CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Saya Takut Mimpi Itu Tak Datang Lagi - Awie

13-6-2014 04:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17715| Komen: 41

Description: "Saya Takut Sebenarnya Bila Diberitahu Saya Ada Supermokh Kali Kedua. Membawakan Watak Seorang Lagenda Satu Perkara Yang Susah Dan Mustahil. Saya Tak Pernah Terfikir Langsung Yang Saya Akan Melakonk ...


Tatkala diberikan kepercayaan menghidupkan watak lagenda bola sepak tanah air, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dalam teater SuperMokh tahun lalu, Awie pernah meluahkan rasa gerun dan takut. Menyifatkan ia sebagai tanggungawab yang berat namun Awie berjaya melakukannya.

Pihak media difahamkan, 'Supermokh The Musical' yang di pentaskan di Istana Budaya sekitar November tahun lalu mendapat sambutan dan respon menggalakkan baik daripada ahli keluarga Allahyarham, para penonton VVIP juga para penonton.

Begitupun, kata vokalis kumpulan Wings ini, dia tekad hanya sekali itu saja dia menggalas amanah tersebut. Tak mungkin dia akan 'jadi' Mokhtar Dahari lagi selepas ini. Namun Awie tidak mampu menolak apabila dimaklumkan dia perlu beraksi semula sebagai pemain bola sepak profesional pada September ini di Istana Budaya.


Pada sidang media 'Supermokh Sebuah Muzikal Re-Staging' baru-baru ini, Awie tetap meluahkan rasa takut.

"Saya takut sebenarnya bila diberitahu saya ada Supermokh kali kedua. Membawakan watak seorang lagenda satu perkara yang susah dan mustahil. Saya tak pernah terfikir langsung yang saya akan melakonkan watak seorang lagenda.

"Musim lepas, saya banyak buat kajian tentang karakter beliau. Tapi kajian saya tidaklah terlalu meluas kerana kisah-kisahAllahyarham seorang yang memang jarang muncul di media. Kita hanya nampak beliau di padang bola sahaja. Selain ahli keluarga Allahyarham, rujukan utama saya ketika itu ialah filem Mekanik. Itu pun beliau hanya muncul sebagai cameo", kata Awie kepada Malaysian Digest.

Ternyata ketakutan itu kini kembali menghantui penghibur berusia 46 tahun ini.

"Masa nak yang pertama dulu, saya sampai termimpi-mimpikan beliau. Allahyarham muncul dalam mimpi saya, siap bercakap dalam bahasa Inggeris dengan saya. Daripada mimpi itu lah saya dapat tahu banyak tentang karakter beliau. Sebaik saja sedar, saya sedekahkan Al-Fatihah.

"Kemudian semasa sesi latihan, isteri Allahyarham, Datin Zarina datang. Saya terus bertanyakan pada datin, benarkah Allahyarham begini dan begitu orangnya seperti yang saya nampak dalam mimpi saya. Datin beritahu, ya. Seak tu ia menabahkan rasa keyakinan saya untuk beraksi di pentas.

"Tapi itulah... untuk yang kali kedua ini saya takut mimpi tu tak datang lagi. Tapi bila Hans beritahu yang Datuk (Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Sri Nazir Razak) dan Sultan Selangor nak jumpa, saya terus rasa tak boleh tolak", katanya yang turut memberitahu akan mempertingkatkan lagi mutu lakonannya.

Kurusan Badan, Gelapkan Kulit

Tiada banyak perubahan dari segi jalannya ceritanya tapi apa yang boleh dijanjikan Awie ialah peningkatan pada mutu lakonannya. Malah dia kini sedang dalam proses untuk menurunkan lagi berat badan dan akan mengelapkan sedikit kulitnya.

"Saya akan kuruskan lagi badan dan akan gelapkan sikit kulit saya untuk dapatkan mood sebagai seorang pemain bola sepak.

