CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Serik Tarawih Di Masjid, Rupanya Dilamar Ustaz Jadi Isteri Kedua – ‘Saya Mampu Jadi Imam & Berlaku Adil’

22-3-2024 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15377| Komen: 61

Description: Gara-gara dilamar ustaz menjadi isteri kedua menjadi punca seorang wanita ‘serik’ untuk menunaikan solat tarawih di masjid.


Gara-gara dilamar ustaz menjadi isteri kedua menjadi punca seorang wanita ‘serik’ untuk menunaikan solat tarawih di masjid.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Sasa. Menerusi perkongsian tersebut, Sasa memberitahu bahawa dia kerap ke masjid di Indonesia untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah sepanjang bulan Ramadan. Namun dia tidak menyangka bahawa kehadirannya di masjid itu membuatkan seorang ustaz yang dikenali sebagai Zakir jatuh hati kepadanya.


Malah, ustaz terbabit yang berstatus suami orang itu nekad mengirimkan surat lamaran kepada Sasa melalui orang ketiga. Dalam surat tersebut, ustaz Zakir meluahkan hasrat di hati untuk melamar Sasa menjadi isteri keduanya.


"Assalammualaikum, jujur dari awal saya tengok awak solat, hati ini berdebar kencang. Saya tak boleh basa-basi, saya nak meminang awak untuk jadi isteri ke-2 saya. Kemampuan yang saya ada adalah menjadi imam dan memperlakukan isteri dengan adil."

Sasa akui merasa takut dan kurang selesa selepas membaca kandungan surat tersebut. Perkara itu juga membuatkan Sasa serik untuk menunaikan solat di masjid berkenaan.

Sumber: Rushkisses_/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rumahbiru 22-3-2024 01:25 PM
ok la tu dapat ustaz, bukan matpet laloq yang cakap macam tu
Quote Yoonggi 22-3-2024 01:40 PM
byk lg masjid lain, xyah la p masjid tu. tp klu anak dara, kan lebih elok solat teraweh di rmh kan? (aku ada baca ni lama dulu la)
Quote manehnya 22-3-2024 02:54 PM
mak aku p pgi sampai mlm , x dak plak nk lamar...

btw setaz tu mmg suka ushar eh.. org sibok semayang dia sibuk cuci mata, tahik

harap adik ni rejek setaz ni
Quote manehnya 22-3-2024 02:55 PM
Yoonggi replied at 22-3-2024 01:40 PM
byk lg masjid lain, xyah la p masjid tu. tp klu anak dara, kan lebih elok solat teraweh di rmh kan?  ...

iya begitulah, pd org puan lebih elok dirumah... lagi ni anak dara you!
Quote Ayda89 22-3-2024 02:57 PM
Indon kannn
Quote kotakbaju 22-3-2024 03:02 PM
Basa-basi tu hape pulak
Quote naina 22-3-2024 03:04 PM
Ada masa plak nak usha anak dara org
Sebab tu perempuan lebih afdhol solat di rumah
Perempuan ni melangkah keluar je pintu fitnah terbuka dah
Quote Belibis 22-3-2024 03:08 PM
Cerita sasa atau sasau ni??nak cam bini sendiri pun payah dalam jemaah semua bertelekung,boleh pulak imam tu cam ko ??
Quote airfilterkotor 22-3-2024 03:28 PM
Ataupun...... sendiri tulis, sendiri post media sos semata konten.
Quote ifanonline 22-3-2024 03:33 PM
bagus la...andartu porum dpt ape?
Quote cranell 22-3-2024 05:25 PM
ustaz ada makan kopi panggung al-ambiak ke? lain macam jiwa bergelora tu
Quote grouper 22-3-2024 05:28 PM
Jauhnya p masjid kat indon...
Quote nolya 22-3-2024 05:35 PM
manehnya replied at 22-3-2024 02:54 PM
mak aku p pgi sampai mlm , x dak plak nk lamar...

btw setaz tu mmg suka ushar eh.. org sibok semay ...

Bukan mcm tu...... baragkali itulah apa yg dinamakan Cinta Bersemi di rantaian Tarawikh. Cuma sayang, ustaz sudah beristeri ttpi ustaz ikhlas mau meminang dn dgn jujur mengatakan dia sudah punya isteri. Sekilas niatnya baik, terserah kpd si gadis untuk menerima atau tidak. Jika benar takut bertarawikh di masjid, tarawikh sajalah di rumah. Itu lebih selamat.
Quote kemaruk 22-3-2024 05:35 PM
ok apa

ustaz tu secara gentleman bagi surat

bukannya terkam peluk dari belakang pastu kiss kat leher

sebab tu la sekarang lelaki gentleman (macam bangkem) dah makin berkurangan

ramai yang macam ahim je yang tinggal
Quote hyie 22-3-2024 07:22 PM


Apakah perkataan yang betul. berbasi-basi atau berbasa-basi. Dan apakah beza makna kedua-dua perkataan ini?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang betul ialah "berbasa-basi".  Maksud nya ialah beradat-istiadat dan bersopan-santun (asal bahasa Minang). Tiada istilah "berbasi-basi".



http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=basi%3B&d=10

Quote antikorok 22-3-2024 07:47 PM
Jadi, kitorang nak kena menggelabah menggelupor ke camne ni dengan kisah ko dilamar usetad yg duk usha ko waktu tarawih tu?
Quote kotakbaju 22-3-2024 07:58 PM
hyie replied at 22-3-2024 07:22 PM
Apakah perkataan yang betul. berbasi-basi atau berbasa-basi. Dan apakah beza makna kedua-dua perk ...

Tima kasih uols
Quote cmf_almondpecan 22-3-2024 08:03 PM
Ni gadis bertubuh sasa ke nama dia sasa?
Quote nw111 22-3-2024 08:39 PM
Mmg org pompuan lebih afdhal solat kat rumah je...ini la salah satu sebabnya nabi saw suruh pompuan solat kat rmh...
Pastu ada yg bila pegi masjid tu berhias berlebih2 pulak..

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.054363 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top