CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Yatt Hamzah kongsi rahsia 'awet muda'

27-6-2013 05:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16042| Komen: 66

Description: WAJAH manis dan personaliti menarik yang dimiliki wanita berusia 33 tahun ini membuatkan dirinya sentiasa disenangi orang sekeliling.


WAJAH manis dan personaliti menarik yang dimiliki wanita berusia 33 tahun ini membuatkan dirinya sentiasa disenangi orang sekeliling.

Bahkan keperibadiannya yang sederhana juga membuatkan dia terus diterima dalam industri seni meskipun sudah bergelar isteri dan seorang ibu.

Pun begitu, dalam kesibukannya bergelar pelakon, pengacara, isteri dan ibu, pelakon Impak Maksima ini tidak pernah mengabaikan kecantikan dan kesihatan dirinya.
Lihat sahaja penampilannya, meskipun bukan berstatus anak dara, tetapi dia tetap menawan.

Baginya, sebagai wanita yang juga public figure, penampilan haruslah diutamakan.

Atas alasan itu, empunya nama Haryati Hamzah atau lebih dikenali sebagai Yatt Hamzah ini turut dilantik sebagai duta kecantikan dan kesihatan bagi produk Felina.

Dalam pada itu, akui ibu kepada Suci Hanania Malika ini, dia turut mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam memelihara kesihatan tubuh badan.


Pengertian cantik bagi anda?

Cantik bukan bergantung kepada paras rupa dan fizikal semata. Ia perlu menyeluruh dan seimbang antara luaran dan dalaman. Bagi saya, kalau cantik dalaman, secara automatik, luaran kita juga akan nampak cantik.

Apakah pembabitan sebagai Duta Felina membantu anda lebih cantik dan sihat?

Sudah tentu, sebenarnya untuk menerima keputusan menjadi duta produk ini, saya akan pastikan ia berkesan terlebih dahulu. Lagipun, pengguna memberi kepercayaan kepada saya, oleh itu saya tidak boleh berbohong kepada mereka.


Boleh kongsi petua untuk kekal langsing seperti anda?

Sebenarnya tiada apa-apa petua, cuma saya memastikan air masak diminum dalam jumlah yang banyak setiap hari, selain penting untuk tubuh ia membantu mendapatkan kulit yang sihat dan segar.


Adakah anda seorang yang mengamalkan senaman?

Sebenarnya sebelum kahwin memang saya gila bersenam, setiap minggu pasti saya akan ke gim, bagaimanapun, sekarang masa saya agak terbatas. Tetapi saya akan tetap ke gim sekurang-kurangnya satu atau dua kali sebulan.

Lain-lain, saya rajin bergerak dan melakukan kerja-kerja rumah supaya peluh sentiasa keluar. Saya tidak akan sesekali duduk di depan laptop sahaja, bahkan bermain bersama anak juga membantu saya berpeluh.


Bagaimana pula dari sudut pemakanan?

Saya sebenarnya tidak mengamalkan diet ketat, malah saya juga makan nasi seperti biasa. Tetapi saya tetap kawal jumlah yang makanan yang dimakan. Saya akan dalam kadar sedikit tetapi kerap.

Misalnya, sehari lima kali. Selain itu, kalau dah makan terlampau banyak, saya akan mengurangkan makanan untuk menu seterusnya. Saya juga turut mengamalkan sunnah Nabi dengan mengunyah  makanan sebanyak 44 kali supaya makanan mudah hadam.


Buah-buahan sangat berkait rapat dengan kecantikan. Bagaimana dengan anda?

Saya juga sangat suka makan buah, setiap hari mesti makan. Saya juga akan sentiasa pastikan di dalam peti ais sentiasa ada buah-buahan.


Anda juga tampak muda dari usia, apa pula rahsianya ?

Perkara ini memang diamalkan oleh saya setiap hari, bukan susah pun, saya hanya mengikut sunnah dengan bangun dan mandi sebelum subuh. Selepas itu saya tidak akan tidur lagi, sebaliknya saya akan lakukan kerja rumah. Cara ini sangat berkesan untuk awet muda.


Anda juga selalu mengenakan solekan tebal, bagaimana rutin penjagaan wajah anda?

Biasanya selepas penggambaran, saya akan terus mencuci wajah sebersihnya dengan menggunakan air mineral atau air biasa sambil berselawat ke atas Nabi. Untuk menaikkan seri wajah pula, saya sentiasa ambil wuduk dan menjaganya agar tidak terbatal.


