CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemandu 'Muflis' Pulangkan SD$700,000 Yg Tertinggal Dlm Teksinya

14-7-2016 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7747| Komen: 23

Description: Isterinya terpaksa menemani Chukamon turun ke tingkat bawah. Ketika itu mereka sudah membuat keputusan yang paling negatif, termasuk refinance semua aset perumahannya di Thailand untuk mendapatkan wan ...
Oleh : TS LOO


Bayangkan anda terjumpa RM700,000 wang tunai, adakah anda sanggup memulangkannya kepada pemilik wang berkenaan?


Seorang peniaga dari Thailand ketika berurusan di Singapura, tanpa disedari tertinggal kira-kira SD$235,500 di dalam sebuah teksi. Namun, siapa sangka pemandu teksi itu telah memulangkan semula wang tersebut!

Selepas mendapati wang yang tertinggal itu, dengan segera kembali semula ke hotel mencari pemilik wang tersebut.

Sebagai tanda penghargaan kepada pemandu teksi itu, peniaga Thailand menulis sepucuk surat terbuka untuk memberi penghargaan kepada pemandu teksi berkenaan di media sosial.


sumber foto: FB Singapore Road 


Pemilik wang tersebut bernama Chukamon Khammat, menurutnya dalam status di facebooknya, ketika kejadian, dia sedang bersama rakan niaganya minum minuman keras di Pelabuhan Kela, Singapura. 

Pada ketika itu, dirinya yang sudah berada dalam keadaan mabuk membawa bersama sejumlah wang tunai yang bernilai SD$235,500 dan menaiki teksi untuk balik ke hotel. Namun, ketika turun dari teksi dia terlupa mengambil beg laptopnya itu.

Tambahnya, jumlah wang yang terlupa ambil itu adalah wang pelaburan yang diberi oleh seorang pelabur dari Singapura untuk digunakan projek niaga yang akan dilaksanakan di Thailand.

Selepas kembali ke hotel, Chukamon, tersedar wangnya tertinggal di dalam teksi.

"Isteri saya yang bangun dari tidur hairan melihat saya menangis seorang diri, tapi selepas mengetahui keadaan yang sebenar, secara terus terang dia beritahu kami perlu mengganti semula sejumlah wang itu. 

"Habislah kami sebab SD$235,500 adalah bersamaan 6 juta Baht."

Chukamon rasa amat gelisah dan ingin turun ke kaunter layanan pelanggan di tingkat bawah hotel untuk menanya ada tak sesiapa pulangkan beg laptop.

Pada masa itu juga, isterinya memekik ke arah Chukamon, "Awak jangan nak buang masa, wang itu berjumlah  SD$235,500, bukan SD$23! Kalau awak adalah pemandu teksi itu, adakah awak akan pulangkan wang itu?"

Tanpa mengingati langsung butiran tentang pemandu teksi itu, Chukamon dan isterinya turun ke lobi untuk mencari pemandu itu.


sumber foto: sumber foto: FB Singapore Road 



Ketika itu mereka sudah membuat keputusan yang paling negatif, termasuk refinance semua aset perumahannya di Thailand untuk mengumpul semula jumlah wang yang tertinggal itu.

Ketika mereka keluar dari lif, Chukamon ternampak seorang lelaki menunjuk ke arah kaunter pertanyaan di lobi.

"Saya tidak cam wajah pemandu teksi itu, tapi saya cam beg laptop yang dipegang oleh lelaki itu."

Rupa-rupanya lelaki itu adalah pemandu teksi yang dinaiki Chukamon, namnya Lee Kao Wei.


sumber foto: United Daily 


Menurut Chukamon, dia amat kagum dengan kejujuran pemandu tersebut, tambahnya sekira dia sedang mengalami kehidupan berhutang, berkemungkinan jumlah wang yang sebanyak itu akan diambilnya tanpa pulangkan.

"Secara jujur, saya ingin mengucap jutaan terima kasih kepada dia, saya tak tahu dengan apa cara lagi yang boleh saya lakukan untuk meluahkan penghargaan saya. Jadi saya harap dapat membiarkan setiap orang mengetahui perkara tersebut dan belajar kebaikan yang ditunjukan oleh pemandu teksi berkenaan."- CARI
15

Bagus
12

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 14-7-2016 06:44 PM
Masih ada orang yang baik dan jujur di dunia ni
Quote bictoria 14-7-2016 08:02 PM
Umat meleis pun ramai yg jujur mcm tu
Quote Nham22 14-7-2016 10:00 PM
Hidop biar berprinsip
Quote rinarif 14-7-2016 10:05 PM
Tak semua org mata duitan, masih ada lagi org yg berhati mulia.
Quote merrissa 14-7-2016 10:53 PM
baguslah.....moga sikap mulianya di ikuti oleh ummah meleis
Quote HazeLJoseph 15-7-2016 02:10 AM
Bagus.. cari rezeki yang halal gitu..
Quote kurga 15-7-2016 09:31 AM
ingat kan dia ade hulur ker apa kat drebar teksi tu... ni takde mention pon...
Quote Loloq89 15-7-2016 09:54 AM
dpt reward x?
Quote JpA0606 15-7-2016 12:10 PM
Bagus la...
Quote kelip2_07 15-7-2016 12:27 PM
xhulur ckit ke??
Quote nonok22 15-7-2016 12:33 PM
Jujur..bagusnyaaaa
Quote -electrifying- 15-7-2016 03:17 PM
Mungkin sebelum ni dia ade pengalaman hitam disebabkan muflis tu. Dan seperti yg pemandu teksi tu ckp, dia nk bermula dr bwh nk byr semua hutang2 dia, tp dgn cara yg "halal", sbb tu dia pulangkan je duit tu, dan juga pkirkan apa plak yg akan terjadi kpd org yg kehilangan duit tu...
Respect...
Quote harisanis 16-7-2016 09:35 AM
jujur yea dia
Quote pr3ttytw33ty 16-7-2016 11:33 AM
aku tercari2 part reward. xde kata di bg la plak. mgkin die reward ngan cara viralkn status ttg kebaikan si pemandu taxi. jd laaa
Quote dmarinaris 16-7-2016 12:18 PM
aku berdoa diberikan kekuatan dan iman seperti pemandu itu sekiranya perkara yang sama terjadi pada aku
Quote chinta89 17-7-2016 10:57 AM
jujurnya dia ni
Quote rigorsamsa 17-7-2016 03:07 PM
masih ada yg jujur
Quote sekel 17-7-2016 03:20 PM
pernah mengalami peristiwa wallet tertinggal dlm taxi ketika ke S'pura

mmg ada contact number dlm wallet tu

taxi company call, syukur alhamdulilah

tak ada hilang apa2 pun dr wallet tu

mmg jujur lh taxi driver tu
Quote shin_ah81 18-7-2016 01:15 AM

I baca article in english tu, ada mention dia offer 1,000 tp xtaulah driver tu ambik ke tak

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.106142 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top