CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tiru Watak Penjahat Jaws Dalam Filem James Bond, Kanye West Cabut Semua Gigi Ganti Titanium Bernilai RM4 Juta

19-1-2024 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7117| Komen: 21

Description: Penyanyi rap popular Kanye West sering membuat kejutan dengan pelbagai perkara, sebelum ni dia melarang isterinya memakai seluar ketika keluar bersama. Kanye meminta supaya isterinya tidak lagi memaka ...

Penyanyi rap popular Kanye West sering membuat kejutan dengan pelbagai perkara, sebelum ni dia melarang isterinya memakai seluar ketika keluar bersama. Kanye meminta supaya isterinya tidak lagi memakai seluar pada 2024.

Terbaru, dia sekali lagi menjadi tumpuan apabila muncul dengan mengenakan gigi palsu titanium bernilai $850,000 (RM4 juta) ketika keluar bersama isterinya iaitu Bianca Censori.

Kanye, 46, dilaporkan keluar bersiar-siar bersama isterinya itu di Chateau Marmont, Beverly Hills, Amerika Syarikat ditemani rakan mereka iaitu pelawak Chris Rock.


Penyanyi berkenaan juga dilihat memuat naik foto memaparkan gigi baharunya itu di Instastory miliknya.


Kanye berkongsi sebuah foto yang menunjukkan bahagian bawah muka ketika dia membuka mulut bagi mempamerkan gigi palsu titanium tersebut.

Malah menerusi satu lagi perkongsian yang dibuat, penampilan Kanye dikatakan diilhamkan oleh watak penjahat Jaws dalam filem James Bond.

Sementara itu menurut laporan Daily Mail, penyanyi lagu Praise God ini pernah mendakwa barisan giginya dicabut dan digantikan dengan berlian yang dilakukan oleh Dr Thomas Connelly di Beverly Hills, Amerika Syarikat bersama juruteknik pergigian Naoki Hayashi.

Penampilan baharu penyanyi berkenaan juga dapat dilihat sewaktu dia berbual dengan Chris di mana Kanye mendakap gigi palsunya itu bagi menarik perhatian ramai.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marchikobonzo 19-1-2024 03:07 PM
Yihhh..sewel ke dia ni
Quote makneng 19-1-2024 07:11 PM
Simply stupid
Quote Gianna111 19-1-2024 08:20 PM
banyak sangat duit boleh membuatkan otak jadi miring..
Quote _kelly 19-1-2024 08:37 PM
kesian makin lama makin gila

tapi tu la lagu2 zaman kegemilangan dia tu sis layan jugak
Quote HYSB 19-1-2024 10:31 PM
bace komen ummah kokosei, tunggu dia makan ice cream nanti, tango cari balik tak Gigi asal dia nanti
Quote amoramor 20-1-2024 08:02 AM
X tau suda nak buang duit p mana..
Quote I.K.A888990 21-1-2024 02:10 PM
gila ke apa dia ni
Quote KamikuP 22-1-2024 12:30 PM
Gila mcm tekya
Quote tompie 22-1-2024 02:17 PM
apasal gigi mahal dia nampak mcm wrap pakai aluminium foil aje? tak kemas..
mcamana la dia ni boleh stay relevant and kaya raya..
Nasib baik ahh aku tak pernah nak follow/minat karya2 dia ni..
Memang menyampajh sangat
Quote gideoncross 23-1-2024 08:44 AM
tompie replied at 22-1-2024 02:17 PM
apasal gigi mahal dia nampak mcm wrap pakai aluminium foil aje? tak kemas..
mcamana la dia ni boleh  ...

Kanye ni slh stu member Illuminati, sbb tu dia sllu stay relevant dlm Holiwud
Quote gideoncross 23-1-2024 08:49 AM

Kanye msa ni mmg dh mcm x btul, his new "wife" yg Bianca Censori tu pun pelik sbb Kanye bgithu dia nak BC ni sntiasa mcm clothes-less. Recently ada article bgithu Kanye nak BC ni x brpakaian utk tahun 2024 & klau uol check psl BC ni kat Pkcik Gugel, uol boleh tngok yg BC ni sntiasa pkai skimpy tight body suit ataupun bra & g-string yg x layak utk d pkai kat public, ridiculous gitu
Quote gideoncross 23-1-2024 08:50 AM
_kelly replied at 19-1-2024 08:37 PM
kesian makin lama makin gila

tapi tu la lagu2 zaman kegemilangan dia tu sis layan jugak

Dorg ni klau blum join Illuminati mcm apa yg Justin Bieber buat, smuanya msih happy & cool, dh join Illuminati, smua skli jdi gloomy
Quote marchikobonzo 23-1-2024 10:21 AM
gideoncross replied at 23-1-2024 12:49 AM
Kanye msa ni mmg dh mcm x btul, his new "wife" yg Bianca Censori tu pun pelik sbb Kanye bgithu dia ...

BDSM sangat la diorang ni kalau betul nak si BC ni humiliation ritual KW
Quote gideoncross 8-2-2024 01:24 AM
marchikobonzo replied at 23-1-2024 10:21 AM
BDSM sangat la diorang ni kalau betul nak si BC ni humiliation ritual KW

Ni Kanye West & Bianca Censori yg latest, gila, pelik je dorg brdua ni. Bianca plak 24/7 naked
Quote marchikobonzo 8-2-2024 10:42 AM
gideoncross replied at 7-2-2024 05:24 PM
Ni Kanye West & Bianca Censori yg latest, gila, pelik je dorg brdua ni. Bianca plak 24/7 naked

Sorang terlebih tutup, sorang terlebih tayang..apooo
Quote gideoncross 9-2-2024 07:43 PM
marchikobonzo replied at 8-2-2024 10:42 AM
Sorang terlebih tutup, sorang terlebih tayang..apooo

KW haramkn BC ni dari pakai apa2, tu azam dia thun 2024 ni
Quote beatgirlX 10-2-2024 04:23 PM
Kim blh menarik nafas legaa...
Quote alieyrina 11-2-2024 02:17 AM
Kalau ada rupa takpa jugak. Ini sedehhh
Quote marchikobonzo 13-2-2024 12:52 PM
gideoncross replied at 9-2-2024 11:43 AM
KW haramkn BC ni dari pakai apa2, tu azam dia thun 2024 ni

Todia..seghopa tak payah pakai [ig]https://www.instagram.com/p/C3Qyh3wtAog/?hl=en[/ig]

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.065624 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top