CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Hazama Putus Cinta Setelah 7 Tahun

1-10-2013 04:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 49025| Komen: 246

Description: Juara Akademi Fantasia (Af) Musim Kesembilan, Hazama, Menegaskan Cintanya Selama Tujuh Tahun Dengan Bekas Kekasih Putus Kerana Tiada Lagi Keserasian Dan Persefahaman, Bukan Disebabkan Kehadiran Pemuzi ...



Hubungan tujuh tahun Hazama dengan gadis biasa putus kerana tidak serasi

Juara Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan, Hazama, menegaskan cintanya selama tujuh tahun dengan bekas kekasih putus kerana tiada lagi keserasian dan persefahaman, bukan disebabkan kehadiran pemuzik, Genervie Kam.

Penyanyi itu turut menegaskan, populariti juga bukanlah punca perpisahannya dengan gadis biasa berkenaan. “Andainya saya lupa daratan kerana hanyut dek populariti, saya tidak perlu tunggu beberapa tahun untuk mengakhiri perhubungan kami. Sebaliknya saya boleh tinggalkan bekas kekasih sebaik saja keluar daripada AF kerana ketika itu nama sedang hangat. Namun, saya tidak berbuat demikian kerana hubungan kami tiada masalah.



“Setelah tujuh tahun berkawan, akhirnya kami berasakan tiada lagi keserasian. Siapa yang tidak sedih apabila hubungan selama itu boleh berakhir dengan perpisahan, apatah lagi saya pernah sasarkan ingin berkahwin pada usia 30 tahun? Tetapi, kami mengakhirinya dengan baik, malah tidak berlaku tegang urat sewaktu keputusan dibuat,” jelas Hazama.

Mula intim dengan pemain biola berusia 33 tahun sejak hampir enam bulan lalu, Hazama berkata, dia lebih senang berterus terang mengenai hubungannya dengan wanita itu.

Senang berkawan kongsi bidang sama

Hazama mengaku tidak pandai bercerita, tetapi jika ditanya mengenai kisah peribadinya, dia takkan berselindung.

“Kami sudah lama kenal, tetapi mula rapat sejak beberapa bulan lalu. Mungkin berada dalam bidang sama menyebabkan kami mudah serasi. Saya seronok berkawan dengan Genervie kerana biarpun berbangsa Cina, namun sifat kemelayuan cukup menebal dalam dirinya.

“Kami masih dalam fasa mengenal hati budi masing-masing dan setakat ini, perbualan juga belum menjurus ke arah yang lebih serius. Seandainya ditakdirkan dia jodoh saya, saya terima. Bagi saya, perbezaan agama bukan masalah untuk kami rapat, cuma saya tidak akan desak dia untuk memeluk Islam. Biarlah hatinya terbuka dengan sendiri,” kata Hazama.

Ditanya penerimaan keluarga Genervie, Hazama memberitahu, setakat ini famili wanita itu melayannya dengan baik setiap kali dia berkunjung ke studio milik pemuzik berkenaan, yang terletak di kediaman keluarganya.

Nama Genervie dalam bidang muzik bukanlah asing, sebaliknya dia banyak bekerjasama dengan penyanyi terkemuka tanah air seperti Faizal Tahir, Anuar Zain, Ning Baizura, Datuk Siti Nurhaliza dan ramai lagi.

Tak sabar belayar bersama peminat

Berbicara mengenai kerjaya seni pula, Hazama amat bersyukur apabila album sulung berjudul Penglipur Lara mendapat sambutan baik peminat. Walaupun promosi belum dilakukan secara rasmi, Hazama berpuas hati kerana peminat menyukai lagu terkandung dalam album berkenaan.

Rancangan mempromosikan album itu akan dilakukan dalam waktu terdekat, iaitu selepas klip video lagu Penglipur Lara disiapkan.

Sementara itu, Hazama yang bakal menyertai rombongan pelayaran Gemilang Bersama Bintang, Anugerah Bintang Popular BH 2012 bersama Star Cruises ke Phuket dan Krabi, dari 6 hingga 9 Oktober ini, mengakui tidak sabar bercuti dengan peminat. Selain Hazama, percutian itu turut disertai Hafiz Suip dan Didie Alias.

