CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seronok Dengan Kerjaya Sekarang, Tiada Keperluan Kembali Ke Politik Buat Masa Ini – KJ

22-3-2024 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15162| Komen: 47

Description: KUALA LUMPUR – Diusik sudah ’rosak’ apabila menjadi individu berbeza berbanding sebelum, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak terkilan dengan gurauan sedemikian sebaliknya selesa dengan ...


KUALA LUMPUR – Diusik sudah ’rosak’ apabila menjadi individu berbeza berbanding sebelum, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak terkilan dengan gurauan sedemikian sebaliknya selesa dengan kehidupan sekarang.

Kata Khairy atau mesra disapa KJ, 48, dia seronok menjalani karier terkini, selain menegaskan tiada keperluan untuknya kembali ke dunia politik.

“Tak tahu lagi, tapi apa yang saya boleh katakan saya tengah seronok dengan kerjaya sekarang.

“Jadi tiada apa-apa keperluan untuk saya kembali ke dunia politik buat masa ini.

“Cabang saya masih lagi berada di mata publik sebagai seorang podcaster, deejay dan sebagai duta Elrah Exclusive, tapi ke mana selepas ini belum tahu lagi,” katanya kepada Kosmo! Online


Rezeki mencurah-curah dalam pelbagai lapangan, lelaki tinggi, gelap dan tampan itu mengakui teruja apabila dilantik menjadi duta pakaian produk tempatan, Elrah Exclusive pada tahun ini.

“Saya sangat teruja untuk bersama kempen raya Elrah Exclusive pada tahun ini. Saya setuju untuk kempen Elrah ini pun sebab pemilik dia El Azman.

“Pendapat saya dia seorang usahawan tempatan yang berjaya dan saya juga suka martabatkan baju Melayu.

“Kalau bukan kita, siapa lagi,” jelasnya.

Disoal sama ada berlapang dada andai disuakan tawaran berlakon, KJ percaya kepada rezeki sekali gus tidak menolak kebarangkalian menerima sebarang pelawaan daripada mana-mana penerbit.

“Kalau ada rezeki tawaran untuk berlakon filem dan sebagainya, insya-Allah,” katanya pada majlis Tayangan Premier Filem Pendek Elrah Exclusive, semalam.

Sebelum ini, KJ mencuri perhatian masyarakat dengan berubah profesion dari dunia politik ke industri hiburan termasuk menjadi penyampai radio Hot FM, podcaster dan kini sibuk dengan kempen raya untuk produk tempatan.

Selain KJ, antara duta Elrah lain untuk kempen raya 2024 ialah Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairy, Meerqeen, Amir Ahnaf, MK, Shahril, Fahimi Rahmat dan Fadhli Masoot. 


Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Yoonggi 22-3-2024 01:38 PM
dah jadi selebriti ler ni
Quote cikatilia 22-3-2024 02:20 PM
lawo plak abam pakai shocking pinky
Quote antikorok 22-3-2024 02:27 PM
"Anti air terpaling sochii namampos bakalan disusahkan idopnyehhh" tersenyum sinisss

Semoga kifarah menghantoooimu yach!
Quote kucingitam 22-3-2024 02:53 PM
cikatilia replied at 22-3-2024 02:20 PM
lawo plak abam pakai shocking pinky

kan,..elok je tak nampak kelabu asap
Quote tobobon 22-3-2024 03:00 PM
hehehe..yelah tu...skrg ni gigih nak tunjuk diri lah kan supaya org tak lupa.. tu yg bersepah2 muka heols di mana2

nanti dekat pru 16 baru aktif balik kan...
Quote Belibis 22-3-2024 03:03 PM
Elok la jadi macam sekarang,daripada jadi menteri cucuk2 rakyat..kenyang maki jer hidup.
Quote ifanonline 22-3-2024 03:04 PM
jadi pelakon drama la, ganti aliff aziz
Quote j3m4h 22-3-2024 03:11 PM
Lama lg nk PrU khenz…time ni la heols jaja muke merata2…gipub mamat neh…dedolu nampak rembes wangi..nowadays paras testeoron heol dah turun level andropaus nampak selekeh kepams jua..tunggu je la plot twist heol nih..
Quote Nizleen86 22-3-2024 03:22 PM
Dah nampak pakcik2 sangat. Pdhal 10 tahun dulu herloks kemain. Try hard nak nampak gentleman vibes tu dgn tongkat dia semlm. Sis rasa adiputra yg ada aura classy smart look. Plus kahar. Herloksss!!! Mamu mehhh sgt. Poyo terlebey.
Quote msdummy.2018 22-3-2024 04:06 PM
Xder mknanya...dia tgh kumpul sokongan n maklumat before sblm balik politik n tibai semua2 tuhh...lambert lagi dia nk tinggal bidang politik
Quote green~tea 22-3-2024 04:15 PM
msdummy.2018 replied at 22-3-2024 04:06 PM
Xder mknanya...dia tgh kumpul sokongan n maklumat before sblm balik politik n tibai semua2 tuhh...la ...

Dia tengah gain popularity je tu... podcast dia gain traction bukan KS semata.. kinder story dgn apa lg satu lupa nama...

Pastu ambassador pelbagai brand...

Nnti cukup haul, mesfi dia terjun politik balik...

Dia ni cerdik la.. smart guy.. cuma dulu dia diva... entourage sampai 30 org pegawai dia
Quote Ahriman 22-3-2024 05:00 PM
Tall,Dark,Handsome hoccay.
Quote Mimo.mimo 22-3-2024 05:07 PM
Honeymoon ke kj? Start jadi dj pastu podcast then model. Untung hidup
Quote otai_g 22-3-2024 06:35 PM
Makan pencen menteri pun da blh hidup kj. Campur pencen ahli parlimen lg. Pak cik kayo
Quote leftrani_kel 22-3-2024 07:11 PM
Suka dgr podcast dia..
Quote aina_shaira 22-3-2024 07:13 PM
Aku peminat tegar podcast dia tau
Quote lightheaded67 22-3-2024 08:37 PM
Edited by lightheaded67 at 22-3-2024 08:45 PM

ye ek, nmpk masuk pulak dia pakai kaler pink. tp mmg persis acik hero hindustan. kj ni pernah pergi umrah/haji ke? tiber tanye.
Quote AreYou.69 22-3-2024 08:59 PM
Sorryleerr..tetap kepammmm
Quote AreYou.69 22-3-2024 09:03 PM
Yang ckp pink masuk dgn heols..pleaseeeee...

Dlm studio lighting kiri kanan atas bawah..mana xnmpk herlok ngam kaler tu..cer pakai bawah terik mentari..mau nmpk mcm keling kat sg gangga..hahaha

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.061646 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top