"Saya harap kali ini lebIh ramai lagi generasi anak muda yang datang menonton kerana ini sebuah kisah lagenda bola sepak tanah air kita. Saya sedih sebab ramai anak muda hari ini yang tidak mengenali siapa Mokhtar Dahari dan ini lah peluang mereka untuk mengetahui kisah lagenda kebanggaan negara ini", katanya.

Selain Awie, 'Supermokh Sebuah Musical Re-staging dibarisi pelakon hebat lain seperti Maya, Karin, Douglas Lim, Dina Nadzir, Rashidi Ishak, Radhi Khalid, Poon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.

Teater yang mendapat penajaan utama daripada CIMB Bank ini akan dipentas di Istana Budaya mulai 8 September hingga 21 September 2014 dengan harga tiket yang sama iaitu mulai harga RM36 hingga RM236.

1

Bagus
7

Marah

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fifie_olin 13-6-2014 10:12 AM
dh lama x tgk awie kurus...
Quote asher 13-6-2014 10:14 AM
mesti catat rekod kalo awie berjaya kuruskn badan..
Quote hanezzafirah 13-6-2014 10:15 AM
SEMOGA BERJAYA
Quote enybelle 13-6-2014 10:16 AM
Apa2 jela sawie semoga berjaya
Quote Eliadaisy83 13-6-2014 10:31 AM
Sebelum ni pon katanya kuruskan badan tapi tak nampak pon kurusnya..
Masa konsert wings terbaru tetaplah beliau nampak gemok..
Quote okonkwo 13-6-2014 10:40 AM
kalo btul awie kurus nnti, berdesup geng produk kuruskan badan amek dia jadi duta
Quote whadda 13-6-2014 10:52 AM
ape2 je la awie... dah tak bape minat pas kes tampar bini...
Quote rosasa 13-6-2014 11:05 AM
minggu ni awie pun femes di bod gosip

semoga kurus la ye
Quote anumqis 13-6-2014 11:09 AM
aku menunggu2 artis malaysia yg sanggup kurus & gemukkan badan utk watak. kalau nak jd pelajar kolej muda belia, tak sesuai sungguh badan kekar macho lengan besar gedabak. kikiki.
Quote mizahanan 13-6-2014 11:10 AM
Selamat kuruskan badan awie

Last edited by mizahanan on 16-6-2014 09:49 PM

Quote pengetipkuku 13-6-2014 03:02 PM
good luck..i loike your voice
Quote tomet05 13-6-2014 03:09 PM
memang ebst nonton .. awie nyanyi live memang syiok .. tapi cerita belakang je yang kurang best sikit
Quote hanie_z 13-6-2014 03:12 PM
whadda posted on 13-6-2014 10:52 AM
ape2 je la awie... dah tak bape minat pas kes tampar bini...

kan.. iols pun dah xberkenan dah.
Quote DayangKirana 13-6-2014 03:20 PM
puas ku cari gambar awie kurus..banyak yang bambam jer..
Quote bubugaga 13-6-2014 03:20 PM
selamat menguruskan badanmu awie
Quote wasap 13-6-2014 03:26 PM
chaiyok Awie.. selamat nguruskan badann
Quote SUHA 13-6-2014 03:28 PM
okonkwo posted on 13-6-2014 10:40 AM
kalo btul awie kurus nnti, berdesup geng produk kuruskan badan amek dia jadi duta

Slim World blh gandingkan heols ngan era pajira, sesuai noks
Quote okonkwo 13-6-2014 03:34 PM
DayangKirana posted on 13-6-2014 03:20 PM
puas ku cari gambar awie kurus..banyak yang bambam jer..

bulan depan awie kurus.
cuma tahun bila jer tak tahu lg.
Quote okonkwo 13-6-2014 03:35 PM
SUHA posted on 13-6-2014 03:28 PM
Slim World blh gandingkan heols ngan era pajira, sesuai noks

sesuaaaiiii sgtttt!

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.067448 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top