CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

5 Ciri lelaki idaman Soo Wincci

10-3-2015 11:44 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3234| Komen: 0

Description: Dalam temubual ringkas Wincci bersama wartawan Cari, Wincci memberitahu dia inginkan sebuah perkahwinan dan juga sudah lama tidak keluar berpacaran.


LadyLista - Jujur, ikhlas, saling memahami, sangat berdikari dan sabar.Itu antara 5 ciri yang ditekankan bekas ratu cantik 2008, Soo Wincci dalam mencari lelaki idaman.

Dalam temubual ringkas Wincci bersama wartawan Cari, Wincci memberitahu dia inginkan sebuah perkahwinan dan juga sudah lama tidak keluar 'dating'.

Beliau yang baru sahaja pulang dari Taiwan berkata beliau bakal muncul didalam supertele terbitan Astro yang mana beliau memegang watak Puteri Hang Li Po dalam supertele berjudul Tahta Tiga Ratu.

Tambah Wincci, dia bakal muncul dengan program masakannya sendiri berjudul 'Carnation Go Gourmet With Soo Wincci' juga sebuah program dibawah Astro.

"Saya akan balik ke Malaysia pada bulan April dan Mei untuk konsert rehearsal saya yang pertama yang akan berlangsung pada 9 Jun di KLCC Planery Hall," katanya.

Bercerita mengenai perkembangan pengajiannya, artis serba boleh ini bakal menamatkan pengajiannya pada akhir tahun ini setelah lima tahun bertungkus-lumus. 

Mengambil kursus Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia, Wincci kini telah melepasi peringkat kertas proposal dan pembentangan hanya menunggu masa untuk Viva.Apa pun Ladylista ucapkan semoga berjaya pada Wincci.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.061744 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top