CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Ummi Nazeera Bakal Terajui Program Agama

20-11-2014 04:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6212| Komen: 8

Description: “Sebenarnya Tidak, Saya Masih Ingin Berlakon Dan Tidak Mengira Apa Juga Bentuk Watak Asalkan Uanya Sesuai Dengan Imej Bertudung. Malahan Sekarang Ini Juga Saya Kerap Menghadiri Majlis Fesyen Supaya O ...
Ummi Nazeera Bakal Terajui Program Agama


Sesuai dengan keinginannya untuk kembali ke dunia hiburan, pelakon cantik yang kini sudah berhijab, Ummi Nazeera bakal mengendalikan sebuah program berbentuk agama terbitan TV3 berjudul Al Hidayah tidak lama lagi.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi baru-baru ini, Ummi Nazeera berkata pihak rancangan berkenaan telah melamarnya sejak dua bulan lalu dan sesi penggambaran rancangan TV itu akan bermula dalam minggu ini.

“Memang saya tak pernah berhenti berlakon dan saya sedar ramai yang kurang jelas dengan penghijrahan saya ini dan ramai pihak menganggap saya berhenti berlakon.

“Sebenarnya tidak, saya masih ingin berlakon dan tidak mengira apa juga bentuk watak asalkan uanya sesuai dengan imej bertudung. Malahan sekarang ini juga saya kerap menghadiri majlis fesyen supaya orang tak ingat saya sudah berhenti sepenuhnya.

“Bagaimanapun, Alhamdulillah bermula Isnin ini, saya akan sibuk dengan penggambaran program keagamaan popular di TV3 iaitu Al Hidayah yang mana saya difahamkan program itu nanti akan ditayangkan pada tahun depan. InsyaAllah.

“Saya mengambil perkara ini sebagai peluang positif apatah lagi saya sudah beberapa kali berpengalaman menjadi hos untuk program TV. Rasanya ini adalah sesuatu yang baik buat saya,” katanya yang telah ditemui ketika majlis pertunjukan fesyen Khoon Hooi di Kuala Lumpyr Fesyen Weekend baru-baru ini.

Menurut Ummi Nazeera, dia sedar bidang pengacaraan mungkin cukup asing buatnya bagaimanapun sedikit pengetahuannya dalam bidang berkenaan ketika menuntut di Australia tidak lama dulu menjadi pemangkin untuk dirinya merebut peluang keemasan berkenaan. 

Dari sudut lain, pelakon filem Hikayat Merong Mahawangsa itu sangat teruja untuk mempelajari lebih banyak ilmu dan
pengalaman baru berkaitan agama apabila berpeluang mengendalikan program yang sebelum ini diacarakan oleh Wardina Safiyyah itu.

“Apa yang pasti, menerusi program ini nanti saya akan dapat mendalami ilmu agama dengan peluang yang bakal saya alami dan saya juga dapat berkongsi beberapa kebaikan dengan penonton di luar sana. InsyaAllah.

“Bagi saya, adalah lebih baik saya menggunakan pendekatan saya sendiri ketika mengacarakan program itu tanpa merujuk mana-mana pihak kerana kalau boleh saya mahu mengacarakan mengikut gaya saya tersendiri tanpa terikut-ikut dengan mana- mana individu,” katanya penuh berkeyakinan.
5

Bagus
8

Marah
13

Terkejut
8

Sedih
3

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 19-11-2014 01:10 PM
Suka tgk perubahan positif ummi nazeera. U go girl.
Quote cicicumel 19-11-2014 01:14 PM
tudung sheols x selabuh dulu
Quote nh83 19-11-2014 01:14 PM
Alhamdulillah..rezeki itu luas..klu kita kembali pd JalanNya
Quote juliez 19-11-2014 01:14 PM


Ummi ni i tengok tudung dia makin singkat, but still syariah compliance la tutup dada. But compare dgn masa dia dkt oz, ala2 tudung labuh gitu. Now dah berfesyen gak tudungnya
Quote tomet05 19-11-2014 02:25 PM
alhamdulillah
moga baik2 aja ya
Quote kaklehot 19-11-2014 02:33 PM
wajah melayu tulen sheols nih...memula dulu muka sheols biase2 je..skrg vogue de vass...
Quote silampumeja 19-11-2014 02:48 PM
Bilamana Allah beri hidayah kepada hambaNya maka Allah memudahkan baginya jalan bagi agamaNya...alhamdulillah... teringat masa balik kampung..iolss pon terpegun dia ni cantek...sbb kalu kita rasa dia cantek di tv, di luar lagi cantek...sapa2 yg pnah tgk dia laa
Quote strawbenna 19-11-2014 02:55 PM
cicicumel posted on 19-11-2014 01:14 PM
tudung sheols x selabuh dulu

khen..aku perasan time anugerah skrin..baju pon dah hampir2 ikut badan..x longgar sgt mcm dulu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.149566 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top