CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

BCL Sudah Lama Mahu Padam Nama Sinclair - “Sejak Ashraf Meninggal, Saya Rasa..”

22-2-2024 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6956| Komen: 9

Description: PERNAH mengejutkan peminat apabila menggunakan nama baharu bagi akaun Instagramnya, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) mendedahkan keputusan tersebut bukan mudah.


PERNAH mengejutkan peminat apabila menggunakan nama baharu bagi akaun Instagramnya, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) mendedahkan keputusan tersebut bukan mudah.

Katanya, perubahan nama @bclsinclair menjadi @itsmebcl by hakikatnya sudah difikirkan sebelum mempunyai perancangan mendirikan rumah tangga dengan Tiko Aryawardhana.

Bukan mahu melupakan terus suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair, namun perkara itu lebih kepada dirinya tidak lagi didampingi lelaki yang selama ini sentiasa di sisinya.

BCL mendedahkan, sudah tidak boleh berterusan menggunakan nama Sinclair kerana Ashraf telah meninggalkan dirinya untuk selama-selamanya.

“Sebenarnya sejak Ashraf meninggal dunia saya rasa saya tidak boleh gunakan nama itu lagi, cuma tak dilakukan (padam) ketika itu kerana masih berkabung,” katanya pada sesi temu bual sebuah program bersama pengacara Feni Rose.



Keputusan juga dirasakan sangat berat sehingga dia mengambil kesempatan berbincang dengan keluarga arwah bagi mendapatkan pandangan mereka.

Biarpun mempertimbangkan perkara itu selepas pemergian Allahyarham pada 2020, hanya ketika menjelang hari pernikahan 1 Disember tahun lalu, BCL benar-benar memadam nama keluarga Sinclair.

Terdahulu, tindakan tersebut me­ngundang kecaman netizen yang beranggapan dia mudah melupakan arwah suaminya selepas bertemu cinta baharu.

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 22-2-2024 11:16 AM
letak nama penuh dia pun dah cantik apa... takyah itsme lah, original lah, rozitachewan_1 lah, divaAA_1 lah.. dah macam nickname MiRc zaman dulu dah... hihihihi
Quote KamikuP 22-2-2024 03:40 PM
Sayang si Noah takde unsur muka kokesen tapi penuh dengan wajah leluhur konoha
Quote msdummy.2018 22-2-2024 04:24 PM
Dia nih, luna tah kenapa aku xminat.ada vibe tah apa2 tah pada aku..dr dia sblm dia kawin dgn arwah
Quote shida81 22-2-2024 08:16 PM
Patut dr awal pn x yh pakai nm sinclair
Quote I.K.A888990 23-2-2024 11:11 AM
letak nama dia pn dah cantik dah
Quote kucingitam 23-2-2024 11:15 AM
nama bpk sendiri takde ke sampai letak nama bapak org...
Quote Heydidle 27-2-2024 01:45 AM
kucingitam replied at 23-2-2024 11:15 AM
nama bpk sendiri takde ke sampai letak nama bapak org...

Quote hayati_hassan 28-2-2024 12:21 PM
nk ikut stail mat saleh kalu dah kawen
guna nama husband baru nampak moderen
kata islam kenapa nak ikut kafirun?
Quote borrow 28-2-2024 05:26 PM
sinclair tu surname fam arwah serap kan. Sheols dh kahwin baru letak , b4 tu guna bcl ja. Nak sedondon kot nama , takkan baju ja Retis kita siap tukar ejaan - nourul depp trus haha.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.049937 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top