CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15978|Reply: 44

[Jenayah] "Kita Tak Baik Tamak" - Makcik Sial64 Meroyan Tak Bagi Orang Berniaga Tempat Lain, Siap Mintak Nombor Telefon Suami Orang!

  [Copy link]
Post time 3-2-2024 11:32 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

MEMINTA resipi daripada peniaga adalah satu tindakan kurang sopan lebih-lebih lagi jika kita menjual makanan yang sama.

Seorang peniaga pencuci mulut yang menggunakan akaun Sha Faz Kitchen di Facebook menerima mesej daripada seorang peniaga lain mendesak untuk diberitahu bahan 'rahsia' digunakan untuk aiskrim Malaysia yang dijualnya.

Dalam tangkap layar menunjukkan perbualan Sha dengan individu itu, peniaga wanita tersebut memulakan perbualan dengan bertanya harga aiskrim yang dijual di sekitar Ayer Tawar, Perak.

Berdasarkan perbualan itu, dapat dilihat Sha menjawab dengan baik soalan-soalan yang ditanya dan memberitahu dia hanya berniaga pencuci mulut dari rumah sahaja kerana kekangan masa dan stok aiskrim cepat habis.

Bagaimanapun jawapan yang diterima daripada wanita itu yang baru sebulan berniaga produk sama kelihatan agak kasar.

"Baguslah jual je dekat rumah. Bukan apa... awak tu duduk Ayer Tawar tak payah letak kawasan lain pun tak apa.

"Orang lain nak cari makan juga. Kita ni tak baik tamak," ujar individu berkenaan dalam pesanan dihantar kepada Sha menerusi aplikasi WhatsApp.

Selain memberikan peringatan, wanita itu tanpa rasa segan silu meminta pula agar Sha berkongsi resipi dan bahan rahsia sehingga membuatkan aiskrim dijualnya rasa berlemak.

“Tapi awak punya sedap gebu, saya pernah makan... saya buat tak rasa macam tu, kongsi la letak apa, tak baik kedekut sebab saya niaga macam awak juga.

“Awak letak santan ke rasa lemak tu? Saya nak tahu,” katanya.

Tidak melatah dengan sikap peniaga berkenaan, Sha tenang berdepan ‘desakan’ itu dan menyarankan agar dia membuat carian resipi di TikTok atau Google untuk menyedapkan aiskrim.

Sha menegaskan dia juga bukanlah seorang yang kedekut ilmu sambil mencadangkan wanita itu menyertai mana-mana kelas masakan secara Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) untuk belajar membuat aiskrim.

"Tak apalah kalau tak bagi. Orang kedekut kalau berniaga tak maju. Melayu macam ni ke? Saya pernah beli awak punya aiskrim hari tu. Saya tak kedekut pun.

"Tak payahla kelas (mengajar) pula saya. Tak ada masa dan duit lagi kalau masuk kelas. Menyesal beli aiskrim awak itu hari kalau tahu awak kedekut," katanya kepada Sha.

Apa yang lebih mengejutkan apabila wanita itu juga meminta nombor telefon suami Sha untuk bertanyakan sendiri resipi rahsia yang digunakan untuk membuat aiskrim.

Nombor telefon lelaki itu diminta selepas Sha memberitahu dia tidak dapat berkongsi resipi aiskrim kerana perlu mendapat izin suaminya dan bimbang dimarahi.

“Cuba bagi nombor telefon laki awak, saya cakap. Boleh ke?” katanya, masih tidak berputus asa untuk mengetahui resipi aiskrim.

Disebabkan bermacam tuduhan dan kata-kata kesat dilemparkan terhadapnya, Sha meminta nombor akaun bank wanita itu untuk memulangkan semula duit pembelian aiskrim daripadanya berjumlah RM15.

Mengejutkan apabila wanita itu terus memberikan nombor akaunnya tanda setuju wang RM15 dipulangkan.

Dalam hantaran Sha yang tular di Facebook, dia mengaku tergamam dengan apa berlaku tetapi masih sudi menawarkan bantuan untuk mempromosikan produk wanita itu jika mereka tinggal berhampiran.

"Tak tahu la nak cakap apa. Kepada akak kalau ada dalam senarai rakan, saya minta maaf.

"Tak tahu nak terangkan macam mana sebab saya pun cari rezeki dengan cara sendiri. Akak berniaga di mana saya tak pasti.

