CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Marvel Singkir Jonathan Majors, Didapati Bersalah Serang & Ganggu Bekas Kekasih

19-12-2023 02:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11459| Komen: 7

Description: New York: Marvel menyingkirkan pelakon meningkat naik Jonathan Majors, 34, daripada koleksi adiwiranya selepas dia disabitkan kesalahan menyerang dan mengganggu bekas kekasihnya, Grace Jabbari.Majors ...
New York: Marvel menyingkirkan pelakon meningkat naik Jonathan Majors, 34, daripada koleksi adiwiranya selepas dia disabitkan kesalahan menyerang dan mengganggu bekas kekasihnya, Grace Jabbari.

Majors yang memegang karakter Kang the Conqueror dalam sekuel Marvel berkemungkinan berdepan hukuman penjara disebabkan kes terbabit. 


Dia mula diperkenal Marvel menerusi watak itu dalam filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania awal tahun ini. Dia sepatutnya dijadualkan muncul dalam sekurang-kurangnya dua lagi filem Avengers.

Bagaimanapun, studio itu tidak akan teruskan khidmat Majors menurut sumber.

Pada awal Mac lalu, polis mendedahkan menerima panggilan kecemasan di Manhattan, di sini bagi meneliti siasatan awal berlaku pergaduhan antara Majors dan Jabbari.

Mahkamah diberitahu Jabbari mengambil telefon bimbit Majors disebabkan pelakon itu menerima sebuah kiriman mesej daripada wanita lain. Akibatnya, berlaku pergelutan dan serangan.


"Jonathan Majors didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah Manhattan dengan kesalahan menyerang tahap ketiga dan gangguan tahap kedua," kata pihak pendakwaraya dalam sebuah kenyataan.

Majors bakal dijatuhkan hukuman pada 6 Februari tahun depan.

Selain bersama Marvel, pelakon itu pernah membintangi beberapa filem besar lain termasuk Creed lll, Lovecraft Country, dan Magazine Dreams.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Yoonggi 19-12-2023 02:54 PM
bgs la. goes to show that they do not condone domestic violence. aku x tgk pun lg antman yg ada dia ni.
Quote delia3003 19-12-2023 10:02 PM
Cepat settle kes ni. Beria je PR, dia spin sebelum ni. Baru je famous, tak sempat bernafas dah jatuh tergolek.
Quote nadie90 20-12-2023 01:24 AM
Edited by nadie90 at 19-12-2023 05:27 PM
delia3003 replied at 19-12-2023 02:02 PM
Cepat settle kes ni. Beria je PR, dia spin sebelum ni. Baru je famous, tak sempat bernafas dah jatuh ...

Kan...start keluar filem Ant Man, byk filem & drama lakonan dia kluar pd thun yg sama....media2 masa pun dok up kn pelakon ni, tiba2 ada kes assault plak....dgn perempuan lagi....dah la pelakon org kulit hitam...mmg sng la jatuh tersembam terus
Quote dekmieDandy 20-12-2023 09:18 AM
padan muko, punca antman dengan loki s2 tak best, sebab dia ni la

sakit hati tengok muka dia, dah ler tak hensem

pastu method acting sangat, nyampah tengok

cerita marvel je pun
Quote keranda.terbang 29-3-2024 02:39 PM
seeloknya begitu
Quote epullipan 29-3-2024 03:56 PM
amik la pelakon kulit putih..class gitu hahaha
Quote beatgirlX 29-3-2024 08:53 PM
Mcm ni la.. Artis bermasallah terus diban... Hahaha

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.053586 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top