CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Sudah Sampai Masa Saya Berehat – Hetty Koes Endang

15-1-2024 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6493| Komen: 7

Description: Siapa tidak kenal Hetty Koes Endang yang kini sering menjadi juri dalam program realiti TV tempatan sejak beberapa tahun yang lalu.



Siapa tidak kenal Hetty Koes Endang yang kini sering menjadi juri dalam program realiti TV tempatan sejak beberapa tahun yang lalu.

Sudah 53 tahun saya menyanyi, saya sudah penat.”

Demikian luahan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang yang bercadang untuk berehat dan tidak mahu lagi mengadakan konsert pada masa akan datang.

Penghibur berusia 67 tahun itu ketika ditemu bual secara dalam talian berkata, keputusan itu diambil berikutan terlalu penat apabila sudah terlibat dengan puluhan konsert, selain menghasilkan 150 album.

Kata Hetty lagi, sepanjang berehat dia hanya mahu melihat perjalanan artis muda yang semakin ramai mewarnai persada seni muzik di negaranya.

Saya sudah penat. Bagilah peluang kepada penyanyi muda pula. Sudah 53 tahun saya terbabit dalam bidang seni, sampai masa untuk saya jadi pemerhati sahaja.


“Saya telah lakukan banyak perkara sepanjang karier. Apa lagi yang saya mahukan?” ujarnya kepada HibGlam.

Bagaimanapun, Hetty yang ditemui semasa sesi bersama media untuk mempromosikan persembahannya, After Hours With Hetty Koes Endang, tidak keberatan untuk terbabit dengan persembahan bagi tujuan kebajikan berbanding persembahan komersial.

Saya hanya akan menolak persembahan berbentuk komersial sahaja. Jika melibatkan acara amal, saya boleh lakukan.

“Perkara itu lebih membuatkan saya berasa senang (gembira),” katanya.

Bercakap tentang persembahan After Hours With Hetty Koes Endang yang bakal berlangsung pada 24 Februari nanti, pelantun lagu Kasih itu berkongsi rasa teruja apabila bakal menghiburkan peminatnya di Malaysia.


Sudah tentu saya gembira dan tidak sabar untuk menghiburkan peminat saya di Malaysia. Saya berharap semuanya berjalan dengan lancar dan diberikan Kesihatan yang baik,” katanya.

Lebih Istimewa persembahan itu turut menampilkan Naqiu sebagai penyanyi undangan yang akan mendendangkan beberapa lagu, termasuk duet bersama Hetty.

Hetty atau nama sebenarnya Hetty Koes Madewy memulakan kerjaya seninya pada 1974 sebagai penyanyi muzik Keroncong.

Antara pencapaian yang diraih sepanjang bergelar anak seni adalah juara bagi pertandingan Festival Penyanyi Se-Jawa Barat untuk tiga tahun berturut-turut (1972-1974), tempat ketiga Asean Pop Song Festival (1982) dan Penyanyi Terbaik di Vina Del Mar Song Festival di Chili (1983). 



Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 16-1-2024 01:39 AM
Hak alahhhh. Aku ingat nak berehat jadi juri. Dia ni semaklahh. Ajar nyanyi2 time bagi komen. Dulu2 sekali dua oklah. Skrg dah muak hoi. Annoying.
Quote j3m4h 16-1-2024 06:30 AM
Ye sisss…naik jelak plak dgn komen over run sheol ni…tok pinaz ok je xde cringe mcm sheol ni.for sure sheol ni better compare tok kathy lemauuu tuh…pesen sheol ni mmg signature ke hape? So yesterday…
Quote Yoonggi 16-1-2024 12:44 PM
ok, udah capek ya
Quote lasagna 18-1-2024 08:58 AM
buk hetty ni mmg kayos gila kot..
tgk rumah dia jer tergamam gue nengok.
Quote JahLupa 18-1-2024 08:58 PM
Ingatkan berenti nyanyi terus
Quote amoramor 20-1-2024 08:04 AM
Berenti nyanyi dan jd juri terusss.. sakit telinga iols dan x ngam taste lagu ngan jiwa iii
Quote Pumpkinhead 23-1-2024 04:43 PM
baguslah bersara....hidup lah tenang tenang saje

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.044249 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top