CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

'Muka Pecah' Punca Hazama Tiada Tawaran Duta Produk

7-11-2014 03:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18087| Komen: 111

Description: "Dulu Penyanyi Zainal Abidin Pernah Berkata, Sebelum Menerima Tawaran Menjadi Duta (Produk), Penting Untuk Seseorang Itu Memilih Adakah Produk Berkenaan Sesuai Dengan Imej Yang Kita Bawa Atau Tidak. ...
Kurang Tampan Punca Hazama Tiada Tawaran Duta Produk


Hazama tidak pernah berkecil hati apabila kurang menerima tawaran sebagai duta produk.

PETALING JAYA: Penyanyi Hazama mengakui jarang menerima tawaran daripada mana-mana syarikat yang mahu memberi peluang untuknya menjadi duta atau jurucakap mana-mana produk berikutan tidak memilki wajah tampan.

Bagaimanapun Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 30, berkata, dia tidak pernah berkecil hati dengan situasi itu kerana ia mungkin bukan rezeki baginya.

"Diakui, tidak banyak syarikat yang inginkan saya menjadi duta produk mereka. Tetapi saya tak berkecil hati kerana fokus utama saya adalah membina nama sebagai seorang penyanyi dan bukannya menjadi duta produk.

"Cuma ia sekadar satu bonus buat seseorang artis jika mendapat tawaran itu. Dan memandangkan trend sekarang banyak produk kecantikan memutihkan muka di pasaran, 'muka pecah' macam saya ini, ada ke orang nak saya jadi duta? Hahaha..." boraknya dengan nada bergurau.


Tambah Hazama, walaupun jarang menerima tawaran menjadi duta produk, dia tetap akan memilih produk yang sesuai sekiranya ada syarikat yang ingin memberikan tawaran itu.

Kata penyanyi lagu Penglipur Lara itu, dia enggan produk yang diwakilinya nanti boleh menjejaskan reputasinya sebagai penyanyi.

"Dulu penyanyi Zainal Abidin pernah berkata, sebelum menerima tawaran menjadi duta (produk), penting untuk seseorang itu memilih adakah produk berkenaan sesuai dengan imej yang kita bawa atau tidak.

"Bayangkan, saya pernah mendapat tawaran daripada sebuah syarikat yang menjual kopi kesihatan untuk orang yang sudah berkahwin. Saya menolaknya dengan baik, kerana sebagai orang yang belum berkahwin, rasanya tidak relevan untuk saya menjadi duta produk tersebut," ujarnya.


Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hazama kini muncul dengan single terbaharu berjudul Al Nurra menampilkan penyanyi Mawi.

Hazama turut tercalon pada pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik Ke-29 (MM29) menerusi lagu Malaikat pada 14 November ini.

7

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote smeetasmitten 5-11-2014 09:42 AM
Quote arrowtotheknee 5-11-2014 09:45 AM
Pecah rumah koooo...
Quote kejoraria 5-11-2014 09:46 AM
mawi tak hensem boleh aja jd duta....ker dia ni lg tak hensem dr mawi
Quote arrowtotheknee 5-11-2014 09:46 AM
Selalunya orang pecah rumah dapat awek mesti cun.

Mamat hensem pulak mesti dapat awek tak cun.
Quote maxim 5-11-2014 09:47 AM
kejoraria posted on 5-11-2014 09:46 AM
mawi tak hensem boleh aja jd duta....ker dia ni lg tak hensem dr mawi

mawi hensem k..sedap jah mata memandang
Quote ellZack 5-11-2014 09:48 AM
kejoraria posted on 5-11-2014 09:46 AM
mawi tak hensem boleh aja jd duta....ker dia ni lg tak hensem dr mawi

mawi tu iols rasa maybe more about aura dia..

Quote Blueberri 5-11-2014 09:49 AM
jarang ker atau memang tak pernah kena tawar jadi duta produk kecantikan...
Quote Blueberri 5-11-2014 09:49 AM
kejoraria posted on 5-11-2014 09:46 AM
mawi tak hensem boleh aja jd duta....ker dia ni lg tak hensem dr mawi

mawi ader aura kot...dia takder aura
Quote azie.dz 5-11-2014 09:57 AM
mawi ensem...sejuk jah tgk ahaks

hazama ni nyanyi je la...tak yah duta2 sgt huhuhu
Quote makneng 5-11-2014 10:06 AM
tp aku lebih suka tgk muka dia ni dr muka wak doyok tu..
Quote ariellin 5-11-2014 10:10 AM
x suka dia..x tau napa..
puas nak cuba suka,..ttp tak leh suka..
Quote arira_arora 5-11-2014 10:12 AM
tkper la... janji sore ko ok..
Quote idril 5-11-2014 10:15 AM
i suka lagu hazama ku relakan jiwa ngan malaikat..... dia nyanyi feel uols........
Quote kentutmanis 5-11-2014 10:20 AM
muke pch rumah pch almari biasenye straight, kalu jambu tu yg kurang diyakini kelelakiannye..
anyhow kalu hazama jd duta dr syarikat produk Org Kampung , i rase ok je sbb muke dia mmg nmpk kampong pon
Quote cruz2 5-11-2014 10:25 AM
Lately dh start ter-suka hazama..nmpk manly dgn gaya ckp selambanya compare dgn dulu mcm poyo jh tambah pulak dgn  lilit ahli rukun tetangga kat lengan
Quote gekkou 5-11-2014 10:28 AM
tajuk kata TIADA TAWARAN
hazama kata TIDAK BANYAK

aiyooo...mn satu betul ni?
tajuk dgn content x seiring
Quote user2012 5-11-2014 10:38 AM
gekkou posted on 5-11-2014 10:28 AM
tajuk kata TIADA TAWARAN
hazama kata TIDAK BANYAK

Sdh terang lagi bersuluh uolls. Takkan la heolls nk ngaku xdpt langsung khenn
Quote malaywood.NET 5-11-2014 10:39 AM
knp aku tengok ada rupa jer muka hazama ni.
Quote aleesyasofia 5-11-2014 10:40 AM
kebanyakannya produk kecantikan mmg cari yang hensem dan lawa2..
alamatnya mmg xberkesan pon produk tue sebenarnya..

sekadar pandangan..

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.068891 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top