CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jururawat Berkhalwat Dengan Suami Orang

26-12-2013 11:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17887| Komen: 61

Description: Hasil Pemeriksaan Keseluruhan Mendapati, Lelaki Yang Tidur Di Ruang Tamu Tersebut Adalah Adik Kandung Wanita Terbabit, Manakala Dua Kanak-Kanak Perempuan Itu Adalah Anak Kandung Wanita Itu.
                                                                            
Pasangan yang ditangkap khalwat pada 29 Oktober lalu di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam.                                                                                                                                   
PASIR MAS - Seorang jururawat didenda RM2,000 oleh mahkamah syariah di sini, semalam, selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang pemandu lori, Oktober lalu.
       
Sarizana Saribudin, 37, yang masih berstatus isteri orang dan pasangannya, Abd Manan Aziz, 39, yang juga sudah berkahwin membuat pengakuanitu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud.
       
Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkurung bersama-sama dalam keadaan yang mendatangkan syak kerana bukan suami isteri sah dan juga mahram di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam pada 29 Oktober lalu.
       
Sarizana didapati bersalah di bawah  Seksyen 9(2) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan, manakala Abd Manan didakwa di bawah Seksyen 9(1) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan.
       
Mengikut fakta kes, berdasarkan maklumat orang awam, pegawai penguat kuasa Agama Jajahan telah pergi ke rumah terbabit dan mendapati pintu rumah serta tingkap tertutup rapat.
       
Apabila pegawai penguat kuasa mengetuk pintu rumah dan memperkenalkan diri, seorang wanita memakai kain sarung batik  dan berbaju T telah membuka pintu rumah.
       
Hasil pemeriksaan mendapati, seorang lelaki sedang tidur dengan seorang kanak-kanak perempuan di ruang tamu rumah tersebut, manakala seorang lagi lelaki dengan memakai kain sarung dan tidak berbaju berada di atas katil dalam bilik tidur utama rumah berkenaan.
       
Di dalam bilik itu juga, terdapat seorang lagi kanak-kanak perempuan sedang tidur.
       
Hasil pemeriksaan keseluruhan mendapati, lelaki yang tidur di ruang tamu tersebut adalah adik kandung wanita terbabit, manakala dua kanak-kanak perempuan itu adalah anak kandung wanita itu.
       
Setelah disoal siasat wanita dan lelaki yang berada di dalam bilik tersebut bukan suami isteri dan bukan mahram.
       
Mereka ditangkap di bawah kesalahan Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No.2/85, Seksyen 9 dan dibawa ke Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas untuk diambil tindakan selanjutnya.
       
Hakim mengarahkan kedua-dua tertuduh membayar denda RM2,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
       
Bagaimanapun kedua-duanya menjelaskan denda tersebut.
       
Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Negeri, Norhasney Ridhwan Hassan.

13

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
6

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shahx 25-12-2013 08:25 AM
ape nak jadi la...
Quote mak_wa95 25-12-2013 08:26 AM
halal haram dah xde batas sempadan
Quote Nash^Roy 25-12-2013 08:28 AM
Xper la.. janji pasangannya bkn laki paki bangla myanmar negro etc sudah..
Jururawat tu pakai tudung stail lizah buang gak ke
Quote Kassim_Patalon 25-12-2013 08:37 AM
klate gedebe kоte

inilah serambi mukah
Quote biosfree 25-12-2013 08:39 AM
Kat mana? MUSTAHIL KAT KELANTAN....ADA nik aziz tu kat sana.....

MUSTAHIL ada
Quote abangbikerz 25-12-2013 09:32 AM
tak lawa pon pompuan tu hahaha
Quote FlowerGirl 25-12-2013 09:34 AM
Eh eh...wpun ramai dlm rumah tu siap ada anak2 dan adik ppuan tu,pun kira khalwat ke??
Quote Kassim_Patalon 25-12-2013 09:36 AM
FlowerGirl posted on 25-12-2013 09:34 AM
Eh eh...wpun ramai dlm rumah tu siap ada anak2 dan adik ppuan tu,pun kira khalwat ke??

dah berkurung bersama-sama berdua-dua dalam bilik pukul 12.55 tengah malam, apa lagi kak?
Quote FlowerGirl 25-12-2013 09:38 AM
Kassim_Patalon posted on 25-12-2013 09:36 AM
dah berkurung bersama-sama berdua-dua dalam bilik pukul 12.55 tengah malam, apa lagi kak?


Mana diaorg tahu mrk berkurung dlm bilik?kan ppuan tu yg bkk pintu rumah. Mungkin dia tido blk lain?hehe..musykil aje
Quote pakwetizzaqyah 25-12-2013 11:05 AM
lg kerja pandai orng kelantan melayu asli jati..baka original melayu tk cakap siam punya
Quote solstice 25-12-2013 11:33 AM
Spotingnya adik dia
Mcm kokesen
Quote yayah8989 25-12-2013 11:52 AM
kebuduan hahahahahahaha
Quote poison_paradise 25-12-2013 11:55 AM
Mana suami die.. pTut hudud rejam ke sula
Quote nashrudean 25-12-2013 11:57 AM
MOTIF AMIK GAMBO?? BUDUS
Quote ushioz 25-12-2013 11:59 AM
budu ghairah.
Quote mak_wa95 25-12-2013 12:03 PM
umur dah dekat 40...ada anak lagi..
buat contoh xbaik dekat anak2...
Quote presint 25-12-2013 12:20 PM
kagum mcm mana kakak dia smuggle lelaki tue masuk...
Quote shi_jewel 25-12-2013 12:38 PM
duduk kt kuarters pun brani buat keja terkutuk..huhu hrp dijauhkn benda cmni dari kluarga terdekat
Quote Sagoo 26-12-2013 01:23 PM
adek dia sporting lisbon betol la

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.081491 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top