"Kalau berdekatan dengan saya, boleh tolong promote kan. Sekali lagi saya minta maaf," jelasnya dalam hantaran tersebut.

Hantaran tersebut turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang bengang dengan sikap wanita berkenaan terhadap Sha.

"Dahsyat orang macam ni. Entah apa-apa dia meroyan. Geram baca.

"Saya pun peniaga aiskrim juga. Kenapa peniaga ni dengki sangat-sangat. Rezeki masing-masing Allah dah tentukan.

"Wah macam tu sekali ye. Kita ni perah otak buat itu ini, kau sedap-sedap nak resipi. Pergilah cari sendiri. Saya pun berniaga tapi tak ada nak tanya banyak-banyak," komen beberapa netizen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2024 11:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2024 11:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2024 11:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2024 11:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2024 11:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-2-2024 11:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2024 11:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2024 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak kata hasanah tapi memang wujud manusia babi tatau malu gini kan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2024 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Org cmni jenis gila... resepi KFC, McD semua dia tak berani tanya plak..dgn peniaga kecil berani meroyan plak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 3-2-2024 11:34 AM
Nak kata hasanah tapi memang wujud manusia babi tatau malu gini kan...

Ade je uols...
Iols Ada amek pjj buat cake n muffin..
Iols update status..tibe2 ada baker Ni mintak resipi...konon nak r&d
Choi...Aku pung amek pjj
Padahal Baker tu elok je niaga kek bagai ..
Amende lah..
Pastu bila.iols Kata Ni resipi pjj..
Dia Kata resipi pjj ke tak Sama je..

Pastu iols malas nak reply ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2024 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara menulis pun serupa je....lg shiel yg menjual ni ha punya marketing
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2024 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hasanah.
Marketing mazhab mulayu.
Puihh
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang ko melayan dah kenapa. Tak ada kekuatan? Join la forum belajar ignore makhluk2 bodoh ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-2-2024 04:21 PM
Yang ko melayan dah kenapa. Tak ada kekuatan? Join la forum belajar ignore makhluk2 bodoh ni.

Iya  lahhhh....

Akk join porum le baru pandai ignore makhluk² bodoh....klu tak dulu, akk yg bodoh & dibodohkn
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2024 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 3-2-2024 05:03 PM

Aku penah tanya mcik buat n.lemak sbb n.lemak dia sedap.....lain dari yg lain...mkn nasi je pun dah sedap....dgn berbesar hati dia bgtau sbb dia tau aku takkn meniaga nya....tapi haram tak menjadi sebijik mcm dia....tu org kata airtgn....

Dia pun bgtau cara masak sambal....pastu aku lupa ...bila aku tanya ank dia, tanak bg....suruh aku tanya makj dia.... Aku segan le nk tanya byk kali.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2024 08:53 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 3-2-2024 04:58 PM
Iya  lahhhh....

Akk join porum le baru pandai ignore makhluk² bodoh....klu tak dulu, akk yg bodo ...

Orang yang paling kental dalam forum ialah yang tak makan diprovoke. Ko pernah tengok Changa bergaduh? aku tak pernah

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2024 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 3-2-2024 05:01 PM
Aku penah tanya mcik buat n.lemak sbb n.lemak dia sedap.....lain dari yg lain...mkn nasi je pun dah  ...

macam akak dekat tempat kerja iols ni. sambal nasi lemak sedap gila. resepi simple je. hanya guna bawang merah, bawah putih, cili boh, garam, gula suku sudu, sos tiram satu sudu. sedap gila sambal dia, memang menjadi rebutan

tapi bila yang lain2 termasuk iols cuba resepi dia. tak jadi, padahal akak tu dah tunjuk dah demo cara masak. masakan melayu ni lebih kepada airtangan (agak2 sukatan bawang2 dan perasa). kalau pastry, kena orang yang betul2 sukat baru menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 3-2-2024 05:01 PM
Aku penah tanya mcik buat n.lemak sbb n.lemak dia sedap.....lain dari yg lain...mkn nasi je pun dah  ...

Mak ai jual nasi lemak. Bertahun2 dari ai kecik. Pernah try resepi mak,haghammm nak sama rasa
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2024 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tp perlu ke nak sebarkan
citer kat laki dah la

org pompuan mmg tak blh simpan rahsia ke
suka nau membawang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195745 Replies : 4532
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.070935 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list