CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak gadis lari lagi

13-6-2013 10:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5465| Komen: 26

Description: KUALA NERANG - Seorang bapa meminta orang ramai membantu mencari anaknya, Noor Hasimah Abdullah, 27, yang hilang selepas keluar bersama seorang rakan lelaki dari rumah sewanya di Taman Darul Aman Jaya ...


Abdullah Yaakub, 62, (kiri) dan isteri, Jariyah Othman, 53, menunjukkan tiga laporan Polis dan gambar anaknya Noor Hasimah Abdullah, 27, dipercayai hilang 23 Mei lepas selepas keluar bersama rakan lelaki yang mengambilnya di rumah sewa di Taman Darul Aman Jaya, Jitra ketika ditemui pemberita di Kampung Tandop Besar, Tekai Kanan dekat sini hari ini. Mereka merayu kepada anak ketiga dari 10 beradik itu pulang ke pangkuan keluarga.

KUALA NERANG - Seorang bapa meminta orang ramai membantu mencari anaknya, Noor Hasimah Abdullah, 27, yang hilang selepas keluar bersama seorang rakan lelaki dari rumah sewanya di Taman Darul Aman Jaya, Jitra sejak 23 Mei lepas.
          
        Abdullah Yaakub, 62, berkata pelbagai usaha telah dibuat termasuk mencari di beberapa tempat di negara jiran, Thailand namun gagal menemui anaknya itu.
          
        Dia yang tidak berputus asa untuk terus mencari anak kesayangan keluarga itu berkata Nor Hasimah yang bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat di Jitra tidak pulang ke rumah selepas keluar dengan seorang rakan lelaki pada 8.30 malam pada hari berkenaan.
          
        Katanya dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas anak keempatnya Siti Zulaika, 24, yang tinggal bersama kakaknya itu menghubunginya dan bertanyakan sama ada anak ketiga daripada 10 beradik itu pulang ke rumah.
          
        "Pada 26 Mei lepas saya terus buat laporan di Balai Polis Kuala Nerang selepas gagal menghubungi dan mencari anak saya.
       
        "Selepas itu saya buat dua kali laporan di balai Polis Jitra iaitu pada 2 dan 11 Jun agar polis dapat mengesan anak saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tandop Besar, Tekai Kanan di sini hari ini.
          
        Siti Zulaika berkata kakaknya keluar rumah sehelai sepinggang dan sempat berpesan kepadanya yang dia akan balik ke kampung selepas keluar makan malam.
          
        Katanya dia yang bekerja di syarikat swasta yang sama dengan kakaknya di Jitra, terpaksa berhenti kerja semata-mata untuk membantu mencari kakaknya itu.
          
        "Kakak, pulanglah keluarga sangat merindui kakak. Kasihanilah ayah, mak yang sentiasa tunggu kepulangan kakak," katanya.
          
        Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Noor Hasimah boleh menghubungi mana-mana balai polis atau Abdullah di talian 019-4166115. -


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 13-6-2013 10:03 AM
Hmmm...da berkampung kat thai kotttt
Quote rienafaiz 13-6-2013 10:05 AM
Akal tak panjang.Tau nak Bersosial aje....Haih budak zaman sekarang..
Quote dugongCute 13-6-2013 10:30 AM
Erm senang sgt nak bagi..
Quote Nash^Roy 13-6-2013 10:35 AM
umur 27 bkn budak lg la.. dah more than 15 years sejak ceepap dia berbulu..

dah leh wat keputusan sendiri ngan sape dia nak menonggeng, nak ngangkang, nak blow etc..

hak dia la nak g mana pun..
Quote berusjamban 13-6-2013 10:35 AM
siannye tgk mak ayah dia yg dah tua...eh tp mak dia baru 53 kan...why looks older dari my mom yang 57 thn?
Quote dragger 13-6-2013 10:36 AM
ni semua salah pesbook!!!





Quote haryatie 13-6-2013 10:46 AM
da kluar ngan bf tu..da tentu la tinggal ngan bf nyer..
x kan adik dia xtahu akak dia kwn ngan siapa..
klau da jumpa kasi kawin jer la
biar dia tahu hdup mcam maner..
Quote PICes_Boy 13-6-2013 11:00 AM
dah besar panjang..tau otak tu bole pakai ke tak? takut duk pakai otak bawah je.. cian kat mak ayah tu...mintak jelah kawen, keje pon ada..pelik btul la... lg pelik bila adik dia sanggup bhenti keje sb nak cari kakak dia?? mata aku kero ke salah baca?
Quote ell768 13-6-2013 11:09 AM
umur 27 tahun pun nak buat hal lg ke?tp maybe makpak dia risau takut kene bunuh ke kene jual ke since dia kuar umah pun x bwk apa2,sehelai sepinggang katanya..kesian makpak dia..kalau lah dia tu selamat and tgh berjimba2 aku harap terbukak pintu hati dia utk call bgtau makpak dia skang selamat and tgh bergembira bersama boypren terchenta..jgn laa buat makpak susah hati mcm tu..samdol betol..
Quote artcrime 13-6-2013 11:27 AM
tah2 pegi vacation..
Quote amyainsamad 13-6-2013 11:34 AM
menyusahkn mak pak je...
Quote cef_gango 13-6-2013 11:37 AM
amyainsamad posted on 13-6-2013 11:34 AM
menyusahkn mak pak je...

kesian kan... mak bapak da tua2 patut jga la mereka... hmmm sedih.

Quote cmf_premierleag 13-6-2013 12:23 PM
pastu bila ada problem, ngadu la nak balik m'sia bagai
Quote sueism 13-6-2013 12:26 PM
Sebab  zaman la crime Banyak sangat kalau umur 27 rasa dia x lari...takut Silap hari kena bunuh aje
Quote nicuya 13-6-2013 12:26 PM
ish korg ni..maybe jantan tu serang die dgn gne senjata pukau...
Quote fariepari 13-6-2013 12:29 PM
esok2 balik umah mak pak bawak anak² yg berderet² dengan muka bengkak², badan berparut sana sini..
less worse, bawak balik perut yg dah kembung

alahaiiii
demi cinta konon
Quote melia_star 13-6-2013 12:30 PM
speku jgn tak speku.......
Quote syahs 14-6-2013 08:37 AM
masih ada mak n ayah .. bt mcm ni ... kalau nak kawin ... bg tau dari dok bt mcm ni
Quote bbalik 14-6-2013 08:57 AM
syahdu tgk muka pokcik mokcik nih...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.146589 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top