CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

[Gempar] 2.7 Juta Rakyat Indonesia Jadi Pengganas - BNPT

22-1-2016 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4561| Komen: 10

Description: Masyarakat dunia kini sedang dalam "fobia dan marah" dengan kewujudan kumpulan tertentu yang mengaku Islam,

Oleh : Dean BZ


Masyarakat dunia kini sedang dalam "kebimbangan dan marah" dengan kewujudan kumpulan tertentu yang mengaku Islam, tetapi berkelakuan ganas dan membunuh orang yang tidak berdosa.  Kegiatan keganasan seperti serangan berani mati ditempat awam mula menular dan pelaku serangan bom yang dikaitkan dengan militan DAESH perlu dipandang serius oleh semua pihak.

Baru-baru ini, media tempatan Indonesia, Tempo melaporkan, Badan Nasional Pencegahan Keganasan Indonesia (BNPT) mendedahkan seramai kira-kira 2.7 juta atau 1 peratus dari rakyat negara itu terbabit dalam kumpulan pengganas.


Penganalisis BNPT, Sidratahta Mukhtar memberitahu, jumlah itu belum termasuk mereka yang terpengaruh dan simpati dengan kumpulan berkenaan.

“Jumlah itu kira-kira satu peratus daripada jumlah penduduk Indonesia. Mereka yang didapati terbabit dengan kumpulan Daesh pula kira-kira 0.004 peratus daripada jumlah penduduk Indonesia iaitu lebih 1,000 orang. Angka itu sudah cukup besar,” katanya.

Pada 2014, seramai 60 penyokong ISIS di Indonesia. Namun, jumlahnya melonjak kepada 1,000 orang tahun lalu dengan 100 daripada mereka pergi ke Syria.

BNPT menganggarkan terdapat sekitar 12 jaringan pengganas di negara itu dan jumlahnya sedang meningkat dengan pantas.

Tambahnya lagi, kumpulan baru seperti rangkaian Bahrun Naim dikatakan menjadi dalang dalam serangan berani mati di Jalan Thamrin, Jakarta minggu lalu.



“Jaringan kumpulan ini sudah ada di Jawa, Bima, Aceh dan beberapa wilayah lagi,” ujarnya. Agensi berita/CARI Infonet.

Jika difikirkan, fahaman dan perjuangan militan DAESH sudah jauh terpesong dari ajaran sebenar agama Islam. Agama Islam tidak pernah mengajar umatnya berpecah belah dan bermusuh-musuhan, sebaliknya menyeru perpaduan dan keamanan. Jika terdapat anasir-anasir atau ancaman yang hendak merosakkan agama Islam, ianya hendaklah ditangani dengan cara yang berhemah, bukan dengan keganasan, kekacauan dan berbunuh-bunuhan. Mungkin ramai yang sudah dipesongkan dengan erti sebenar Jihad. - CARI Infonet.




*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.



15

Bagus
12

Marah
4

Terkejut
12

Sedih
16

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 22-1-2016 04:39 PM
calling @pyropura
Quote cHimo 22-1-2016 04:46 PM
Haii mas apa khabar @cinamedun
Quote rokarina 22-1-2016 05:39 PM
ntah betul x Islam. mesti syiah,,indon ramai syiah huhu
Quote dargo 22-1-2016 06:07 PM
takot letew gomen kafir indon

kalo puak kafir kata pengganas tu erti nye mujahid la

abih tu israel & amurika bukan pengganas ker ?
Quote FOTHER-MUCKER 22-1-2016 06:14 PM
Masyarakat dunia kini sedang dalam "kebimbangan dan marah" dengan kewujudan kumpulan tertentu yang mengaku Islam, tetapi berkelakuan ganas dan membunuh orang yang tidak berdosa.  Kegiatan keganasan seperti serangan berani mati ditempat awam mula menular dan pelaku serangan bom yang dikaitkan dengan militan DAESH perlu dipandang serius oleh semua pihak.


Baru-baru ini, media tempatan Indonesia, Tempo melaporkan, Badan Nasional Pencegahan Keganasan Indonesia (BNPT) mendedahkan seramai kira-kira 2.7 juta atau 1 peratus dari rakyat negara itu terbabit dalam kumpulan pengarnas.


habistu apa agama sebenar mereka?  judaism?
Quote famri7 22-1-2016 08:01 PM
Ummah lokal pasti tersenyum bangga kan sis.merekan kan suka bunyi letup2 persis iraq..semoga elohim cashkan dgn bencana alam jah saki terrorist sunni.
Quote kibodwatriuh 22-1-2016 08:37 PM
rokarina replied at 22-1-2016 05:39 PM
ntah betul x Islam. mesti syiah,,indon ramai syiah huhu

kah3 awat panaih pungkok ka?
Quote nist02 24-1-2016 11:41 PM
Nak jihad.. jihad nafsu diri la tgk cam ne
Quote honeybee1802 25-1-2016 06:49 PM
nist02 replied at 24-1-2016 11:41 PM
Nak jihad.. jihad nafsu diri la tgk cam ne

Cuba letak tino seksi ngk leh jijad napsu idok..
Quote EJALTI 26-1-2016 12:20 AM
cHimo replied at 22-1-2016 08:46 AM
Haii mas apa khabar @cinamedun

Hahahahaha...

@cinamedun aka @malazya
Dua ekor terrorist indon sampah lahanat...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.059188 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top