CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Madonna Jatuh 'Tergolek' Ketika Persembahan

20-2-2024 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 381| Komen: 0

Description: Tular di media sosial, video memaparkan penyanyi Pop legenda dunia, Madonna terjatuh dari kerusi ketika sedang diheret oleh penarinya, kelmarin.


Tular di media sosial, video memaparkan penyanyi Pop legenda dunia, Madonna terjatuh dari kerusi ketika sedang diheret oleh penarinya, kelmarin.

Insiden itu berlaku ketika sedang mempersembahkan lagu hitnya, Open Your Heart di Seattle sempena siri jelajah, Celebration Tour.

Persembahan diinspirasikan daripada video muzik yang yang popular pada 1986 itu, namun, insiden berlaku selepas penari lelaki berkasut tumit tinggi itu terpelecok dan kedua-dua mereka jatuh tersembam di lantai pentas.

Madonna bagaimanapun, mengawal keadaan dengan sangat profesional dan terus melantunkan bait-bait lirik dalam lagu itu tanpa sebarang masalah sementara penarinya terus mengalihkan kerusi itu.

Rata-rata, netizen memberikan pelbagai reaksi bercampur baur atas kejadian itu.

"Itu sebabnya dia digelar Ratu!" tulis satu netizen di X.

"Mungkin lelaki tak patut pakai kasut tumit tinggi," tulis satu netizen di Instagram.


"Nenek perlu bersara," tulis satu lagi netizen.


Dalam komen lain, ramai juga netizen yang melihat nyanyiannya tidak terjejas kerana dia hanya 'miming' atau bergerak suara ketika mempersembahkan lagu itu.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.040350 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top