Bukan saja julung kali menaiki kapal pelayaran, inilah juga percutian pertamanya dengan peminat. Faktor itulah yang membuatkannya tidak sabar menyertai percutian berkenaan.

“Bukan tidak pernah menyertai sebarang aktiviti membabitkan peminat, tetapi sebelum ini ia lebih kepada aktiviti makan-makan. Tapi, kali ini pengalamannya berbeza kerana selain dapat menaiki kapal pelayaran, saya juga akan menghabiskan masa selama empat hari bercuti bersama mereka, Setidak-tidaknya aktiviti sebegini dapat mendekatkan lagi diri dengan peminat,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dahliateck 30-9-2013 04:43 PM
alahai siannyer dia
Quote tapibukanaku 30-9-2013 04:44 PM
dahliateck posted on 30-9-2013 04:43 PM
alahai siannyer dia

Khenn??

bertabah lah
Quote jepp 30-9-2013 04:46 PM
Tak larat nak baca pepetang nih.
ex dia siapa?
Quote dayana88 30-9-2013 04:48 PM
xde yg curious ke wajah genervie tu? ke populer dah? meh la aku tlg tepek.. even korg dah kenal buat2 nak kenal jela yer..heheheh



Quote wangii 30-9-2013 04:49 PM
tujuh taun tu.....ksian...
Quote miznieda 30-9-2013 04:50 PM
slalu nmpak hazama dating kt curve n uptown damansara...
tp mcm lain je muka pmpuan tu
Quote tapibukanaku 30-9-2013 04:52 PM
miznieda posted on 30-9-2013 04:50 PM
slalu nmpak hazama dating kt curve n uptown damansara...
tp mcm lain je muka pmpuan tu

memang lah lain
pompuan dlm gambar tu, orang lain yg dikatakan punca perpisahan
gitu...
Quote tapibukanaku 30-9-2013 04:52 PM
jepp posted on 30-9-2013 04:46 PM
Tak larat nak baca pepetang nih.
ex dia siapa?

ex dia gadis biasa je.
hazama lah cakap..
Quote tapibukanaku 30-9-2013 04:53 PM
dayana88 posted on 30-9-2013 04:48 PM
xde yg curious ke wajah genervie tu? ke populer dah? meh la aku tlg tepek.. even korg dah kenal buat ...

thanks uols..
Quote achik2009 30-9-2013 04:55 PM
TT ni karatz hazama ke?....
Quote Mizlyn 30-9-2013 04:56 PM
tanya sama pokok apa sebab goyangggg ...
Quote vionna007 30-9-2013 04:57 PM
wowww...inikan amoi yang dikatakan.."sikap kemelayuannya cukup menebal.."..
Quote tapibukanaku 30-9-2013 04:58 PM
achik2009 posted on 30-9-2013 04:55 PM
TT ni karatz hazama ke?....

Mati lah.....


Last edited by tapibukanaku on 30-9-2013 06:10 PM

Quote tapibukanaku 30-9-2013 05:00 PM
vionna007 posted on 30-9-2013 04:57 PM
wowww...inikan amoi yang dikatakan.."sikap kemelayuannya cukup menebal.."..

yer amoi tu makan pakai tangan..
Quote miznieda 30-9-2013 05:02 PM
tapibukanaku posted on 30-9-2013 04:52 PM
memang lah lain
pompuan dlm gambar tu, orang lain yg dikatakan punca perpisahan
gitu...

noks...
kata nyer dh knl lbih kurang 6 bulan kn...
paling latest iols jmpe hazama kt uptown bln lps dgn pmpuan...
tk tau laa kalo pmpuan ni tk makeup lain muka nyer
Quote beatgirlX 30-9-2013 05:04 PM
hurm......
amoi rupanya..hehe
Quote nenekdiva 30-9-2013 05:08 PM
hmm hazabnya muka...
Quote edoraixora 30-9-2013 05:09 PM
oooo....genervie. baru knal sbab tgok konsert prelude af 2013 ni. pemuzik af la ni. msti knal mse af dulu
Quote nekjah 30-9-2013 05:09 PM
bercinta ke? alih2 tau putus jek...whatever

Lihat semua komen(246)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.119310 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top