CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Awie Menyesal Jalinkan Kerjasama Dengan KRU

16-6-2014 11:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20109| Komen: 90

Description: "Selepas Album Siap, Kami Bersemangat Mahu Lancarkan Album Tersebut Sebaik-Baiknya, Tetapi Malang Sekali, Majlis Dibuat Seperti 'Melepaskan Batuk Di Tangga'. Malah Tiada Sebarang Poster Menunjukkan ...


Awie berharap masalah cetak rompak turut dibantu pihak kerajaan.

PETALING JAYA: Penyanyi rock Awie (Wings) mengakui berasa menyesal kerana menjalinkan kerjasama dengan pihak KRU Music Group lebih-lebih apabila isu beberapa lagu dalam album terbaharu mereka terbitan syarikat itu, Menakluk Kosmos yang dicetak rompak seperti tidak diambil peduli.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, keadaan itu juga membuatkan kumpulan itu enggan manyambung kontrak dengan KRU Studios sekiranya ditawarkan lagi kerana menganggap pihak syarikat itu seperti tidak serius dalam pembikinan album tersebut.

"Dulu, saya ditawarkan untuk bekerjasama dengan KRU Studios secara solo, tetapi saya tak nak. Kemudian mereka mengajak Wings pula, dan pemain gitar utama kami, Joe bersetuju, dan saya pun ikut sahaja.

"Selepas album siap, kami bersemangat mahu lancarkan album tersebut sebaik-baiknya, tetapi malang sekali, majlis dibuat seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Malah tiada sebarang poster menunjukkan ia adalah majlis pelancaran kami.

"Sudahlah beberapa lagu dalam Menakluk Kosmos dicetak rompak. Dan apabila meminta penjelasan Norman (Presiden Eksekutif KRU Music) dia hanya memberikan komen menerusi Youtube. Kenapa mesti Youtube? Cukuplah satu album kerjasama kami dengan mereka," katanya.

Pada 20 Mei lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, dekat sini berhubung empat lagu  dalam album terbaru mereka iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini telah dicetak rompak.



Wings pada pelancaran album Menakluk Kosmos baru-baru ini.


Lagu kumpulan itu bukan sahaja boleh dimuat naik secara percuma malah album itu juga boleh didengari menerusi aplikasi Spotify dan Deezer bagi pengguna telefon pintar sebelum sempat ia dilancarkan.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada kelemahan pihak KRU sendiri.

Sementara itu, Awie berkata, pihak kerajaan juga sepatutnya perlu sama-sama membanteras isu cetak rompak, namun apa yang dilihatnya, perjuangannya itu hanya dilakukan oleh golongan penggiat industri muzik sahaja.

"Isu cetak rompak ini sudah lama dah sampaikan artis-artis sendiri terpaksa terima perkara tersebut dengan rasa sakit hati.

"Saya harap sangat agar pihak kerajaan peka dengan situasi ini dan cuba membanterasnya. Saya percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, terpulang pada individu itu sama ada mereka mahu membantu ataupun tidak," ujarnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FNN 16-6-2014 02:16 AM
Quote jomZ 16-6-2014 02:47 AM
da tuaaaaaaaaa daaaaaaaa
Quote makton 16-6-2014 08:06 AM
dah tau cetak rompak ni dr zaman pak kaduk xde penyelesaian. so tak yah buat album la. pi buat konsert tour mcm double trouble tu je..
Quote salimrock 16-6-2014 08:21 AM
makton posted on 16-6-2014 08:06 AM
dah tau cetak rompak ni dr zaman pak kaduk xde penyelesaian. so tak yah buat album la. pi buat konse ...

rasa2 nye awie ni kalo tgk movie /  cerita omputeh...dia beli dvd yg original ke atau yg 1 =rm7



Quote makton 16-6-2014 09:09 AM
salimrock posted on 16-6-2014 08:21 AM
rasa2 nye awie ni kalo tgk movie /  cerita omputeh...dia beli dvd yg original ke atau yg 1 =rm7

...

dia donlod dr tenet je...
Quote fatehana 16-6-2014 09:16 AM
makton posted on 16-6-2014 09:09 AM
dia donlod dr tenet je...

Betul tu, ana setuju....hohoho
Quote AshkieLa 16-6-2014 09:17 AM
dh KRU pun suka plagiat.... takkan dia nk meng cadbury buta mati matian hapuskan cetak rampoks.. harus diorg diamkan sajork. Layankan ajerla sawie. Kalo album bagus, peminat akan beli yg original buat koleksi.
Kalo setakat satu lagu sajork yg best atau takde langsung pun yg sedap utk halwa telinga... layan yg x berbayor je laa gamaknya.

:: kalo guna i tunes bukan kena bayor gak ke?
Quote Santeira 16-6-2014 09:19 AM
KRU dan ciplak berpisah tiada.
Quote kucing_gebu 16-6-2014 09:21 AM
ko belasah jer sawie oooiii...
Quote otai_g 16-6-2014 09:21 AM
best sgt ke lagu br wings tu?

takut kalo jual yg ori x laku plk nanti....
Quote twins 16-6-2014 09:22 AM
Kumpulan Wings & Awie pun tak boleh jugak cakap besar mcam ni kata menyesal la segala bagai... kalau KRU x offer buat album aku tengok tak der pun album baru dorang ?  Wings pun dah lama suram... bersyukur la ada jugak rezeki dr KRU walaupun tak banyak... belajar bersyukur....
Quote azie.dz 16-6-2014 09:28 AM
awie ni bermasaalah kan skrg...

after one another kuar citer dia skrg
Quote nh83 16-6-2014 09:31 AM
aiyoo abg awie suda marah..x taula ko norman..kuikui..
tapi ada betulnya jgk apa yg dia ckp tu..takde sape nk ambik peduli pasal cetak rompak ni..
abg awie wat single sudahla..klu nk lagu baru.. selebihnya wat konsert tapi penaja pun susah nk dapat melainkan abg awie tukar imej jadi kpop..oppss
Quote SyaAnis 16-6-2014 09:32 AM
bosan...

awie hidup zaman tok kaduk lagi ke??

huhuhu...
Quote meensha 16-6-2014 09:35 AM
xpe la.. lagu awie pon dah xrelevan lagi zaman sekarang ni..
kalau xd pon xpe..
Quote makton 16-6-2014 09:40 AM
fatehana posted on 16-6-2014 09:16 AM
Betul tu, ana setuju....hohoho

setuju sbb kita pun buat jugak... hahaha
Quote inteq7 16-6-2014 09:45 AM
abih la KRU.. otai sudah mengamuk
Quote siti_kus 16-6-2014 09:49 AM
Aah eh.. Banner nama KRU yg besar. Nama wings xda pn. Hehe. Sabar je la awie.
Quote lil_honey 16-6-2014 09:56 AM
awie dah lebih berpengalaman dari KRU...how come boleh kene tipu? desperate sgt ke?

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.058342 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top