Tragedi Pesawat Uruguay Air Force Flight 571 - Terpaksa Makan Daging Manusia untuk terus hidup Kisah benar ini terjadi sekitar tahun 1972 pada suatu musim dingin. Peristiwa ini bermula apabila sebuah pesawat Uruguay Air Force Flight 571 yang membawa seramai 40 orang penumpang dan 5 krew, di mana di dalamnya terdiri daripada kumpulan rugbi dan kaum keluarga mereka. Mereka dalam perjalanan menuju Peru untuk satu perlawanan rugbi. Awalnya, tiada siapa pun tahu apa takdir yang akan menimpa mereka. Malangnya, pesawat tersebut terhempas di suatu kawasan pergunungan di Chili, Andes pada 13 Oktober 1972. Mereka yang terselamat hanyalah seramai 29 penumpang. Namun, suhu yang luar biasa dingin telah menjadikan yang terselamat tadi meninggal dunia seorang demi seorang termasuk 8 daripadanya tertimbus dalam runtuhan salji dan akibat kecederaan yang tidak dirawat. Akhirnya yang tinggal hanyalah 16 mangsa sahaja. Pemain-pemain rugbi yang turut serta dalam tragedi tersebut Seterusnya, baki mangsa seramai 16 orang tersebut berjaya ditemukan selepas 72 hari!. Itupun, setelah mereka sendiri berjuang mencari bantuan kerana operasi penyelamat telah dihentikan kerana pihak pemerintah setempat sudah menganggap mereka sebagai korban yang hilang dan tidak dapat ditemukan lagi. Sebenarnya, operasi penyelamat ke atas mangsa-mangsa dihentikan setelah masuk hari ke lapan di kawasan pergunungan yang luas itu. Antara sebabnya adalah pihak penyelamat menganggap semua mangsa pasti tidak ada yang selamat kerana lokasi pengunungan itu sangat sukar untuk sampai selain dari udara apa yang kelihatan adalah hamparan salji yang memutih kerana diliputi salji. Lebih menyukarkan pencarian, pesawat itu juga berwarna putih!. Pemandangan Pergunungan Andes Di Chilli Bayangkanlah dengan berada di ketinggian 3,600 meter di atas permukaan laut pada saat musim dingin sedang berlaku. Salji yang turun deras, nyaris membekukan apa yang ada di pergunungan itu ketika itu. Mangsa-mangsa yang terselamat pula hanya memakai pakaian seadanya, bekalan makanan yang terhad dan telah pun habis, siapapun tidak dapat berfikir dengan normal lagi. Bagaimana caranya untuk meneruskan kehidupan. Apapun hidup mesti diteruskan, jangan tewas dalam apa jua keadaan … mungkin itulah ada dalam fikiran mereka.
|
Artemesiaa replied at 29-1-2015 09:30 AM
Betul pernah difilemkan mengenainya. Amat terkesan bila mereka terpaksa makan rakan sendiri untuk k ...
nicuya replied at 29-1-2015 04:50 PM
cter alive...ethan hwak belakon..sy ske cter ni..sadis..xde la mkn smpi melahap gtu...dorg just poto ...
pestol replied at 30-1-2015 11:30 AM
awak ada dvd dia tak? abang lokman nak beli la
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
26-4-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.136630 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.