Sebagai wanita bertudung, bagaimana anda menjaga kesihatan rambut?

Saya lebih selesa mencuci rambut setiap hari. Ialah bila pakai tudung, kepala mudah berpeluh dan menyebabkan rambut berbau.


Aktiviti di masa lapang?

Biasanya jika ada kelapangan, saya lebih gemar menghabiskan masa di rumah untuk melayan anak dan suami.


Sedikit perkembangan terbaru anda...

Saya bakal muncul sebagai hos dengan program masakan islamik iaitu Sajian Sunnah di RTM. Dalam pada itu, saya juga sibuk dengan butik baru saya yang diberi nama 'Suci by Yatt Hamzah'.


PROFIL

Nama: Haryati Hamzah
Tarikh Lahir: 13 April 1980
Tempat Lahir: Muar, Johor
Suami: Abdul Mutalib Abdul Shukor
Anak: Suci Hanania Malika
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian Media.
Kerjaya: Model, Pengacara Dan Pelakon.
Drama: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah, Bella Dan Ritma Kolej, Rendang Raya Mak Tijah, Slot Lagenda Ular Emas
Filem: Impak Maksima Dan Kecoh Betul

1

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote md_nana 27-6-2013 04:12 PM
duta2 produk kecantekan mmg dah diketahui dari awal, sememangnya cantik.
Quote amyainsamad 27-6-2013 04:21 PM
so???????????
Quote tepisket.. 27-6-2013 04:25 PM
antara artis y x mekap, tp teserlah putih wajahnya
selain heliza..
Quote azanorehan 27-6-2013 04:34 PM
perlu ke???
Quote solaris 27-6-2013 04:40 PM

felina ni produk utk kuruskan badan kan?
perlu ke lantik duta produk orang yg dah semulajadi langsing?
Quote hemoh2 27-6-2013 04:41 PM
mana pic......?
Quote Thara 27-6-2013 04:42 PM
Nampak muda ke cam tua jer suruh dia bukak leher dia yang kedut tulah baru tau awet muda ke tak muahaha
Quote de_ikea 27-6-2013 04:47 PM
bukannya niatku nak kecilkan sunah rasulullah. tp macamana yatt kunyah smpai 44 kali ya?
ikea sll compius cmana nk buat bb tu!
Quote lotionmilo 27-6-2013 04:48 PM
dia tua sangat ke?
Quote fida75 27-6-2013 05:05 PM
nak promot felina je kot

cer amik org biasa2 je jd duta.. transform ke x??
Quote poyohabis 27-6-2013 05:18 PM
artis memang ler cantik2..tengok ler cara dia org jaga badan...supliment semua bagi...cucuk sana sini...meak up lagi..dia org pakai produk bukan yg murah2...mana dia org pakai safi semua tu...pakai semua yg berjenama n mewah...
Quote missus_meow 27-6-2013 05:18 PM
kalo umo awal 3 series,   yahlah nk bising2 psl awet ... if u dah meno nanti or dah 50s n masih nmpk fresh, ade gak sbb nk sharing2 nye. Apelah ...
Quote NyuNyu 27-6-2013 05:23 PM
wow ada ijazah yatt ni baru aku taw :lol
Quote tomet05 27-6-2013 05:25 PM
ORANG MUOOO KEKDAHNYA
Quote mea 27-6-2013 05:29 PM
Cuba amik akak yg dah 40 ni baru la ngamm...ini baru 33...mcm tua ler sgt..
Quote ciklipoo 27-6-2013 05:37 PM
dah nama retis harus la jaga penampilan...kang xde job..

Quote mrs.uzair 27-6-2013 06:04 PM
okay okay sajork muka dgn umur dia, tak adalah nmpk muda nau! Kira kalau org kata dia mid 20 blh gak percaya tak adalah muda stok baru lepas habis spm... muahahahahaha!
Quote maxim 27-6-2013 06:10 PM
de_ikea posted on 27-6-2013 04:47 PM
bukannya niatku nak kecilkan sunah rasulullah. tp macamana yatt kunyah smpai 44 kali ya?
ikea sll c ...

adakah dia kira pakai kalkulator everytime mengunyah tu?
Quote adelia87 27-6-2013 06:32 PM
die mmg dh sedia cantik. untung jadi orang cntik ni...

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.075782 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top