CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Saham YG Entertainment Jatuh Merundum, Blackpink Kini Pilih Urus Karier Solo Sendiri

12-1-2024 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5901| Komen: 9

Description: KEGAGALAN mendapatkan kontrak tambahan bagi menguruskan karier solo semua anggota kumpulan Blackpink nampaknya memberi kesan buruk kepada syarikat pengurusan YG Entertainment.


KEGAGALAN mendapatkan kontrak tambahan bagi menguruskan karier solo semua anggota kumpulan Blackpink nampaknya memberi kesan buruk kepada syarikat pengurusan YG Entertainment.

Pada Rabu lalu, saham agensi berkenaan didagangkan pada harga KRW 44,800 atau RM158 sama seperti hari dagangan sebelumnya.

Harga saham agensi itu juga turun kepada KRW 44,050 (RM155) atau penurunan sebanyak 1.67 peratus pada hari pembukaan pada Isnin lalu.

Ia adalah paras terendah bagi agensi tersebut sejak 52 minggu lalu.



Penganalisis Daishin Securities Lim Soo Jin berkata, kegagalan YG Entertainment mendapatkan kontrak untuk karier solo Blackpink menyumbang kepada kemerosotan itu.


Sebelum ini, salah seorang ahli Blackpink iaitu Jennie memilih menguruskan karier solonya sendiri dengan menubuhkan syarikat pengurusan Oddatelier sejak November tahun lalu.

Syarikat itu diuruskan sendiri oleh ibunya.

Selain Jennie, Blackpink yang turut dianggotai oleh Lisa, Jisoo dan Rose juga memilih untuk tidak menyambung kontrak bersama YG Entertainment.

Bagaimanapun YG Entertainment masih menguruskan karier Blackpink secara berkumpulan selain BabyMonster, Winner, iKON dan Treasure.



Sumber : mStarOnline

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husie91 12-1-2024 12:30 PM
Aik herann tengok buat main mendoniaa lagi group bp ni tapi saham merudum ehh apa main problem dorang ni..
Quote BoongaKertas 15-1-2024 09:34 AM
sbb korea sokong US and indirectly sokong israhell, iols jd nyampah dgn semua yg berkaitan depa ni. huh! tiberrrr
Quote intan244 15-1-2024 02:32 PM
camtu plak. ingat x sambung contract, bp dah bubar.
Quote delia3003 15-1-2024 08:44 PM
husie91 replied at 12-1-2024 12:30 PM
Aik herann tengok buat main mendoniaa lagi group bp ni tapi saham merudum ehh apa main problem doran ...


Saham merudum la sebab semua bukan lagi aYG lagi (individually) lepas kontrak tamat. Diorang cuma sign agreement untuk teruskan aktiviti group je (kita bukan la exclusive contract), tu pun 2 tahun. Sekarang ni masing2 tengah sibuk dengan individual activities under company lain, bukan YG.
Quote Yoonggi 16-1-2024 12:47 PM
elok ler merudum YGE ni. salah satu faktor yg efek saham dia rasanya sbb GD pun dah xde. Even The Black Label tu pun mcm nk go separate ways dgn YGE klu x silap aku baca hr tu.
Quote linb 17-1-2024 03:20 PM
Kalau ikut schedule release for 2024 for YGE, BP takde apa apa group activities scheduled. Assumption there's only solo activities in 2024 and solo contract dorang kan semua asing asing, tak bawah YGE. Less revenue
Quote JahLupa 18-1-2024 09:01 PM
Bila mak nguruskan ni, samada jd lagi better atau jd lg teruk. Risau jd mcm han so hee tu. Family yg tarah duit dia
Quote Pumpkinhead 23-1-2024 04:44 PM
baguslah urus sendiri....bye bye YGE
Quote Guli 8-2-2024 07:46 PM
Karier mereka lebih kepada solo buat masa sekarang

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.045703 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top