CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Ibu Rayu Gadis Posing Ala Ramlah Ram Supaya Pulang!

28-1-2015 11:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12992| Komen: 97

Description: “Dia (Ejum) Menyambung Pelajaran Ke Peringkat Ijazah Di Sana (Unimap) Selama Empat Tahun Bermula Pada 2010. Ketika Itu, Hubungan Kami Seperti Biasa Dan Dia Pada Peringkat Awalnya Juga Sering Menghubu ...
Ibu Rayu Gadis Posing Ala Ramlah Ram Supaya Pulang!

 
Nurwati menunjukkan gambar Ejum.


SEGAMAT - Seorang ibu di Taman Indah, Bukit Siput, di sini, mahu anak perempuannya pulang ke rumah berjumpa dengannya selepas anak sulungnya itu bertindak menjauhkan diri daripadanya.

Nurwati Abdul Hamid, 52, berkata, dia sudah tiga tahun terputus hubungan dengan anaknya itu, Jumatul Nuraisyah Sharifudin, 25, yang mesra dipanggil Ejum, selepas anaknya itu menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

“Dia (Ejum) menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di sana (Unimap) selama empat tahun bermula pada 2010. Ketika itu, hubungan kami seperti biasa dan dia pada peringkat awalnya juga sering menghubungi saya untuk bertanya khabar.

“Apabila saya rindukan Ejum, saya sanggup pergi ke Perlis dengan menaiki bas. Namun, selepas beberapa tahun kemudian, dia seperti berubah dengan menjauhkan diri daripada saya dan langsung tidak pulang ke sini (Segamat),” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut ibu dua anak itu, dia juga terkilan apabila Ejum tiba-tiba berubah selepas suaminya berkahwin lain pada 2013 sehinggakan enggan memaklumkan perkembangan terkini dirinya.

Nurwati berkata, dia juga kesal apabila Ejum tidak memaklumkan berhubung majlis konvokesyennya dan hanya mendapat tahu perkhabaran tersebut daripada suaminya beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Selepas saya tahu dia hendak konvo, saya sendiri pergi ke sana untuk berjumpanya kerana sebagai ibu, sudah tentunya saya mahu lihat anak saya menggenggam segulung ijazah dan berjaya.

“Pertemuan kami ketika itu juga sangat tegang kerana Ejum kelihatan sudah jauh berubah dan saya tidak tunggu sehingga dia selesai konvo kerana dan itulah kali terakhir saya berjumpanya,” katanya.

Menurutnya, ketika itu juga Ejum berkata kepadanya bahawa dia tidak akan pulang sehingga cita-citanya tercapai, tetapi tidak menerangkan dengan lanjut perkara yang ingindicapainya.

Bagaimanapun, Ejum sering menghubungi adiknya, Syafrizal Sharifudin, 23, yang berada di Johor Bahru dan mendapat tahu Ejum kini di Kuala Lumpur dan tidak bekerja.

Nurwati berkata, dia menanggung kos pembelajaran anaknya itu di universiti  dengan hanya berniaga  apam balik dan dia kesal  dengan perbuatan anaknya itu.

Saya hanya akan maafkan sekiranya dia berjumpa saya di sini.

Bagaimana dia hendak berjaya jika saya tidak reda dengan setiap apa yang dilakukannya meskipun dia memiliki segulung ijazah” katanya.

Tambahnya, Ejum juga sudah tentu tahu bagaimana untuk menghubungi  dan mencarinya kerana dia sendiri membesar di sini (Segamat).



1

Bagus
4

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LabuLabi69 27-1-2015 03:41 PM
anak x mngenang budi . mak susah2 ri duit tok berjaya ni balasan mak dbalas . mmg xkemana pun nk pg tanpa berkat seorng mak
Quote Felycya 27-1-2015 03:45 PM
kuang hajau punye anak derake :
Quote fifie_olin 27-1-2015 03:46 PM
pns perot mak ko ngandongkn ko
Quote bellaa 27-1-2015 03:46 PM
nanti jadi cerita si tanggang.

baru ada akai.
Quote supernaturalee 27-1-2015 03:47 PM
kau kunci cintaku di dlm hatimu (ramlah ram)


pulanglah (aishah)
sebelum terlewat waktu (ziana zain)
Quote BlueEagle 27-1-2015 03:53 PM
Edited by BlueEagle at 27-1-2015 03:54 PM

singa pun tahu nak mengenang budi......

akai letak kat mana ..ada mak wat lagu nih...
Quote sapp73 27-1-2015 03:53 PM
Apalah masalah si anak...hidup ditanggung mak pun sanggup buat mak macam ni...kalau dah berjaya tak taulah macammana. Mcmmana dia hidup kat kl tu walaupun tak berkerja
Quote jazaa 27-1-2015 03:56 PM
Mcmana anak nk balik klu hati mak penuh dendam......

Cuba maafkn anak & berdoa anak berubah....ni tak habis-habis nak guna kuasa Veto sbg mak -"mcmana nak senang wlupun ada segulung ijazah".....
Quote chinta89 27-1-2015 03:57 PM
“Bagaimana dia hendak berjaya jika saya tidak reda dengan setiap apa yang dilakukannya meskipun dia memiliki segulung ijazah” katanya.


sedihnya baca..
Quote Modngengade 27-1-2015 03:58 PM
akak syak cikki ini sedang bersekedudukan dgn gagak nigeria di KL
Quote atekome 27-1-2015 03:59 PM
Sure de cte npe ank brubah ati tibe2..nk kate ank tk knang budi tk mungkin kut sbb ank nye until now tk kerja n of course tk kaye utk mjd si tanggang..pe kate pi bt slot terjah kat anak pulak dptkn cte sebenar
Quote Star_el 27-1-2015 04:00 PM
Ingatkan anak dia hilang tak dikesan yang masuk paper. Tapi, ada je khabar berita dia. Kenapa nak masuk paper??
Setelkan hal keluarga sendirilah, lainla kalau hilang.
Berubah selepas bapa kahwin lain?
Quote leylapple 27-1-2015 04:03 PM
hal mcm nie pun nak dijadikan berita?

mohtip?
Quote stania83 27-1-2015 04:04 PM
dah besar panjang adalahh yg tak puas hatii dgn mak bapak tu. ape pasal masuk berita. mesti masa kecik budak ni salu kena rotan
Quote dewi 27-1-2015 04:08 PM
mak cik ni tak citer habis ni napa anak dia majuk tak nak balik .

mesti ada sebab anak berubah tiba2 tu.  
Quote nurul_akmar 27-1-2015 04:18 PM
mcm drama sungguh
Quote haryatie 27-1-2015 04:20 PM
x kan merajuk sbb bapak kawin lain..
x kan pulak sikit pun x rasa rindu kat mak tu..
mcam2 dugaan...
seorg ibu kalau x redha dgn ank nya ..susah la ank tu nk hidup
sbg ibu doakan smoga Allah lembutkan hati anak tu
kan doa seorg ibu sgt mustajab..
InnsyaAllah..
Quote mommymonster82 27-1-2015 04:21 PM
Tajuk win...
Quote iniaroonz 27-1-2015 05:01 PM
bapak dia kawin lain, mak dia lak jadi mangsa.... ntah lah...sian tambah2 mak dia bkn org senang pun...

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.050311 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top