CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Cakra Khan Undang Wanita OKU Jual Burger Ke Konsert

18-2-2024 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6360| Komen: 17

Description: PETALING JAYA – Penyanyi popular Indonesia mengakui kehidupan wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) bernama Eerah yang menjual burger sehingga tular dalam media sosial baru-baru ini banyak mengajarnya er ...



PETALING JAYA – Penyanyi popular Indonesia mengakui kehidupan wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) bernama Eerah yang menjual burger sehingga tular dalam media sosial baru-baru ini banyak mengajarnya erti kehidupan.

Kata Cakra, 32, dia juga tidak menyangka Eerah muncul di pentas pada konsert A Decade Cakra Khan 2.0 Live in Kuala Lumpur di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) semalam.

“Saya pernah melihat videonya tular dalam media sosial tahun lalu sebelum menghantar jemputan untuk ke konsert hari ini (semalam) tetapi ditolak atas alasan sibuk berniaga.

“Tiba-tiba ada kejutan, dia muncul di pentas dengan membawa burger. Memang terharu dan rasa sangat tersentuh melihat kesungguhannya,” katanya pada sidang akhbar usai konsert semalam.

Selain rasa terharu, kegigihan Eerah meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan membuatkan jiwanya tersentak dan belajar untuk lebih bersyukur dengan setiap perkara.


“Banyak yang saya belajar selepas melihat Eerah seperti harus selalu bersyukur dan percaya sentiasa ada harapan dalam setiap perkara.

“Dia contoh terbaik untuk kita semua ikut terutama berkaitan kesungguhannya mencari rezeki dan tidak pernah berputus asa dalam kehidupan,” katanya lagi.

Malam tadi, Eerah atau nama penuhnya Jaheerah Nadzri, 29, membuat kejutan hadir ke konsert penyanyi itu dan turut membawa burger ‘kahwin’ (daging dan ayam) istimewa buat Cakra.

Eerah mula dikenali ramai selepas tular videonya membuat burger di sebuah gerai jalanan di Kota Warisan, Sepang.

Cakra atau nama penuhnya Cakra Konta Paryaman turut merasai makanan tersebut selain mendendangkan lagu Jangan Mudah Putus Asa.

Pada konsert yang dihadiri lebih 2,900 penonton, Cakra mendendangkan sebanyak 25 buah lagu termasuk duet bersama Datuk Seri Rossa, Judika dan Dayang Nurfaizah.

Konsert anjuran Seven Skies Motion Sdn Bhd turut menyaksikan persembahan muzik diiringi orkestra yang diketuai maestro tersohor, Datuk Ramli MS. 

Sumber –  KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 18-2-2024 07:35 PM
Terima kasih adik eerah buat akak tak jd nk  putus asa dlm hidup ni
Sbb arini mmg rasa nk putus asa letih memikir asik tak mendapat apa yg diminta tp mungkin itulah yg diperlukan agaknya.
Quote slyfynx 18-2-2024 07:54 PM
Suchi replied at 18-2-2024 07:35 PM
Terima kasih adik eerah buat akak tak jd nk  putus asa dlm hidup ni
Sbb arini mmg rasa nk putus asa  ...

Be strong, sahabat.


Quote CariMalay 19-2-2024 03:50 AM
Edited by CariMalay at 19-2-2024 03:51 AM

Lahhh, baru 32 umur cakra. Asal selama ni aku ingat umur dia sekitar 37 - 42
Quote azimodin 19-2-2024 08:49 AM
Iouls pon rasa nak give up kerja dengan boss yg toxic amat tapi i love my job. So bertabah la semua, yang penting kita cari rezeki yang halal
Quote lil_honey 19-2-2024 08:54 AM
iols respek betul dengan dek erah nih..
dia dengan keadaan mcm tu, tak mengemis.
buat kuih, burger..jual.
Quote marchikobonzo 19-2-2024 10:00 AM
Apasal iols ingat cakra ni umur 40an..muda lagi rupanya
Quote penjarasgbuloh 19-2-2024 10:06 AM
Dulu2 bila dengar lagu cakra khan kat radio aku membayangkan penyanyi Afgan tu, bila tengok rupanya orang lain huhu.....
Quote lucky_peace 19-2-2024 07:16 PM
azimodin replied at 19-2-2024 08:49 AM
Iouls pon rasa nak give up kerja dengan boss yg toxic amat tapi i love my job. So bertabah la semua, ...

Kann, kdg rasa nk give up, rasa penat, rasa x sanggup tapi bertabah je yg kita mampu ????
Quote Cenderakirana9 19-2-2024 07:37 PM
Lately rasa letih sangat. Overthinking dengan hidup. Then nampak ni. Alahai apa sangat la aku punya hidup kalau nak dibanding dengan eerah ni tapi dia masih berusaha dan tersenyum. Terima kasih eerah bagi orang2 macam kami ni cermin diri dan buat kami teringat untuk bersyukur. Semoga diberkati hidupnya dunia akhirat
Quote jihyomelly 19-2-2024 07:49 PM
dik eerah ni contoh terbaik bila kita down…kadang2 yg normal ni tak mampu nak positive macam dik eerah..
Quote TomyamPuteh 19-2-2024 08:15 PM
Tgk muka Adik Eerah bila dia buat live prepare burger hati blh jd sejuk wooo. Muka dia tu ada nur. Pakaian dia bersih je. Tanda2 ank yg terjaga dan elok didikan.
Quote jambatannetizen 19-2-2024 08:49 PM
TomyamPuteh replied at 19-2-2024 08:15 PM
Tgk muka Adik Eerah bila dia buat live prepare burger hati blh jd sejuk wooo. Muka dia tu ada nur. P ...

Tapi i respect family adik eerah ini. Mak dia meninggal, sheols duduk dgn adik bradik n ayah kan. Semua lelaki. Slalu org suka ambil kesempatan dgn budak2 OKU.
Quote azimodin 20-2-2024 08:20 AM
Walaupon dia meniaga, iouls harap dia dapat juga la bantuan dari jkm. Orang2 camni layak dibanti.. bukan retis2 yang masa muda kemain lagi berjimba, dah tua2 harap bantuan dari a sampai z.
Quote syabee 20-2-2024 08:48 AM
tersentuh sgt time cakra jemput and bg2 kata semangat pd eerah ni. bak kat cakra bersyukur la kita dgn apa yg ada...
Quote dekmieDandy 22-2-2024 03:14 PM
CariMalay replied at 19-2-2024 03:50 AM
Lahhh, baru 32 umur cakra. Asal selama ni aku ingat umur dia sekitar 37 - 42

sama , lagipun kalau perasan, muka dia macam cepat menua sikit

banding dengan mula-mula lagu dia ngetop dulu, cam budak sekolah je muka

time masuk indonesia idol, perasan muka dia nampak tu tak sesuai dengan orang 20++

ke styling baju, entahlar
Quote downiey 22-2-2024 09:42 PM
erahh seorg wanita yg kuat..semoga sntiasa dpermudhkn urusan
Quote azimie 22-2-2024 10:34 PM
tiap kali tgok cakra nie mesti teringat jofliam piza wagyu tu , mcm kembar .. hehe

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.051780 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top