CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tukar Selera Sekejap, Mee Daging Vietnam Yang Mengancam

15-7-2016 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10533| Komen: 40

Description: Menikmati makanan yang bersup terutama pada waktu sejuk atau petang, memang sangat kena dengan selera.
oleh Adib ZA
Kredit resipi/ foto: Blog Juwitafariz


Menikmati makanan yang bersup terutama pada waktu sejuk atau petang, memang sangat kena dengan selera. 

Apa lagi jika ia merupakan sup panas, yang dicampur dengan daging dan juga tulang lembu. Memang terangkat!

Lari dari kebiasaan, anda bolehlah mencuba resipi mee daging Vietnam yang persis mee sup di Malaysia. Apa yang lainnya, kena cuba dulu resipi ini. Selamat mencuba! 




Bahan-bahan:

500g tulang lembu
500 g daging batang pinang
2 inci halia 
sebiji bawang besar
4 ulas bawang putih 
4 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
2 kuit kayu manis
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar sos ikan
sedikit garam
sedikit gula
10 cawan air

Bahan lain:

banh pho atau bihun yang 3 mm lebarnya
daun sup
taugeh
limau nipis atau lemon
sambal kicap untuk rasa pedas


Cara-cara:

1. Rebus tulang dan daging yang dipotong nipis sekejap untuk membuang keledak-keledak daging. 

2. Basuh daging dan tulang tadi dan buang air yang direbus tadi.

3. Masukkan air 10 cawan dan daging serta tulang untuk membuat kuah dan bila sudah nmpak empuk perlahankan api.

4. Dalam periuk yang berasingan tumis halia, bawang, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis. Sehingga naik bau. Setelah itu masukkan ke dalam periuk rebusan daging dan tulang tadi bersama serbuk lada putih.

Rebus sehingga daging betul-betul empuk Lebih kurang 40 minit hingga 1 jam mengikut daging masing-masing. Setelah itu keluarkan daging dan masukkan sos ikan, garam, gula.

5. Daging yang dikeluarkan dibiarkan tos dan akan bertukar warna sedikit.

6. Masak lagi kuah hingga mesra dan masukkan sedikit jus lemon 2 sudu dan boleh la ditutup apinya.

7. Di dalam mangkuk yang untuk menghidang masukkan bihun tadi, masukkan kuahnya,daging yang diasingkan tadi, taugeh celur, limau, sayuran kegemaran dan tabur daun sup. Boleh dimakan bersama cili jika inginkan pedas. - CARI
26

Bagus
10

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
20

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awaynepian 16-7-2016 09:47 PM
Ada jual kt secret recipe..vietnamese beef noodle..suka cili masam tu..
Quote misscendol 19-7-2016 02:35 PM
dekat cyberjaya pon hado kedai vietnam. gonna try it out soon
Quote me12345 19-7-2016 07:48 PM
Rindu veitnam..dorang byk buh daun daun tu ...drool..
Quote me12345 19-7-2016 07:49 PM
Esok kena gi secret recipe...hukhuk
Quote newroll 19-7-2016 11:42 PM
Sedapnya..should try later!
Quote nut.legacy 20-7-2016 03:00 PM
health meal ..great for diet
Quote Jajabeans 20-7-2016 05:26 PM
awaynepian replied at 16-7-2016 09:47 PM
Ada jual kt secret recipe..vietnamese beef noodle..suka cili masam tu..

dh try jugak. daging dia byk gile bubuh. puas hati. tapi rasa ok2 laa mungkin tak berapa original.
Quote Ipo 20-7-2016 06:16 PM
mee daging vietnam ni memang sedap tapi kat secret recepi tu saya tak boleh masuk tekak
bau dagingnya kuat sangat..bau lembu
baru saya tahu, rupanya daging mentah dihiris nipis dan dimasukkan ke dalam mangkuk yg ada bahan2 lain tu
lepas tu baru dimasukkan kuah sup...jadi daging mentah nipis tadi masak dgn kuah sup panas tu..
bukan direneh sekali masa masak sup tu..

Quote misscendol 6-8-2016 06:37 PM
nk try la nnt kat cyberjaya
Quote @chik 26-8-2016 10:13 PM
Terliur la pulak...
Quote ana 30-8-2016 03:49 PM
suka gak mkn yg kt secret recepi..sdp
Quote ninjago 5-9-2016 03:31 PM
misscendol replied at 19-7-2016 01:35 PM
dekat cyberjaya pon hado kedai vietnam. gonna try it out soon

eh kt mana?? apa nama kedai tu?
Quote kelip2_07 8-9-2016 01:43 PM
kenape plak lps rebus buang air??
Quote holaaaaaa 9-9-2016 01:52 PM
huhu...lapar
Quote emelia1509 12-9-2016 10:27 PM
Best ok..Tetiba lapar
Quote Daisyna 13-9-2016 03:34 PM
huwaaa mmg mengancam pun
Quote swayne 14-9-2016 05:49 AM
Pepagi baca ni, terus rasa lamanyaaa nak tunggu secret recepi buka
Quote hareeeesah 19-9-2016 09:59 PM
Ni kira pho lah kan.
Quote shalola 24-9-2016 10:27 AM
Wah..tq tq..hehe

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.069767 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top