CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Dafi Diikat Republik Cinta Indonesia

8-12-2014 05:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7543| Komen: 28

Description: Penyanyi Bila Terasa Rindu Itu Kini Berada Di Sana Dan Majlis Menandatangani Kontrak Itu Berlangsung Hari Ini.
Dafi Diikat Republik Cinta Indonesia


Dafi (Kanan) Bersama Komposer, Ahmad Dhani.

KUALA LUMPUR: Hari ini penyanyi Dafi mengesahkan dirinya menjadi artis Malaysia pertama menaungi syarikat Republik Cinta milik komposer Ahmad Dhani.


Pengurusannya di Malaysia Laugh Out Loud memberitahu Dafi diikat setahun kontrak rakaman dan pengurusan di bawah syarikat berpangkalan di Jakarta itu.
Penyanyi Bila Terasa Rindu itu kini berada di sana dan majlis menandatangani kontrak itu berlangsung hari ini.

"Saya gembira dan bersyukur kerana apa yang diimpikan selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Selepas lapan tahun bergelar artis ia menjadi saat bermakna dalam hidup saya.

"Perbincangan bersama Ahmad Dhani sudah berlaku dua tahun lalu tetapi tiada lanjutan selepas itu. Saya ingat dia sudah tak berminat tetapi tanpa disangka awal tahun ini, dia menghubungi saya untuk kerjasama ini.

"Saya tidak sabar untuk memulakan kerjasama ini secepat mungkin. Insya-Allah Januari depan," kata Dafi yang dihubungi BH Online.





























Dafi (Kanan) Bersama Komposer, Ahmad Dhani.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ahmad_dhani91 5-12-2014 11:48 AM


zaman ahmad dhani dah berlalu dari 8 tahun lepas dikkkk.... skang semua lagu2 ahmad dhani paras2 sendu jahhhh
Quote sepitsiput 5-12-2014 12:01 PM
ahmad_dhani91 posted on 5-12-2014 11:48 AM
zaman ahmad dhani dah berlalu d ...

hari tu masa program mania kat astro, siapa juara under didikan ahmad dhani ek?
Quote ahmad_dhani91 5-12-2014 12:06 PM
sepitsiput posted on 5-12-2014 12:01 PM
hari tu masa program mania kat astro, siapa juara under didikan ahmad dhani ek?

entah lah kak siputtttt iols x layan segala konsep hiburan yang diindonkan juga dimelayukan. kalau tengok drama melayu selalu sangat buat dosa bila dalam hati mencarut-carut tengok cerita2 melayu bangsat2 ini semua
Quote liyamariska 5-12-2014 12:08 PM
ai rasa ada sorg forumer akan berasa bangga dgn cite Dafi, retis pujaannya...
Quote cemolot 5-12-2014 12:10 PM
kenapa macam murah je banner?
Quote sepitsiput 5-12-2014 12:11 PM
ahmad_dhani91 posted on 5-12-2014 12:06 PM
entah lah kak siputtttt iols x layan segala konsep hiburan yang diindonkan juga dimelayukan. kal ...

meols dah lama geli dgn drama tv melayu...nasib baik tv1 byk drama best2. ..anyway meols dah check... gigih carik hurkeh

Ahmad Dhani Terkilan Dengan Hafiz?

20 MAY 2012, 04:39PM  
Penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani yang juga merupakan produser muzik di bawah empayar Hijau bagi program Mania mengakui terkilan dengan juara program tersebut, Hafiz yang kononnya tidak mengikut kehendak beliau untuk menyanyikan sebuah lagu Inggeris pada konsert akhir Mania. Perkara ini diluahkan sendiri oleh beliau ketika ditemui sejurus selesai konsert akhir Mania, di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam Sabtu.
“Sepatutnya Hafiz akan menyanyikan lagu ‘Bohemian Rhapsody’ nyanyian Queen di mana dia akan duet bersama Faizal Tahir, tapi dia tidak jadi menyanyikan lagu tersebut. Kami sudah berlatih lagu ini sejak Selasa lalu, namun saya hanya mengetahui dia tidak akan menyanyi lagu tersebut beberapa jam sebelum konsert akhir berlangsung.
“Berdegup jantung saya dapat tahu perkara itu kerana bagi saya, jika jadi dia menyanyi, akan lagi ‘best’ persembahannya. Tidak dinafikan saya agak kecewa juga dan bagi saya dia kurang yakin untuk menyanyikan lagu tersebut. Sejujurnya saya tidak menjangkakan dia akan menang melainkan dia menyanyi lagu tersebut,” ujar Ahmad Dhani dalam pada masa yang sama tidak menafikan Hafiz seorang yang berbakat besar.
“Cabaran saya dalam program ini tidak terlalu besar kerana Hafiz seorang yang berbakat. Memang benar apa yang saya cakap selepas dia selesai menyanyi lagu ‘I Believe I Can Fly’, di mana saya tak menyangka penyanyi Asia boleh menyanyi sehebat ini. Bagi saya, dia mempunyai suara yang bagus.
“Malah, saya juga dalam proses untuk merakamkan lagu untuk Hafiz bagi pasaran Indonesia.
Konsepnya saya belum fikirkan lagi tapi saya sudah punya bayangan. Yang pasti, saya akan memaksimakan bakat dia dan tidak akan mengubah ciri-ciri yang ada pada dia. Selain Hafiz, saya juga akan cipta lagu untuk Stacy serta Jac dan berkemungkinan juga untuk Alyah dan juga Shila Amzah.
“Mengenai sejauh mana pendengar Indonesia dapat menerima mereka, saya tak pernah jamin, tapi saya hanya akan berusaha yang terbaik untuk membawa mereka ke pasaran Indonesia,” ujar Ahmad Dhani sambil mengharapkan program Mania diteruskan lagi.
“Mania merupakan satu pertandingan muzik yang sangat bagus. Di Indonesia, program sebegini tidak ada lagi dan saya harap program ini harus diteruskan tidak kira sama ada bersama saya ataupun tanpa saya. Bagi saya, banyak lagi penyanyi Malaysia yang bagus,” ujar Ahmad Dhani yang turut menerima RM300,000 dalam pertandingan tersebut.



