CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Fazura Ada Sebab Kukuh Beri Comey Dua Bintang!

29-12-2014 03:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10358| Komen: 24

Description: “Saya rasa juri lain turut kecewa dengan persembahan mereka pada minggu lalu. Malah, fans mereka turut merasakan perkara sama,” jawabnya menerusi aplikasi Whats App.
Fazura Ada Sebab Kukuh Beri Comey Dua Bintang!

Baru-baru ini portal hiburan murai.com.my menerusi ruangan Murai Batu mempertikaikan cara penjurian Nur Fazura di pentas Maharaja Lawak Mega 2014.

Tidak pasti mengapa kritikan tersebut ditulis Murai Batu, namun Astro Gempak telah mendapatkan komen Fazura mengenai perkara tersebut.

“Tidak mengapa semua orang berhak mengkritik dan memberi pendapat, saya tidak ambil hati,” jawabnya ringkas.

Astro Gempak juga sempat bertanya kepada pelakon dan model popular berkenaan mengenai kenyataan salah seorang ahli Kumpulan Comey iaitu Ropie yang dikatakan berkecil hati dengan komen Fazura.

“Komen dan dua bintang yang saya berikan tidak cukup untuk membatkan mereka tersingkir. Saya tidak rasa komen saya keterlaluan.

“Saya rasa juri lain turut kecewa dengan persembahan mereka pada minggu lalu. Malah, fans mereka turut merasakan perkara sama,” jawabnya menerusi aplikasi Whats App.

Tambah Fazura lagi, sebagai juri dia harus jujur memberikan komen.


“Saya juga adalah peminat kumpulan Comey, namun saya harus jujur…Persembahan Comey pada minggu lalu amat mengecewakan, berbanding minggu sebelumnya yang amat membanggakan,” ujarnya.

Pada malam ini, seperti biasa Fazura bersama tiga juri lain iaitu Datuk Jaluluddin Hassan, Taufik Batisah dan Farah Quinn akan mengadili para peserta di minggu ke tujuh MLM 2014.

Kepada para peminat MLM 2014, teruskan mengundi peserta kegemaran anda jika mahu mereka kekal lebih lama dan bergelar juara.

Jangan lupa menonton MLM 2014 secara langsung, setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (135).


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 29-12-2014 12:46 PM
berapa banyak daa benang Fake vs Comey ni..
Quote kucen_miang 29-12-2014 12:47 PM
ok gak dia mengkritik bandingkan dgn yg sorang tu..'bimbo bagi 4 bintangggg, kita enjoyyyy'
Quote Kahla 29-12-2014 12:48 PM
Fazura better dari nora bila jadi juri....
Quote sepitsiput 29-12-2014 01:38 PM
Fazura lebih jujur.. berani nk voice out komen2 pedih. Tp dia ni jenis nampak mcm cpt lari fokus bila kene distraction. Tp meols ttp rasa sheols bg komen ikhlas
Quote makton 29-12-2014 01:49 PM
comey memang tak best
Quote arira_arora 29-12-2014 02:20 PM
Kahla replied at 29-12-2014 12:48 PM
Fazura better dari nora bila jadi juri....

hahaha.... terpakse setuju walaupun fazura kritik pn boleh thn kecoveran nyer...
Quote Orix 29-12-2014 06:10 PM
kucen_miang replied at 29-12-2014 12:47 PM
ok gak dia mengkritik bandingkan dgn yg sorang tu..'bimbo bagi 4 bintangggg, kita enjoyyyy'

hahahaha setuju
Quote NainaKaterin 29-12-2014 09:26 PM
Selayaknyalah 2 bintang, memang tak best. Eventhough i minat dorang.
Quote de_ikea 29-12-2014 09:32 PM
Fazura vs ropie comey lagik..
:zz
Quote laili_nur 29-12-2014 10:02 PM
aku pun rasa comey x best
Quote rosmahisham 29-12-2014 10:20 PM
aku mmg lyn rncangan maharajalawak pon sebab nk tgk muka fazura yg cun melecun tu..rasanya taufik batisya pon cair kottt ddk sblah tetiap minggu..time nd dulu iols x de la lyn sgtttt
Quote setokinpurple 29-12-2014 10:59 PM
comey best tp malam tu je comey tak best, fazura bg bintang 5 pon kalau takde org undi terkeluar jugak pe..
Quote Ferr_Remy 30-12-2014 12:18 AM
masalahnyer suhaimi comey ni yg x best.. ropie best giler.. match x menjadi..
Quote fredza 30-12-2014 09:45 AM
njoi...njoi x dak chanel MLM..
Quote siape_aku 30-12-2014 10:28 AM
faz + fik (taufik batisah)= meletop!! matching sgt diorg...suke tgk kalo camera focus diorg berdua tgh keawa....
Quote tomet05 30-12-2014 11:17 AM
nak hangatlan progrm lah nih kan
Quote clarizsa 30-12-2014 11:36 AM
laaa x abis2 lg... suah2lah wahai comey...

sedarla diri x best mana pun... mmg ptut terkeluar pun...

sama gak la cm shake etc yg keluar tu semua mmg x best pun...

dok tggu virus je x keluar2 ntah apa2...
Quote clarizsa 30-12-2014 11:37 AM
**sudah2lah..... (typo)
Quote clarizsa 30-12-2014 11:39 AM
fredza replied at 30-12-2014 09:45 AM
njoi...njoi x dak chanel MLM..

tengokla online... or tggu je keesokan hari, download je lg best tgk...

sbb kekadang streaming byk prob, lagging la hape.. huhu

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.189256 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top