CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Erra Fazira Sedia Imbas Kisah Cinta Dengan Awie

25-10-2013 04:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29448| Komen: 108

Description: Pelakon Erra Fazira Sudah Bersetuju Untuk Bekerjasama Dengan Bekas Tunangnya Iaitu Penyanyi Awie Bagi Menjayakan Konsert Suara Kita Yang Turut Melibatkan Penyanyi Ziana Zain. Erra Atau Nama Sebenarnya ...


PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira sudah bersetuju untuk bekerjasama dengan bekas tunangnya iaitu penyanyi Awie bagi menjayakan Konsert Suara Kita yang turut melibatkan penyanyi Ziana Zain.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 39, berkata, konsert tersebut pasti menjadi detik bagi mengimbau kenangan lama percintaan bagi sesiapa sahaja yang melalui zaman tersebut.

"Pihak saya sudah berbincang dengan pihak Awie tentang projek tersebut dan Insya-Allah jika tiada halangan ia akan diadakan di Istana Budaya pada Mac tahun depan.

"Bagi saya tidak ada masalah untuk bekerjasama dengannya secara profesional, ia pasti akan mengimbau kenangan lama bukan sahaja saya tetapi semua orang yang berada pada zaman tersebut," katanya kepada mStar Online.


Ketika ditanya tentang perasaan untuk bekerjasama dengan penyanyi tersebut, Erra berkata secara dasarnya dia tidak menyimpan apa-apa lagi perasaan terhadap Awie.

"Masing-masing sudah ada kehidupan dan keluarga, bagi saya sudah tiada lagi 'getaran' apabila bertemu Awie.

"Cuma jika mengimbas kenangan lalu ketika menonton filem-filem kami bersama, saya hanya senyum dan menganggap ia sebagai peristiwa lalu," katanya.

Erra berharap kolaborasi tersebut nanti berjaya membawa peminat-peminat mereka bertiga kembali semula ke zaman berkenaan pada era 1990-an.

"Saya difahamkan ia seperti muzikal termasuk ada sketsa daripada filem-filem lakonan kami bertiga seperti Sembilu dan Maria Mariana," katanya.

1

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 25-10-2013 03:56 PM


tolong tepekkan..
Quote KarinaKapur 25-10-2013 03:57 PM
xtau la nak komen apa tp buruk
Quote pia250110 25-10-2013 03:59 PM
ala biase je...ape yg pelik sgt
Quote edoraixora 25-10-2013 04:00 PM
aku lagi tertarik ngan citer dlm artikel tu....
erra-awie mungkin lah xde perasaan, kotlah rozana jer yg jeles pulak nnti

baideway, berbalik pade topik, mebi erra xde niat mende pun pakai baju cenggitu
bab kate org tua2, dun give a damn kekdahnye

pe kate ko tepek artikel tu kt sini, sbg isu sampingan
Quote jlo 25-10-2013 04:00 PM
whats the puzzle with mata 1 neh..ku tak paham..
Quote arira_arora 25-10-2013 04:02 PM
loh... tu je kee...
Quote fatehana 25-10-2013 04:03 PM
mata satu tu pernah tgk ada org pakai
so rsnya biasa jer kot
cuma kita ni x biasa tu yg cam something
Quote telracs 25-10-2013 04:04 PM
akies posted on 25-10-2013 07:56 AM
tolong tepekkan..

susuk mata..
Quote RibyBoo800 25-10-2013 04:07 PM
as long as xde bentuk wajah n bermata 1 rs nyer biasa je...
Quote AshkieLa 25-10-2013 04:08 PM
mata satu - sangkut paut dengan lambang illuminati...
dalam al-quran hadis juga ade digambarkan dajal yg akan sesatkan org Islam sebelum kiamat nanti juga bermata satu...
selalunya yg suka pakai lambang2 mcm ni lady gaga, rihanna dan pengikut2 freemason yg lain...
oklah, aku bersangka baik erra fazira ni lurus orang nya...x tahu menahu pasal lambang tu...

thanks akies kerana tolong tepekkan...
Quote akies 25-10-2013 04:10 PM
telracs posted on 25-10-2013 04:04 PM
susuk mata..

errrr..susuk mata tu ape..
Quote peah311 25-10-2013 04:11 PM
edoraixora posted on 25-10-2013 04:00 PM
aku lagi tertarik ngan citer dlm artikel tu....
erra-awie mungkin lah xde perasaan, kotlah roz ...

org tua2 kat tempat aku x pernah pulak sebut ' dun give a damn '. urban sgt org tua kat tmpat ekau, he he he

Quote syadean87 25-10-2013 04:16 PM
telracs posted on 25-10-2013 04:04 PM
susuk mata..

hahahahaha...susuk mata la sangat...
Quote ellZack 25-10-2013 04:17 PM
one eyes equal to illuminati kekdahnya..
apa2 je la..
Quote tomet05 25-10-2013 04:23 PM
mata corak batik tuh kikkikiki
Quote amyainsamad 25-10-2013 04:24 PM
nk tgk la konsert dorg.....
Quote shanti_priya 25-10-2013 04:31 PM
peah311 posted on 25-10-2013 04:11 PM
org tua2 kat tempat aku x pernah pulak sebut ' dun give a damn '. urban sgt org tua kat tmpat ekau ...

hahahah
ni org2 tua yg dok hartamas kekdahnye
Quote mitnick 25-10-2013 04:38 PM
penuh dengan mata-mata, sampai gelap mata
Quote farah_fanz 25-10-2013 04:41 PM
aku tengok baju dier yg mata satu, yg skirt terlebih mata plakkk. klu itu apa maksudnya eyh...hahahaha

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.083372 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top