CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek 2 Cucu Kantoi Berkhalwat

13-1-2015 10:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11230| Komen: 22

Description: Kesemua Hukuman Itu Diputuskan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail Selepas Mereka Mengaku Bersalah Terhadap Pertuduhan Mengikut Seksyen 31 (B) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
Nenek 2 Cucu Kantoi Berkhalwat

Gambar hiasan



KUALA TERENGGANU - Seorang nenek kepada dua cucu bersama pasangan kekasihnya yang sembilan tahun lebih muda dijatuhi hukuman denda RM2,600 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, di sini semalam, selepas mengaku salah berkhalwat di dalam sebuah bilik, Ogos tahun lalu.

Malah, Nor Kamalizani Ibrahim, 48, dan pasangannya, Khairol Ibrahim, 39, turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya mereka gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.

Kesemua hukuman itu diputuskan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Terdahulu dalam rayuannya, Nor Kamalizani yang juga seorang janda memohon mahkamah mengurangkan hukuman denda terhadapnya dengan alasan tiada pendapatan tetap dan perlu menanggung anaknya masih bersekolah termasuk seorang yang baru memasuki tahun Stsatu.

Sementara itu, pasangannya, Khairol turut mencuri perhatian apabila memohon mahkamah mengurangkan hukumannya dengan alasan dia perlu menanggung anak Nor Kamalizani dan dalam masa sama mempunyai hutang ansuran bulanan motosikal yang belum habis dibayar.

Alasan Khairol itu menyebabkan hakim mempersoalkan keperluan tertuduh menanggung anak Nor Kamalizani sedangkan mereka tiada sebarang hubungan sah.

“Apa kaitan anak dia dengan kamu? Wanita ini bukannya isteri kamu, jadi apa kaitan?” tanya Kamalruazmi.

Berdasarkan pertuduhan, pasangan kekasih ini didakwa berkhalwat di dalam sebuah bilik sewa di Jalan Engku Pengiran Anom, di sini, jam 1.50 pagi, 12 Ogos tahun lalu.

Nor Kamalizani yang memiliki empat anak berusia antara 7 hingga 24 tahun bersama pasangannya itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu yang membuat serbuan selepas menerima maklumat awam mengenai perlakuan sumbang mereka.

Dalam serbuan itu, pasukan penguat kuasa mengetuk pintu bilik berkenaan yang tertutup dan berkunci sebelum ia dibuka seorang lelaki lima minit kemudian.

Pemeriksaan menemui tertuduh wanita dalam keadaan berselimut di atas katil dan siasatan mendapati mereka bukan suami isteri atau mahram.

15

Bagus
18

Marah
16

Terkejut
21

Sedih
17

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lady_rara 13-1-2015 10:16 AM
kawin je la nenek oi kalau masih bernafsu...

Quote Jagendas 13-1-2015 10:18 AM
kawin cepat2
semoga dapat anak
dapat belayar puas2
Quote callance 13-1-2015 10:20 AM
yg tua2 pun cenggini, cmner nak didik yg muda yg nafsu ngah memuncak...
Quote Syd 13-1-2015 10:20 AM
nenek neh hot lagi laaaa
Quote nonarona 13-1-2015 10:22 AM
umo 48 tu muda lagi & klu dah mejanda nikah je la kan senang benda dah halal atau ke lelaki tu somi org...
Quote green_coffee 13-1-2015 10:24 AM
Nenek muds
Quote green_coffee 13-1-2015 10:25 AM
Nenek muda lg...
Quote sweetz_manggo 13-1-2015 10:27 AM
mesti nenek ni mcm mak ijoi yang hot tue....:0
sape name mak ijoi tue ek...lupe la....alaaa sape ek...
haaaaaa ingt dah name die Maria Arshad.....
Quote clarizsa 13-1-2015 10:46 AM
nenek muda.......

kawin je la... bermaksiat nape nye...
Quote bellaa 13-1-2015 10:48 AM
Edited by bellaa at 13-1-2015 10:49 AM

mak aku jadi nenek umor 45.
sebab nya, akak aku beranak beby umo 25.

so kami sekeluarga maintain muda,
macam family cullen, dalam muvi twilight:breaking dawn.

masalahnya, macam lah korang kesah.
ye dakk?
Quote ais_kosong 13-1-2015 10:51 AM
nenek masih hot barangkali
Quote mrseller 13-1-2015 11:09 AM
Umur 48 MILF lagi....x masuk lagi GILF
Quote julia5094 13-1-2015 11:11 AM
Mcm mak iols la jugak. Umo 37 dah dpt cucu..ko hade?? Tahun ni umo 61 bakal menjadi moyang..hu..hu..dulu2 kawen umo 15 tahun..nk wat mcmana..
Quote kasibiman 13-1-2015 11:16 AM
penyung bestari... panjang akal...
Quote Modngengade 13-1-2015 11:19 AM
pasai apa tak kawin nek oii....atau kau ni suka konsep bersedap2an jah....x nk komitment yer...touch n go sebegitu?
Quote lavamerah 13-1-2015 11:21 AM
Modngengade replied at 13-1-2015 11:19 AM
pasai apa tak kawin nek oii....atau kau ni suka konsep bersedap2an jah....x nk komitment yer...touch ...

mamat tu tak nak kawin sebab nenek tu org ganu...


Quote Modngengade 13-1-2015 11:23 AM
lavamerah replied at 13-1-2015 11:21 AM
mamat tu tak nak kawin sebab nenek tu org ganu...

hahaha....sempat lagi yer
Quote lavamerah 13-1-2015 11:27 AM

mamat ganu tu nak kawin minah kl...tapi minah kl tarak pandang mamat ganu...

last2 mamat tu main2 aje la dgn nenek tu...




Quote kenarihitam 13-1-2015 11:29 AM
Kawen je la nenek oii..cucu bleh dpt datuk tiri muda

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.152394 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top