CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

[VIDEO] 8 Ultraman Berentap di Genting

4-3-2015 06:38 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5170| Komen: 0

Description: Kesemua krew diterbangkan khas dari Jepun dengan segala kecanggihan mereka dengan aksi-aksi yang memang mengujakan lah! Siap ada raksasa besar lagi, memang mengimbau sangat sewaktu zaman kecil-kecil s ...
LadyLista - Dulu-dulu rasa tak sabar sangat, lepas balik sekolah, letak beg sekolah, terus terpacak depan televisyen semata-mata nak tengok Ultraman. Bayangkan superhero kegilaan dulu lepas habis cerita, pasti ada sahaja watak yang ingin diberangankan. LadyLista paling ingat Ultraman Taro, Tiga dan segala tok nenek Ultraman lah pendek kata. Siap buat koleksi lagi permainan Ultraman. 


Sedikit sejarah mengenai Ultraman, siri adiwira ini berasal daripada negara Jepun dan telah bertapak seawal tahun 1966. Orang Jepun memanggilnya 'Urutoraman ' merupakan Ultra pertama (menurut cerita) yang datang ke bumi demi misi menyelamatkan bumi daripada raksasa dan makhluk jahat. Seperti kebiasaan cerita fiksyen yang lain, Ultraman yang kehilangan kuasa akan ditunjukkan oleh lampu kelip-kelip didada dengan bunyi [tee-nong-tee-nong]. Pasti ramai kanak-kanak yang menjerit kerana Ultraman kesayangan mereka semakin hilang kuasa dan tenaga. Tapi!! Nanti dulu, pastinya Hero takkan mudah menyerah kalah kan. Lalu Ultraman bangkit melawan raksasa.


Kalau dulu kita hanya melihat menerusi kaca televisyen, kini peminat Malaysia boleh bertemu sendiri dengan Ultraman secara 'live' di Genting. Jangan tak tahu ya, persembahan ini merupakan persembahan pertama dari Tsuburaya Production dengan semua krew keluar dari Jepun. Hebat kan?!

Kesemua krew diterbangkan khas dari Jepun dengan segala kecanggihan mereka dengan aksi-aksi yang memang mengujakan lah! Siap ada raksasa besar lagi, memang mengimbau sangat sewaktu zaman kecil-kecil semasa melihat aksi Ultraman.

Siri Ultraman yang popular ke 100 buah negara ini, menampilkan 8 Ultraman di Genting International Showroom. Pendek kata seperti 'reunion' puak-puak Ultraman lah untuk selamatkan bumi. Antara Ultraman yang turut serta adalah Ultraman Zero, Ginga, Tiga, Seven, Taro, Cosmos dan Mebius serta 2 watak jahat kaiju Alien Baltan dan Ultraman Belial.

Bermula pada 19 Februari sehingga 29 Mac 2015 ini anda berpeluang untuk melihat lebih dekat bagaimana Ultraman selamatkan bumi. Selain itu juga, anda berpeluang untuk memiliki barangan eksklusif Ultraman dengan diskaun 30%. Harga tiket seperti dibawah :


Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.rwgenting.com/

Jom Lihat Video dan gambar dibawah:









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.034295 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top