CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Selebriti dengan kegagalan plastik surgeri

6-3-2015 11:22 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5579| Komen: 3

Description: Dunia semakin pelik, ada sahaja yang tidak puas dengan keadaan dan rupa paras sendiri. Lebih mempercayai tangan manusia daripada tuhan yang telah mencipta manusia sesempurna mungkin.
LadyLista - Dunia semakin pelik, ada sahaja yang tidak puas dengan keadaan dan rupa paras sendiri. Lebih mempercayai tangan manusia daripada tuhan yang telah mencipta manusia sesempurna mungkin.LadyLista himpunkan senarai artis Hollywood dengan kegagalan pembedahan kosmetik mereka:


1.Hilarry Duff

Mempertingkatkan kecantikkan satu hal, dan melakukannya dengan extrem merupakan satu hal lain. Apabila anda sanggup mengambil risiko untuk melakukan dengan ekstrem, ada baik anda bersedia dengan sebarang keburukan yang bakal berlaku.Hilary Duff? Sebagai contoh, dia telah melakukan pembedahan bibir yang menyebabkan semua mahukan bibir sepertinya.Bukan itu  sahaja, daripada bibir sehingga kepada setiap inci mukanya, pastinya telah ditoreh dibawah pisau. LadyLista terfikir bagaimana rupanya selepas 20 tahun nanti.


2.Donatella Versace

Pastinya dia boleh masuk dalam senarai kedua LadyLista, Yes, kita semua sukakan jenama mewah Versace tapi adakah kita suka Donatella Versace yang mengingatkan kita kepada plastik surgery gone bad? Hollywood sendiri apabila berbicara mengenai kegagalan pembedahan plastik pasti nama Donatella tidak lekang menjadi contoh. Paling nyata apabila dia menukar hidung, dan mengubah bibir menjadi lebih munggil. ladyLista pelik bagaimana wanita antara terkaya didunia ini boleh terima perubahan itu. Seperti menerima dia lagi cantik selepas pembedahan. Apapun mungkin Donatella perlu menjalani pembedahan mata kerana tidak nampak keburukan dirinya selepas pembedahan.

3. Pamela Anderson

Jadi Pamela Anderson yang pernah menjalani pembedahan membesarkan payudara yang menjadi senarai pilihan ketiga. Bay Watch Lady ini menukar rupanya yang sememangnya cantik tanpa pembedahan plastik kepada satu tangga dengan moto 'babe loves everything over-sized'. Tak hairanlah Pamela sentiasa keluar masuk hospital. Adakah anda lihat mata dan bibirnya sekarang seksi??

4.Joyce Wildenstein

Well, jika anda terfikir berapa kali minah ini (minah ke??) melakukan pembedahan dimuka, maafkan LadyLista kerana tak mampu mengira berapa kali Joyce keluar masuk hospital.Rasanya tak bersalah sangat lah bila Joyce sendiri pastinya tak ingat. kalau ikut pada keadaan mukanya yang 'horror' rasanya hospital merupakan tempatnya menghabiskan masa lapang.

5. Paris Whitney Hilton

Next, cuba lihat muka Paris. Kalau anda rasa tiada apa yang buruk mengenai perubahan ini, cuba baca 'statement' daripada Paris sendiri apabila dia menyesal melakukan pembedahan yang membuatkan mukanya nampak 'weird'. Dia dikenali dengan 'best nose job' dan 'lip enhancement'. Padahal sebelum ini, dia kelihatan sangat cantik dan suci sebelum pembedahan. Ada juga khabar angin mengatakan dia telah menjalani pembedahan membesarkan payudara.

6.Dolly Palton

Penyanyi muzik berbentuk 'country' Dolly terkenal dengan lagu berjudul 'I will always love you'. Bukan itu sahaja dia juga terkenal dengan kegagalan pembedahan plastik. Dari tulang pipi, hidung,bibir semuanya dibuat daripada plastik. Kedengaran seperti barbie doll tapi ketahuilah, ia seperti nenek Barbie doll.

7.Barry Manilow

Barry dikhabarkan telah menjalani pembedahan plastik sejak muda lagi termasuklah tiga suntikan botox, facelifts dan pembedahan kelopak mata. Lihat sahaja gambarnya, seperti melihat dua orang yang berbeza.

8.Joan Rivers

Mendiang Joan Rivers yang juga host rancangan ' Fashion Police' mendakwa menjalani 739 siri pembedahan disepanjang 79 tahun hidup. Ini bermakna jika dikira, dia menjalani 9 pembedahan setiap tahun. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote fahiza29 9-3-2015 12:43 PM
seram tgk... aishh~
Quote iznanaziz 6-3-2015 05:16 PM
kesimpulannya, cantik lagi wajah yg asal.
Quote alieyrina 6-3-2015 05:03 PM
Kim k boleh masuk dlm list ni x ? Tori spelling ...

Lihat semua komen(3)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.031615 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top