim, teringin juga dia muncul dengan menunjukan tubuh badannya untuk majalah seperti Men’s Health, tetapi dia masih belum pasti sekiranya bentuk tubuhnya itu melengkapi kriteria yang diinginkan.

“Nak juga muncul dalam majalah seperti ini, tapi tak mahulah terlalu menayang sangat. Lagipun banyak lagi yang perlu saya perbaiki jika nak muncul,” katanya sambil tersenyum simpul.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 26-5-2014 08:53 AM
tak ada shirtless pun?
Quote kosukeconan 26-5-2014 08:54 AM
ingat ada pic dia tunjuk six packs
Quote kosukeconan 26-5-2014 08:54 AM
ingat ada pic dia tunjuk six packs
Quote CrowneGlory 26-5-2014 08:59 AM
Buat apa la six pack kalau perangai cam hamjadah...
Quote miss_rose 26-5-2014 09:03 AM
Teringin menunjukkan tubuh badan.. norman.norman.. ni la yg memey bangga tu kan..
Quote Leonarzi 26-5-2014 09:05 AM
Mana six pack nya? Ber aum aummm la bakyah kalau tgk
Quote girly.. 26-5-2014 09:09 AM
dah tua dah dia nih... alahai....
Quote makton 26-5-2014 09:11 AM
dah macam pondan lorong!
lebih2 lg muka ko kat billboard ephyra tu
Quote redz85 26-5-2014 09:17 AM
bagus lah dia menjaga badan.. lelaki melayu kalau dah meningkat 40 selalu nya buncit  
Quote enchikfitz 26-5-2014 09:19 AM
Aku suka penampilan Norman. Still segak walaupun dah nak masuk 40 an. Tak mcm artis lelaki yg lain.

Tp tang atiitude, no komen.
Quote lady_bonia 26-5-2014 09:27 AM
Untung ler memey...
Quote whadda 26-5-2014 09:35 AM
baru jumpe die smalam ngan memey kat booth ephyra... cantiknye memey... walopon makeup sekati... badan norman takde le besar sangat pon... ala2 sedap je... pandai die jaga badan...
Quote Santeira 26-5-2014 09:38 AM
still geli kat ko. tq
Quote kakikuDibibirmu 26-5-2014 09:38 AM
lady_bonia posted on 26-5-2014 09:27 AM
Untung ler memey...

rugilah abby sebab dapat farhan dan dino
Quote cepheid 26-5-2014 09:38 AM
rembeslah abby nanti
Quote Leeen82 26-5-2014 09:40 AM
Quote solstice 26-5-2014 09:56 AM
mana nyerrr
x de pon
Quote crazecousa 26-5-2014 09:58 AM
ler... mane gambarnye? baru nak stim tgk hahaha
Quote jlo 26-5-2014 10:05 AM
ingat ada gambar 6packs ...

ehhh motip aku nangesssssssss....

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.062072 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top