CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ribuan Anak Muda Singapura Turut Serta Program Subuh Macam Jumaat, Laungan Azan Taufik Batisah Jadi Tumpuan

17-1-2024 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7526| Komen: 15

Description: Kempen solat Subuh berjemaah di masjid yang dianjurkan selebriti versatil, Alif Satar dilihat bukan sahaja mendapat sambutan di dalam negara bahkan fenomena kempen berkenaan difahamkan turut mendapat ...

Kempen solat Subuh berjemaah di masjid yang dianjurkan selebriti versatil, Alif Satar dilihat bukan sahaja mendapat sambutan di dalam negara bahkan fenomena kempen berkenaan difahamkan turut mendapat sambutan luar negara.

Terbaharu, negara jiran Malaysia iaitu Singapura turut menyambut baik inisiatif ini menerusi sebuah syarikat yang dikenali sebagai Al Fajr.

Menerusi video yang dimuat naik pempengaruh Singapura iaitu Don Jany, difahamkan program yang dianjurkan buat julung kalinya di Masjid Mujahidin, Singapura itu turut dihadiri oleh ribuan anak muda kota Singa serta selebriti terkenal iaitu Taufik Batisah.


Apa yang menarik perhatian ialah, kelihatan pelantun lagu ‘Usah Lepaskan’ itu berdiri di hadapan mikrofon sebelum melaungkan azan Subuh di masjid berkenaan.

Video tersebut meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji keindahan serta kemerduan suara Taufik sewaktu melaungkan azan.

Warganet juga memuji Alif Satar kerana telah memulakan satu perbaharuan yang hebat dalam jiwa anak muda.


Terbaik! Semoga kempen solat Subuh macam Jumaat turut mendapat sambutan di Indonesia pula selepas ini.



Sumber : Ohbulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 17-1-2024 11:26 AM
...tapi lifestyle TB & wife kat socmed tak islamic pun... macam yenna yenna je... hihi
Quote beautifulorchid 17-1-2024 12:01 PM
prince_marhaen replied at 17-1-2024 11:26 AM
...tapi lifestyle TB & wife kat socmed tak islamic pun... macam yenna yenna je... hihi

sekurang kurangnya dia guna jugak pengaruh dia ajak orang buat kebaikan.. infuture maybe lifestyle dia akan berubah sikit demi sedikit sebab dah rajin g solat kat masjidkan
Quote KamikuP 17-1-2024 03:07 PM
Bini TB ni DKK kah?
Quote hashashes 17-1-2024 03:36 PM
Wow alif banyak pahala kau
Quote chinta89 17-1-2024 03:38 PM
bersama menuju ke arah kehidupan lbh baik
Quote marchikobonzo 23-1-2024 02:16 PM
Berpanjangan pahala si AS sb mulakan move ni
Quote cm_vungtau 24-1-2024 11:24 PM
Suka tengok masjid kat Singapore. Orang2 dia cakap English. Tapi mungkin ikut area jugak. Kalau area orang kaya2 imam pun cakap omputih
Quote shernazz 25-1-2024 11:17 AM
Kat surau Taman iols pernah juga buat Gini..
Laki iols cakap tak dapat sambutan
Yang jemaah biasa jugak yang datang
Hahaha
Quote Pumpkinhead 25-1-2024 11:23 AM
harap berpanjangan la program ni
Quote gideoncross 9-2-2024 11:02 PM
cm_vungtau replied at 24-1-2024 11:24 PM
Suka tengok masjid kat Singapore. Orang2 dia cakap English. Tapi mungkin ikut area jugak. Kalau area ...

Aiol often kat Msjid Sultan & Msjid Al Falah
Quote gideoncross 9-2-2024 11:03 PM
shernazz replied at 25-1-2024 11:17 AM
Kat surau Taman iols pernah juga buat Gini..
Laki iols cakap tak dapat sambutan
Yang jemaah biasa ju ...

Ikut tmpat lh kot, hopefully rmai yg solat sndri kat rumah wlaupn x ke Msjid

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.101400 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top