CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Johan Menang Saman Rm1juta

8-1-2014 09:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28244| Komen: 170

Description: Pelawak, Pelakon Dan Pengacara, Johan Raja Lawak Berjaya Dalam Tuntutan Saman Rm1 Juta Terhadap Juara Film Production Sdn Bhd Dan Pengarah, Mohd Javed Mohd Nizar, Akibat Kecederaan Dialaminya Selepas ...
Pelawak, pelakon dan pengacara, Johan Raja Lawak berjaya dalam tuntutan saman RM1 juta terhadap Juara Film Production Sdn Bhd dan pengarah, Mohd Javed Mohd Nizar, akibat kecederaan dialaminya selepas dibaling gelas kaca.


SEREMBAN: Pelawak terkenal, Muhammad Yazid Lim atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak cedera pada muka akibat dibaling dengan gelas kaca selepas bergaduh dengan seorang pengarah drama di sebuah restoran di Taman Sri Pulai 2, Sikamat di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Johan, 26, bersama isterinya yang juga pelakon, Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn Wati, 29, ke restoran itu berjumpa dengan pengarah berkenaan bagi membincangkan mengenai drama yang dibintangi mereka berdua.

Difahamkan suasana menjadi kecoh apabila pengarah berkenaan tiba-tiba bertindak membaling gelas kaca ke arah Johan hingga menyebabkannya cedera pada muka manakala Ozlyn Wati yang cuba meleraikan pergaduhan turut cedera pada muka.


Kejadian dikatakan berpunca apabila pengarah drama berkenaan, Mohd Javed Mohd Nizar, 33, tidak puas hati dengan sikap Johan yang sering datang lewat ke lokasi penggambaran drama komedi seram berepisod yang akan ditayangkan di Astro.

1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Betara_Indera 7-1-2014 04:05 PM
kayeeeee la
Quote kukulangau 7-1-2014 04:07 PM
itu lah bagusnya kalau pilih good lawyer
jangan tangkap muat je
Quote rosa_canina 7-1-2014 04:10 PM
wahhh pakcik kayo!!!
Quote xtw 7-1-2014 04:12 PM
wow!!!untung la 1 juta tu
Quote Suchi 7-1-2014 04:12 PM
waaauuuu hensemnya johan..
Quote sepatmasin 7-1-2014 04:12 PM
mabrookkkk
Quote maxim 7-1-2014 04:12 PM
wahhh untungla bini die
Quote akies 7-1-2014 04:13 PM
tak ingat kes mana ni..pesal pe dia kena baling?
Quote bungalisa 7-1-2014 04:13 PM
Tula...xrugi kalu kite xbekire ngn bini... 200k terbang beli handbag kat bini...masuk 1juta. ....
Quote rosasa 7-1-2014 04:14 PM
untung laaaaaaaaaaaaaaa ... ozlyn sila minta louboutin
Quote nariz 7-1-2014 04:15 PM
Wow jarang2 saman dpt menang smpi sejotaa!!
Quote maskha 7-1-2014 04:15 PM
wow kaya....... tahniah
Quote prizadane 7-1-2014 04:15 PM
dia ni murah rezeki sebab tak kedekut agaknya.
Quote sekel 7-1-2014 04:15 PM
jgn memain dgn artis skg yek, yg pentinggggggggggggggg ader masyukkkkkkkkkkkkkkkkk
Quote budakmanentah 7-1-2014 04:15 PM
uyooo...xsia2 berjahit, berparut kening...dpt 1juta
Quote nuryakmal 7-1-2014 04:17 PM
ni yang masa dia bergado dengan producer dulu eh
Quote blackred99 7-1-2014 04:17 PM
kaye pokcik!!!
Quote missyqaldina 7-1-2014 04:17 PM
mohon tnye..
mmg slalu org akan dpt exactly amount yg dorang sue tu ke?
misal die ni menang sejuta..mmg akan dpt sejuta gak ke?
ade x yg cm pesalah x nak byr ke ape ke?
*noob tentang saman menyaman ni*
Quote nuryakmal 7-1-2014 04:17 PM
SEREMBAN: Pelawak terkenal, Muhammad Yazid Lim atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak cedera pada muka akibat dibaling dengan gelas kaca selepas bergaduh dengan seorang pengarah drama di sebuah restoran di Taman Sri Pulai 2, Sikamat di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Johan, 26, bersama isterinya yang juga pelakon, Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn Wati, 29, ke restoran itu berjumpa dengan pengarah berkenaan bagi membincangkan mengenai drama yang dibintangi mereka berdua.

Difahamkan suasana menjadi kecoh apabila pengarah berkenaan tiba-tiba bertindak membaling gelas kaca ke arah Johan hingga menyebabkannya cedera pada muka manakala Ozlyn Wati yang cuba meleraikan pergaduhan turut cedera pada muka.

Kejadian dikatakan berpunca apabila pengarah drama berkenaan, Mohd Javed Mohd Nizar, 33, tidak puas hati dengan sikap Johan yang sering datang lewat ke lokasi penggambaran drama komedi seram berepisod yang akan ditayangkan di Astro.

Lihat semua komen(170)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.059642 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top