CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

[Beregu] V Shem-Wee Kiong Tewas Di Switzerland

25-3-2015 10:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2530| Komen: 0

Description: “Saya Tetap Berpuas Hati Dengan Prestasi Mereka Lagipun Ini Adalah Akhir Pertama Mereka Sejak V Shem Sembuh Dari Kecederaan Lututnya. Apa Pun, Mereka Telah Menunjukkan Peningkatan Dalam Setiap Perlaw ...
V Shem-Wee Kiong Tewas Di Switzerland


Wee Kiong (kiri) dan V Shem kecewa selepas tunduk 19-21, 21-14, 17-21 kepada pasangan China, Cai Yun-Lu Kai, awal pagi semalam.                                                                                                                                   

BEREGU lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong gagal dalam usaha untuk meraih gelaran pertamanya tahun ini apabila tewas pada perlawanan akhir Grand Prix (GP) Emas Terbuka Switzerland, awal pagi semalam.
       
Dalam perlawanan yang berlangsung di St Jakobshalle, V Shem-Wee Kiong yang kini menghuni ranking ke-56 dunia itu terpaksa berhempas pulas sebelum akur kepada kehandalan pasangan China, Cai Yun-Lu Kai dalam perlawanan yang berlanjutan ke set penentuan.
       
Pada set pertama, pasangan negara tewas 19-21 sebelum bangkit menyamakan kedudukan pada set kedua dengan 21-14.
       
Bagaimanapun pada set penentuan, beregu negara gagal menyaingi semangat melawan tinggi pasangan pilihan ketiga kejohanan itu apabila tunduk 17-21 dalam perlawanan hampir satu jam.
       
Menurut ketua jurulatih beregu negara, Jeremy Gan, walaupun anak buahnya itu gagal merangkul kejuaraan, namun persembahan mereka semakin menunjukkan peningkatan yang ketara.
       
“Secara keseluruhan, mereka bermain sangat baik dan menunjukkan komitmen yang tinggi di gelanggang cuma pada saat-saat akhir fokus mereka sedikit terganggu.
       
“Saya tetap berpuas hati dengan prestasi mereka lagipun ini adalah akhir pertama mereka sejak V Shem sembuh dari kecederaan lututnya. Apa pun, mereka telah menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan dan saya yakin mereka mampu menjadi lebih baik nanti.
       
"Selepas ini, apa yang mereka perlu lakukan adalah memberi tumpuan dalam latihan mereka," katanya.

sumber:sinar harian

1

Bagus
9

Marah
1

Terkejut
6

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.190216 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top