CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Bekas Pengurus Saman Zizan Razak Lebih Rm500,000

14-11-2014 03:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14189| Komen: 67

Description: Saman Tersebut Difailkan Selepas Marina Dari Wire Fame Entertainment Sdn Bhd Mendapati Zizan Atau Nama Sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, Melanggar Syarat Kontrak Apabila Dia Bekerjasama Dengan S ...
Bekas Pengurus Saman Zizan Razak Lebih Rm500,000

Zizan Razak



PETALING JAYA: Kemelut antara Zizan Razak dan bekas pengurusnya sampai ke kemuncak apabila pelawak itu disaman lebih setengah juta ringgit selepas dia didakwa melanggar kontrak pengurusan artis yang ditandatanganinya.

Marina Juki selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap Zizan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dekat sini pada 6 November lalu.

Saman tersebut difailkan selepas Marina dari  Wire Fame Entertainment Sdn Bhd mendapati Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain sedangkan perjanjiannya dengan Wire Fame masih belum tamat yang mana ia berakhir pada 5 Mei 2015.

Marina selalu plantif menuntut ganti rugi khas lebih RM500 ribu, ganti rugi am sebanyak 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh defendan (Zizan) daripada syarikat pengurusan lain.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote changa=famri7 13-11-2014 10:12 PM
Dalam pada itu, Marina juga menuntut faedah lain sebanyak 5 peratus setahun dari tarikh pemfailan saman berkenaan.

Beliau juga turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada meneruskan kontrak dengan pihak syarikat pengurusan baru memandangkan dia masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama plaintif.

Marina turut membuat tuntutan ganti rugi bagi pelanggaran kontrak tersebut termasuklah kos dan lain-lain tuntutan munasabah oleh pihak mahkamah.

Terdahulu, Zizan dikatakan sudah tidak berhubungan dengan pengurusnya gara-gara masalah peribadi dan perkara itu membuatkan syarikat Wire Fame yang ditubuhkan bersama akan dibubarkan.

Masalah itu berlarutan sehingga Marina yang memegang saham sebanyak 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat dan Zizan yang memegang saham terbesar sebanyak 70 peratus telah menyekat akaun bank syarikat.

Bagi kes berkenaan, Marina akan diwakili peguam Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana.
Quote edoraixora 13-11-2014 10:21 PM
Bertambah panjang kemelut dieorg ni
Ape msalah zizang ni sebenornye
Quote doubleA 13-11-2014 10:23 PM
15% gaji dia dah lebih 500ribu?
Memang kayo ko zizang.
Patut ramai berlumba2 masuk realiti show.
Quote bungarose 13-11-2014 10:29 PM
Bnyknya rmrmrmrm
Quote munchkin 13-11-2014 10:33 PM
dah kenapa pulak ni. hmmm.
Quote Suchi 13-11-2014 10:41 PM
zizang.. tak sangka mung kaya raya le ning
poremer cari pun pung tak sekaye mung
maklumlah kije makang gaji jer
berape sen lah sangat buleh bulang2
Quote bambimo 13-11-2014 10:44 PM
Waa tuntut 15% jah dh byk supo tu...
Patut la emma suko ke mung zang zang
Quote Akulah7E. 13-11-2014 10:47 PM
orang politik main saman RM100 juta atau RM10 juta biasa-biasa sahaja....tuntut banyak tu,belum tentu dapat....kalau dapat pun sedikit sahaja
Quote izat123 13-11-2014 11:35 PM
Bawak bawak setel lah. Marina ni dulu dengan zizan macam adik beradik dah, mana ada zizan ada marina juki ni. Boleh gaduh pulak
Quote sepitsiput 14-11-2014 12:14 AM
di mata meols, nampak marina juki ni yang bermasalah..tp entahlah...tengok je lah camne kesudahanyya
Quote noraidil_06 14-11-2014 12:20 AM
Zizan salah u percaya sgt pd manager. Gi bg share kt manager pesal.wpun minoriti share, its still a share.

Artis byk yg kena tipu dgn manager, even arwah sudirman yg educated pun kena tipu, ini plak u yg sek sekerat2 ni.

Kawin cpt dgn emma, suruh dia je jd manager.
Quote noraidil_06 14-11-2014 12:22 AM
I have a feeling yg zizan ak menang.cr lawyer yg bgus please c.c [url=home.php?mod=space&uid=1959693]@lindarafee  
Quote cmf_ummi 14-11-2014 03:12 AM
yang ni pula bukan memuki tapi marina juki, menjuki
Quote maxim 14-11-2014 04:45 AM
suh emma jd manager? so funny
Quote ice98 14-11-2014 05:27 AM
Zizan perasan bijak dr org lain....
Quote famri7 14-11-2014 06:46 AM
Selayaknya sis..ummah pprt bimbo tidak dibenarin pegang duit bnyk2..nanti hancur bumi.
Quote fifie_olin 14-11-2014 07:16 AM
nak heran ape duit dia byk...job besepah kot
Quote encikWawad 14-11-2014 07:30 AM
noraidil_06 posted on 14-11-2014 12:20 AM
Zizan salah u percaya sgt pd manager. Gi bg share kt manager pesal.wpun minoriti share, its still a  ...

sok kalau emma jadi manager
maunya ada yang repeat kes awie tumbuk bini
-
hehe
Quote rosasa 14-11-2014 07:32 AM
tak surut pun duit zizan tu sekarang ni..bayar je la

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.058301 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top