CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Putera Mateen ‘Off Market’, Kini Tular Pulak Si Adik Pengiran Muda Abdul Wakeel

16-1-2024 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18902| Komen: 92

Description: Berita perkahwinan Pengiran Muda Abdul Mateen bersama wanita pilihan, Dayang Anisha Rosnah Adam beberapa hari lalu mendapat liputan warga maya bukan sahaja rakyat Brunei, malah seluruh dunia termasukl ...

Berita perkahwinan Pengiran Muda Abdul Mateen bersama wanita pilihan, Dayang Anisha Rosnah Adam beberapa hari lalu mendapat liputan warga maya bukan sahaja rakyat Brunei, malah seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Sebelum ini, Putera Mateen sememangnya diketahui menjadi tumpuan orang ramai kerana rupa parasnya yang kacak dan segak terutamanya golongan wanita.

Adik Putera Mateen jadi tumpuan

Memandangkan Putera Mateen sudah ‘off market’ dan bergelar suami orang, nampaknya netizen mula tertumpu kepada adiknya kerabat diraja Brunei itu iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel Bolkiah yang juga anak kandung kepada personaliti TV Azrinaz Mazhar Hakim bersama Sultan Brunei, Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Tadi FaFau ad sebut pasal adik Prince Marteen dalam breakfast hotfm..
Aku terus stalk, omg..
Seriously helok siakkkkk…



Jika tidak silap, umur Putera Wakeel sudahpun mencecah 18 tahun pada tahun 2024.


Putera Wakeel dan Puteri Ameerah

Kalau anda nak tahu, Putera Wakeel merupakan anak sulung Azrinaz dan Tuanku Sultan Hassanal yang kini menetap di Brunei selain seorang lagi anak perempuan, Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.



Azrinaz yang terpisah lama dengan anak-anaknya itu sering memuat naik foto lama ketika mereka anak beranak masih bersama dan menganggap Wakeel dan Ameerah mempunyai dua orang ibu yang sangat menyayanginya (merujuk kepada Permaisuri Brunei pada ketika ini).




Perceraian Azrinaz dan Tuanku Sultan pada tahun 2010 membuatkan bekas wartawan dan penyampai berita itu tidak pernah lupa memuat naik tentang memori mengenai putera dan puterinya yang kini semakin meningkat dewasa meskipun tidak lagi bersama secara zahirnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 16-1-2024 08:51 AM
but my mom just left me when i was four? apo. jgnlah caption cenggitu. mcm x best plak.
Quote shernazz 16-1-2024 08:56 AM
Masa kecik dia tak comel pung
Bila.beso hensem plak .
Okay la tu..
Putera raja kan
Quote apedehal 16-1-2024 08:57 AM
Muka budak baik sgt... tggu besar sikit.bg aku helok lg dr mateen..ntah apo yg hype sgt mateen tu..tp ye la mata masing2 kan
Quote hareeeesah 16-1-2024 08:59 AM
Sapa la yg buat vid & caption memandai tu..
Quote tagas 16-1-2024 09:04 AM
apedehal replied at 16-1-2024 08:57 AM
Muka budak baik sgt... tggu besar sikit.bg aku helok lg dr mateen..ntah apo yg hype sgt mateen tu..t ...

Sbb dia putera raja

Cuba kalo rakyat biasa

mcm muka ala ala pati nepal

biasa jumpa tepi jln tu
Quote swateng1 16-1-2024 09:07 AM
kesian azrinaz.. anak2 mesti rindu ibunya.. semoga dipermudahkan urusan keluarga ni..
Quote apedehal 16-1-2024 09:12 AM
tagas replied at 16-1-2024 09:04 AM
Sbb dia putera raja

Cuba kalo rakyat biasa

Ha ah ye..puas aku memikir muka mateen ni mcm muka sesuatu aku biasa tgk tp xtkeluar ayat tu..hahha tenks
Quote limau_lemon 16-1-2024 09:20 AM
tagas replied at 16-1-2024 09:04 AM
Sbb dia putera raja

Cuba kalo rakyat biasa

Bg iols dia famous sebab dia paling menyerlah Antara anak2 lelaki SB.
Quote limau_lemon 16-1-2024 09:20 AM
apedehal replied at 16-1-2024 08:57 AM
Muka budak baik sgt... tggu besar sikit.bg aku helok lg dr mateen..ntah apo yg hype sgt mateen tu..t ...

Sebelum wakeel ni baligh...prince Mateen paling handsome Antara anak2 SB. Sbb tu famous.
Quote syitaeyqa 16-1-2024 09:41 AM
swateng1 replied at 16-1-2024 09:07 AM
kesian azrinaz.. anak2 mesti rindu ibunya.. semoga dipermudahkan urusan keluarga ni..

baca komen kat tt, katanya dorg ni ada je jumpa anak beranak luar msia & brunei tp secara private. pernah jugak baca yg AWB tu ada je follow AMH kat ig prvte
Quote rosa_canina 16-1-2024 09:42 AM
blh plk caption mcm tu..
agak2 la

Quote mamajawie 16-1-2024 10:07 AM
apa la cakap macamtu..mak ko tu diharamkan jejak kaki kat sana gamaknya..kesian
Quote kucingitam 16-1-2024 10:32 AM
BoongaKertas replied at 16-1-2024 08:51 AM
but my mom just left me when i was four? apo. jgnlah caption cenggitu. mcm x best plak.

kan...mcm sengaja plak bunyiknya..
Quote Manusiabesa 16-1-2024 10:57 AM
Sbnrya sronok ke x eh hidup dlm istana? Kita nmpk mcm megah wow bestnya kaya toksah pkir bab cari duit. Duit dh kepok2. Tp nth ada darkside? Cthnya rimas dgn all protocol, no privacy,  penuh adat istiadat ke apa..sapa penah keja dlm istana...? Spill lah skit... kot kisah seram dlm istana ke.... masakan dlm istana mewah2 ke..... rimas ke tandas pun org eskot keeeeee.... sort of stories... interesting to hear
Quote BoongaKertas 16-1-2024 10:58 AM
kucingitam replied at 16-1-2024 02:32 AM
kan...mcm sengaja plak bunyiknya..

tho iols x suka sgt omaknya, tp caption cenggitu mcm omaknya sengaja left. giler betul caption tu. ckp jer lah omaknya jauh di negara lain. haihs!
Quote nanasno 16-1-2024 11:05 AM
Edited by nanasno at 16-1-2024 11:09 AM

deep down inside her heart mesti la dia rindu anak2 dia. dari 2010 tak dapat jumpa. apa la dia buat sampai soltan tak bagi jumpa langsung. tapi now phone ada media sosial ada. mesti anak dia selalu je contact mak dia.
mak prince mateen pun kena serai kan. tapi takde pula kan sampai takleh jumpa anak2 dia.
Quote limau_lemon 16-1-2024 11:37 AM
mamajawie replied at 16-1-2024 10:07 AM
apa la cakap macamtu..mak ko tu diharamkan jejak kaki kat sana gamaknya..kesian

Yg tu bukan prince ni yg tulis Kan ..
Quote limau_lemon 16-1-2024 11:39 AM
BoongaKertas replied at 16-1-2024 10:58 AM
tho iols x suka sgt omaknya, tp caption cenggitu mcm omaknya sengaja left. giler betul caption tu.  ...

Ni org yg IGS/tiktok yg tulis la ..bukan prince tu pon yg tulis ..
Quote Hoola 16-1-2024 11:48 AM
helokk...mcm gud2 boy...masa rmbut pjg pun laaagi helok

achik nk buat menantu voleh ???

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050009 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top