CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Demi Kebaikan Anak, Sanggup Tak, Amalkan Kehidupan Tanpa Televisyen?

18-7-2016 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8109| Komen: 24

Description: Demi kebaikan anak-anak yang semakin membesar, Widyana bersama suami mengambil keputusan cuba mengamalkan kehidupan tanpa televisyen. Namun, apakah kesannya?
Oleh : TS LOO


Peringkat umur antara 3 hingga 5 tahun merupakan tempoh daya penerimaan yang paling berkesan dan mudah diserap buat kebanyakan kanak-kanak. 


Jadi, bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil lazimnya akan mula risau cara terbaik mendidik mereka khususnya di peringkat umur remaja.

Dalam zaman moden ini, rata-rata ibu bapa memilih tontonan kartun atau biar anak bermain dengan permainan minda menerusi penggunaan tablet. 

Ada sebahagian pula akan melalui cara yang agak tradisi iaitu biarkan anak menonton rancangan tetevisyen. 

Namun demikian, terdapat juga sebilangan ibu bapa yang sengaja menggunakan cara yang berlainan daripada yang normal iaitu pengamalan rutin harian tanpa televisyen.


sumber foto: FB Widyana Ali


Seorang pengguna facebook yang bernama Widyana Ali, baru-baru ini telah memuat naik satu status yang berkongsi pengalamannya mendidik anak tanpa televisyen. 

Sebagai ibu, Widyana berkata, ketika zaman persekolahan, guru bahasa Inggeris sering mengibaratkan televisyen sebagai ' Idiot Box '. Tetapi sehingga sekarang barulah dia teringin nak tahu alasan sebenar televisyen disebut sebagai ' Idiot Box '. 


" Secara jujur, sejak dulu lagi, saya dah suka sangat menonton televisyen, oleh itu pada peringkat awal apabila rumah tiada televisyen, ketika itu sememangnya amat menyukarkan." 


sumber foto: google image


Demi kebaikan anak-anak yang semakin membesar, Widyana bersama suami mengambil keputusan cuba mengamalkan kehidupan tanpa televisyen. Namun, apakah kesannya? 

Berikut beberapa kesan yang dikongsikan oleh Widyana :

1) Anak akan kurang menunjukkan kemarahannya

2. Anak akan lebih menurut perintah arahan 

3) Kekurangan gangguan, daya tumpuan bertambah

4) Menjadi lebih kreatif, sering sendiri melakukan kerja kraftangan, juga lebih rela membantu ibu di dapur

5) Kehidupan lebih menceriakan


sumber foto: google image


Widyana pada asalnya beranggapan, pelaksanaan konsep kehidupan tanpa televisyen hanya membolehkan anak-anak memiliki kehidupan pembelajaran yang lebih bagus, tetapi tanpa diduga tindakan sedemikian juga mendatangkan manfaat untuk dirinya.


Menurutnya, selepas tiada televisyen, situasi ketagihan ke atas rancangan televisyen tidak wujud lagi di dalam rumahnya. 

" Saya menjadi lebih rajin membaca bahan bacaan yang diminatinya seperti Buku Makan Minum Yang Sihat, Buku Psikologi Kanak-kanak dan Buku Motivasi."

" Lebih banyak masa bersembang dengan suami dan anak-anak."

"Kehidupan Tanpa Televisyen membuatkan kehidupan saya menjadi lagi bermakna." 

" Kawan-kawan sekalian, jom menghayati kehidupan tanpa televisyen yang mampu menambahkan lagi hubungan kasih sayang dengan anak dan suami."


sumber foto: google image


Tanpa televisyen, bukan sahaja mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga malah hubungan dengan anak menjadi lebih erat dan bertambah mesra. 

Biarpun pengalaman Widyana hanya merupakan kes tunggal saja, tetapi perkongsiannya itu memang ada kewajarannya.  

Jadi, bagi masyarakat zaman moden sekarang, pastinya berpendapat kehidupan tanpa telefon bimbit lebih memeritkan berbanding kehidupan tanpa televisyen.- CARI

20

Bagus
15

Marah
31

Terkejut
15

Sedih
33

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (138 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote toyaq_03 18-7-2016 05:35 PM
Kakak sepupu saya mengamalkan kehidupan sebegini.. live without television. terkejut sama saya g melawat dia dan keluarga nya...terus rasa kagum sebab anak anak dia dh x kisah pasal tv..main mcm biasa...dan kdg2 amik buku dan baca...salute dgn kakak sepupu saya tu...hehe
Quote batmana 18-7-2016 06:16 PM
bahaya kalu tk dgr tv, radio

bom jatuh kt sebelah taman, korang rileks je kt umah.

bukala news channel ke apa, biar anak korang speaking BI cm pembaca berita tu.

Quote Tapayana 18-7-2016 07:26 PM
Tapayana tgok tv pun kalau ada live telecast dan isi masa senggang.

