CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Park Seo Joon Pernah Dikritik Berwajah Biasa, Disaran Buat Pembedahan Plastik

21-12-2023 12:35 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 22165| Komen: 15

Description: Pelakon Park Seo Joon mengakui dia pernah berdepan rasa rendah diri dengan penampilan sewaktu awal pembabitan dalam industri seni.Menerusi sebuah temu bual dalam program bual bicara You Quiz di tvN, S ...
Pelakon Park Seo Joon mengakui dia pernah berdepan rasa rendah diri dengan penampilan sewaktu awal pembabitan dalam industri seni.

Menerusi sebuah temu bual dalam program bual bicara You Quiz di tvN, Seo Joon berkongsi pengalaman mula bergelar pelakon dan melalui fasa standard kecantikan (beauty standard) yang agak berbeza.



"Mata merupakan ancaman terbesar (insecurity) dalam diri saya. Sewaktu pertama kali saya membuat kemunculan sebagai artis, saya menerima banyak kritikan.

"Pada waktu itu, peminat lebih suka artis yang mempunyai penampilan tersendiri dan bukan wajah biasa yang dimilikinya... Saya juga pernah menerima komen seperti 'Dari mana budak (Seo Joon) ini datang?," katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem The Marvels itu turut menerima saranan untuk melakukan pembedahan plastik.


"Saya malah menerima cadangan untuk melakukan pembedahan plastik dan ia sekali gus membuatkan rasa keyakinan diri saya berkurangan.

"Saya sering terfikir apakah yang tidak kena pada diri saya? Adakah kerjaya artis bukan takdir untuk hidup saya?," ujarnya.

Pun begitu, Seo Joon kini menjadi salah seorang pelakon Korea yang paling disayangi kerana bakat yang dimilikinya.

Aktor berkenaan turut meluahkan rasa lega kerana dia tidak mengubah penampilannya atau berputus asa menjadi pelakon disebabkan kritikan-kritikan yang diterima sebelum ini.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Yoonggi 21-12-2023 12:48 PM
ok je wajah dia ni, mmg ler bkn stended hensem celeb kt sana tp kira wayyy better la dari marhaen biasa2 dia
Quote shida81 21-12-2023 03:06 PM
Gile knet....nk muka mcm mn lg.. Yg komplen2 tu Ntah2 muka sendiri buruk
Quote anony-mous 22-12-2023 05:34 AM
Mmg biasa2 je. La dia ke dlm The Marvel? Mmg xhensem Rain yg lg herlok pon kena reject
Quote adizero11 23-12-2023 08:34 AM
Mungkin kalau dekat Korea sana netizen dieorg anggap mamat ni muka awam...tp kita kt Malaysia tgok awam Korea pn dh ckp hensem giler..tp normal retis, makin lama makin glowing kalau dh byk duit touch up sana sini
Quote boongalalang 23-12-2023 09:59 AM
Okla muka dia ni, muka blh lekat dalam kepala
Kalau buat ps nanti lebih kurang je dengan muka artis lain
Quote snowflakes 23-12-2023 06:11 PM
Muka awam korea tapi versi elok...
Quote linb 23-12-2023 11:23 PM
Ok je muka dia ni. Kalau muka hensem tu sepesen je, boring la pulak pusing kiri muka sama pusing kanan muka sama. Semoga abam mendapat konfidensi yang tinggi sekarang. Tapi rambut dia dalam The Marvels tu dah kenapa... Tak boleh nak dipesenkan elok elok sikit ke... Kok ye pun asian representation, kejung sangat rambut diberi nya ish
Quote borrow 24-12-2023 03:03 PM
lor tak sangka. Rasa cam siap je rupa heols. Plus tinggi lagi. Ada sorang kim soo hyun , awal kemunculan teruk kena kritik. Mendunia juga. kkdg kena pilih style yg betul , baru terserlah aura.
Quote ariellin 24-12-2023 09:53 PM
aku suka dia dlm WWWSK je.. terserlah auranya ;
Quote I.K.A888990 26-12-2023 10:10 PM
hensem je dia ni walaupun tak berkenan
Quote edayildiz 27-12-2023 04:43 PM
hensem ok dia ni..
i xfhm nk herlok mcmana lg kpop ni
jantan dh xserupa jantan jgk yg dorg ckp hensem
Quote azimie 28-12-2023 06:40 AM
Tp fizikal dia herlokkk tggi lampai
Quote sarah_ary2 28-12-2023 09:10 AM
anony-mous replied at 22-12-2023 05:34 AM
Mmg biasa2 je. La dia ke dlm The Marvel? Mmg xhensem  Rain yg lg herlok pon kena reject

Soalannya Rain tue herlokk ke chuols? Aiols bertahan tgk Full House sebab nak tgk Song Hye Kyo jah sebab dia cntik
Quote cm_vungtau 29-12-2023 07:34 AM
Muka dia biasa2, takla hensem sangat. Tapi body dia wow. Nak2 bila dia pakai sleeveless dalam Itaewon Class kot. Pastu bila bergaduh masculine giler
Quote virgocircus 30-12-2023 10:01 PM
Tp dia ni poyo sket bila jawab soklan press. Lagi bagus si Kim seon ho tu.. humble sokmo.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.338136 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top