CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

Sambal Kentang Ikan Bilis

21-4-2015 07:04 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5659| Komen: 0

Description: Resipi ringkas yang tak mengecewakan anda

Bahan-Bahan:

3 biji kentang
1 mangkuk ikan bilis
3 ulas bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu kecil sos tiram
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
gula secukup rasa
sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)

Cara Penyediaan:
Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.029995 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top