Most of the time banyak abes masa kat laptop. Tak kuasa nok nak terconggok depan tv sepanjang masa
Quote Missfadh 18-7-2016 08:06 PM
Bila kurg entertainment budak jadi dgr ckp. Sbb rumah abg I takde tv sbb x tgk. anak2 dia pun sng jaga. Kdg2 bg juga tgk kartun bila ddk rumah I.
Quote nut.legacy 18-7-2016 08:44 PM
Tahniah.. X semua mampu buat sbb tv ni dah jadi part of our daily entertainment ... Bagus sbb berjaya mendidik tanpa tv
Quote Cyempaka 18-7-2016 08:52 PM
Mak bapak buat la jadual. Jgn tgk tv 24jam... set masa sekian2 tgk tv. Xkan semua yg dkt tv xelok.
Anak2 buah aku masa kecik2 belajar sebutan2 bahasa inggeris melalui kartun.
Quote pearl.silver 18-7-2016 09:00 PM
ank sedara iols dulu hantu tv gak..xleh tukar dr chanel kartun dia tu
pastu kkk iols terminate astro n masuk unifi
hypptv kn xde apa2
jd bertenang laa ank2 die dr kartun
tp skang semua dah ada hp...xde arah plak semua ngadap hp dlm umh bila cuti sekolah
Quote shin_ah81 18-7-2016 09:42 PM
Kalau kecik2 terbiasa tengok tv susah sikit nak berenggang dgn tv.. i dlu2 tv lah banyak jadi peneman..nasib baik masa tu xde lagi scene kiss2 kat tv.  Kalau ada pun kena potong.. mcm citer catalina y sebastian tu
Quote eenhemo2 18-7-2016 10:58 PM
Een dulu suka gak tengok tv.. tapi lepas keje ngan syarikat tv satelit itu, terus een muak nak tengok tv. Even though da berhenti dari situ pun, still tak tengok tv.
Quote HazeLJoseph 18-7-2016 11:05 PM
Jarang buka tv ,melainkan nat geo utk anak kdg kala.

Tapi dari impaks tv,teruk lagi impaks smartphone... satu rumah sunyi sepi ,masing2 memgadap telefon
Quote ~boolean 19-7-2016 12:46 AM
Akibat banyak tengok tv waktu kanak2, aku dapat kerja aku idam sekarang.

Tengok tv tak teruk. Tengok kartun luaskan imaginasi aku dan sekarang aku kerja dalam bidang yang perlukan kreativiti dan imaginasi

Jangan salahkan tv bila kau sebagai parents yang tak control bila dan apa yang ditonton. Aku tengok tv tapi dengar juga cakap ibu, jarang marah2 dan tetap buat kerja rumah walaupun dipaksa.
Quote hayati_soraya 19-7-2016 01:30 AM
~boolean replied at 19-7-2016 12:46 AM
Akibat banyak tengok tv waktu kanak2, aku dapat kerja aku idam sekarang.

Tengok tv tak teruk. Ten ...

setuju... yang penting ibu bapa control apa anak tengok dan limitkan time juga.

iols pun belajar banyak dari menonton tv.

Quote heywana 19-7-2016 08:50 AM
tahniah. i tak kuat awk u. huhu
Quote taji2906 19-7-2016 09:44 AM
bukak tv channel yg ilmiah la... tv tu tak la semuanya buruk.. aku sekolah dulu, belajar english dgn tgk tv la..
Quote UmbrellaCorps 19-7-2016 09:52 AM
semuanya atas didikan ibu bapa tu sendiri macamana nak bentuk anak2 dan keluarga.. nak disalahkan tv pulak bila anak2 degil, malas dan hidup keluarga tak bermakna..
Quote opie5662 19-7-2016 10:53 AM
Suhaimi saad yg rumah xde peti ais n.mesin basuh tu pon ade tv, takkan kite takleh ade.kot...dh abes zuhud dh suhaimi saad tu, ttp kene ade tv....kikikikikikiki
Quote lurve82 19-7-2016 11:57 AM
xdenye...aku bg je anak2 tgk tv..tgk katun...dorg blaja sket2 BI melalui katun...nyanyi2...skrg ni dorg tgk peppa pig...laki aku xsuka sgt sbb pig kan...tp bila anak aku blaja BI dr situ...aku ok je...
Quote yayangmama 19-7-2016 12:46 PM
saya ada kenal sorang cikgu ni...suami dia prof

rumah mewah...tapi memang takda tv

alhamdulillah anak2 dia memang menjadi...yg 1st da jd doctor, 2nd engineer xsilap...

no.3 study...no 4 n 5 mrsm

tapi...orang berwang kan...memang tetiap tahun buat korban...duit memang dah taktahu nak buat apa gaknya
Quote misscendol 19-7-2016 01:20 PM
Good info. Will try to do this with my future children

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.074697 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top