CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

[ Sepak Takraw] MBMB B hampakan Balik Batu B

25-3-2015 12:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2909| Komen: 0

Description: “Agak Sukar Mulanya Bermain Kembali Dengan Kiraan 21 Mata Lama Ini (Servis Dipegang Selagi Tidak Dimatikan Lawan), Namun Saya Fikir, Pengalaman Biasa Bermain Pada Saingan Bertaraf Lebih Tinggi, Banya ...

Regu MBMB B bersama hadiah kemenangan selaku juara kejohanan.

KEJOHANAN
yang hanya membenarkan seorang pemain bertaraf negeri dalam satu regu dalam Kejohanan Sepak Takraw Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim) nyata berjaya menarik minat 45 regu untuk berentap memburu kejuaraan.
       
Regu dari Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan antara peserta yang memeriahkan kejohanan dua hari dengan rebutan wang tunai RM1,000 bakal dimiliki juara.
       
       
Sambutan luar jangkaan
       
Pengarah pertandingannya, Mohd Hisyamuddin Mohd Shaid berkata, penganjuran julung kali diadakan itu mendapat sambutan luar jangkaan termasuk penyertaan dari pusat pengajian tinggi awam dan swasta tempatan.
       
"Idea kejohanan ini tercetus susulan kejayaan Kuim menjuarai acara berpasukan sepak takraw Pesta Sukan IPTIM (Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia) 2014 di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak, November lalu
       
"Antara pasukan itu termasuk tuan rumah Kuim, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), German Malaysian Institute (GMI) dan Kolej Profesional Teknologi Mara (KPTM) Batu Pahat.
       
"Institut Kemahiran Malaysia (IKM) Jasin, Pantai Belimbing, Kolej Komuniti Jasin (KKJS) Maskom, Sinar Baru, Nyalas, KTPM Ipoh, Sutera Wangi, MITEC, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Latihan Industri (ILP) Selandar juga tidak ketinggalan memeriahkan kejohanan," katanya.
       
Pamer aksi sengit
       
Pengalaman beraksi peringkat lebih tinggi dan sempat menyerap tekanan sistem kiraan lama 21 mata, membolehkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) B menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim) 2015, baru-baru ini.
       
Mereka menewaskan Balik Batu B 2-1 (13-21, 21-19, 15-7) dalam perlawanan akhir di Stadium Kuim, Kuala Sungai Baru, Melaka sekali gus merangkul hadiah RM1,000 dan trofi yang turut menjadi rebutan 45 regu sepanjang kejohanan selama dua hari yang julung kalinya diadakan itu.
       
MBMB B membariskan Muhammad Farid Abdul Aziz, Saiful Bajuri Noor dan Saiful Bakhtiar Suleiman menghampakan regu Balik Batu B yang terdiri daripada Shobil Sapair, Kamarul Arifin Saris dan Mohd Hamzi Azhar untuk sekadar beroleh RM700 selaku naib juara.
       
Mampu atasi tekanan
       
Sementara itu, Pengurus Pasukan MBMB B, Mohd Harman Che Haron, berkata, regunya hilang tumpuan dalam set pertama dan set kedua tetapi syukurlah, masih mampu menyerap tekanan pada saat genting untuk kembali bangkit dan mengheret ke set penentuan.
       
 “Agak sukar mulanya bermain kembali dengan kiraan 21 mata lama ini (servis dipegang selagi tidak dimatikan lawan), namun saya fikir, pengalaman biasa bermain pada saingan bertaraf lebih tinggi, banyak membantu kejayaan kami,” ujarnya.
       
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Kuim, Datuk Prof Baharudin Puteh yang mewakili Naib Canselor Kuim, Prof Mohd Taib Dora.

sumber:sinar harian




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.039537 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top