CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Wow! Calon Boleh Kempen Guna Facebook, Sms

1-10-2013 10:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2167| Komen: 1

Description: Kuala Terengganu - Calon Yang Bertanding Pada Pemilihan Umno, Oktober Ini Dibenarkan Untuk Menggunakan Laman Sosial Seperti Facebook Dan Sms Sepanjang Kempen Pemilihan Berlangsung. Pengerusi Jawata ...


KUALA TERENGGANU - Calon yang bertanding pada pemilihan Umno, Oktober ini dibenarkan untuk menggunakan laman sosial seperti facebook dan SMS sepanjang kempen pemilihan berlangsung.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Terengganu, Datuk Muda Mamat bagaimanapun menegah penggunaan politik wang dengan tujuan memancing undi bagi memastikan kemenangan untuk jawatan yang ditandingi.

Beliau turut mengingatkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang turut mengambil bahagian dalam pemilihan tersebut untuk tidak menggunakan kedudukan yang ada bagi mempengaruhi perwakilan dengan cara tidak sepatutnya.

“Kalau Exco panggil semua ahli Umno untuk dengar ceramah tidak boleh tetapi kalau JKKK panggil lain cerita dan kalau memang berceramah tugas dia, itu lain,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau menjelaskan, kaedah mengadakan jamuan dengan memanggil ahli Umno juga turut dilarang kerana ia turut dikira sebagai salah satu bentuk pertemuan menggunakan wang untuk mendapatkan pengaruh bagi memenangi pemilihan terbabit.

Beliau berkata, mana-mana pihak boleh memberikan bukti kepadanya termasuk gambar sekiranya amalan politik wang berlaku dalam kalangan calon bagi membolehkan tindakan diambil.

“Antara peranan utama Perlembagaan Umno yang baru ini adalah mengelak politik wang. Kalau dia melakukan perkara tersebut sebelum pendaftaran calon, tidak dikira kerana dia belum bertanding, kita tidak boleh kata apa-apa lagi.

“Ini dia sudah mula bertanding. Apabila sudah tanda tangan borang pendaftaran calon, ertinya dia tidak boleh menggunakan apa sahaja bentuk pertemuan menggunakan wang untuk mendapatkan pengaruh menang dalam pemilihan itu. Patut tidak boleh mengadakan jamuan jugalah,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut meminta calon bertanding mematuhi arahan selain tidak memburukkan sesama sendiri, sebaliknya mematuhi peraturan supaya tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh parti.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bangcak 30-9-2013 05:26 PM
kalu guna facebook agak2 belanja dia ada mcm harga
facebook kementrian pelancongan tak?

@uniq61 @GuaAnakMelaka

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.136341 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top