dia kata nak rakam lagu utk hafiz, nape x jd lak? lg 1, yg si pokcik dhani ni pun satu....motif nk suruh nyanyi bohemian rhapsody? dah sah2 lagu tu mcm x lepas je nak keluar tv dengan segala nama tuhan disebut..no wonder hafiz tukar lagu


Quote user2012 5-12-2014 12:12 PM
Dafi masih lagi tak berputus asa walhal heolls tau suara sendiri xdapat menandingi Idola Kecil pun, syabas dikk.
Quote sepitsiput 5-12-2014 12:15 PM
cemolot posted on 5-12-2014 12:10 PM
kenapa macam murah je banner?

khenn?? ala2 banner x iron girtuh...

apa kheles republic cinta khenn? cantik lg papan tanda republic ajai ni hurkeh


Quote sepitsiput 5-12-2014 12:16 PM
user2012 posted on 5-12-2014 12:12 PM
Dafi masih lagi tak berputus asa walhal heolls tau suara sendiri xdapat menandingi Idola Kecil pun,  ...

rezeki heols ...lagipun market indon mmg suka suara mcm heols..walaupun kt indon heols mcm kene buli jah

[youtube]b5JnrHKARRA[/youtube]

heols dulu pun pernah jd host selebritas siang kt tv indon

[youtube]mkHrvue08Z0[/youtube]

okay sikitlah dr hafiz...kene buli jugak kt tv indon

[youtube]hVxi_uq1NI8[/youtube]

Last edited by sepitsiput on 5-12-2014 12:18 PM

Quote ahmad_dhani91 5-12-2014 12:17 PM
liyamariska posted on 5-12-2014 12:08 PM
ai rasa ada sorg forumer akan berasa bangga dgn cite Dafi, retis pujaannya...

anu ke kurus??? kejayaan terbesar dafi nokkkkk....
Quote cemolot 5-12-2014 12:17 PM
sepitsiput posted on 5-12-2014 12:15 PM
khenn?? ala2 banner x iron girtuh...

apa kheles republic cinta khenn? cantik lg papan tanda re ...

choy sempat carut meols
Quote tomet05 5-12-2014 12:38 PM
SEMOGA memarketkan diri diasana ye hokkkeh
Quote Mary_jane 5-12-2014 05:43 PM
I tot ahmad dhani pilih aril pilus instead of dafi. Baik punye!


Quote malaywood.NET 6-12-2014 08:44 PM
Dia ni segalanya gagal lah apapun jua dia lakukan. Komunikasi fail dan lemau. Apapun tahniah lah
Quote atekome 6-12-2014 10:40 PM
Hope die mletop lh kt cne sbb kt sini dh sendu teramat..bapak kaye pun blm tentu blh mletop kalo bakat stkt gtu2 ajer..kalo tk mletop gak baek bukak tadika or restoren mcm kakak die
Quote ahmad_dhani91 7-12-2014 12:05 AM
atekome posted on 6-12-2014 10:40 PM
Hope die mletop lh kt cne sbb kt sini dh sendu teramat..bapak kaye pun blm tentu blh mletop kalo bak ...

ai rasa kalau bukan bapak dia orang hado2 gitew dah lama siangnya bungkus nasi lemak malamnya meniaga char kueh teow masalahnya gigih pulak tu dah tau bakat tak seberapa masih tak sedar diri
Quote Diplomat 7-12-2014 12:25 AM
Cita-cita tinggi tapi suara -____________- Beliau juga makin tak handsome, terserlah sudah wajah daddynya
Quote dani-rox 7-12-2014 12:56 AM
bawak versi the muppets, selamat sket kot

[youtube]tgbNymZ7vqY[/youtube]

Quote CrowneGlory 7-12-2014 01:01 AM
Jgn2 strategi Ahmad dhani nak mintak pr Malaysia :lol

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.058650 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top