CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantukiller

Pertikaian berkaitan Hadith 'Manzil'

[Copy link]
Post time 27-5-2014 06:09 PM | Show all posts
abas8888 posted on 27-5-2014 03:46 PM
saya tak pasti sejarah kaca sejak bila...hihihi...sejarah stokin tahu?

Ntah...

Stokin?
Kalo stokin koyak je setan, kalo stokin koyah je santau jgk ke?
- sapa yg kata? Nabi s.a.w. ka member?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 06:14 PM | Show all posts
abas8888 posted on 27-5-2014 06:05 PM
maksud saya disepakati adalah dipersetujui oleh ramai ulama bukan seorang...

Ya bukan seorang Ulama sahaja yang menjelaskan bahawa GILA boleh disebabkan oleh gangguan Syaitan, antaranya:
1. Al-Imam Al-Hafiz Ibn Kathir (hafiz dan mufassir yang ulung dalam bidang Al-Quran)
2. Al-Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani (muhaddith yang ulung dalam bidang hadith, penulis kitab syarah sahih bukhari)
3. Muhaddith yang meriwayatkan hadith seperti Imam Abu Dawud, Imam Al-Hakim, Imam Az-Zahabi, Imam At-Tirmizi, Imam An-Nasai
4. Ibn Hajar Al-Haithami (muhaddith yang juga pakar fiqh)
5. Shaikh Wahid Abdus Salam Bali (ulama kontemporari zaman kini)

Setelah membuktikan dengan kesaksian Ulama berdasarkan Al-Quran dan Hadith, bahawa Syaitan boleh merasuk dan menyebabkan kegilaan, maka diakui yang gila yang disebutkan dalam hadith 'manzil' yang dibincangkan itu merupakan gila yang disebabkan gangguan Syaitan.

Jika ada Ulama yang kata 'gila' yang disebutkan dalam hadith manzil itu BUKAN dari gangguan Syaitan, sila lah tuan berikan hujjah tuan pula untuk kita sama-sama telitikan dari mana sumbernya.
Last edited by mnm77 on 27-5-2014 06:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 06:22 PM | Show all posts
abas8888 posted on 27-5-2014 06:08 PM
---Kegilaan boleh jadi akibat dari Kerasukan Syaitan ---

boleh jadi juga agak lemah untuk dijadikan hujah sebagai sah wajib

Maksud 'boleh jadi' tu ada 2 kemungkinan bila berlaku gila, samada:
1. GILA yang disebabkan oleh gangguan Syaitan
2. GILA yang bukan disebabkan oleh gangguan Syaitan

Untuk GILA yang disebabkan oleh gangguan Syaitan, ada rawatan secara Sunnah. Rawatan tu bukan wajib. Kalau wajib, berdosa la pulak kalau tak buat. Kenapa perlukan hukum wajib pula? Tak timbul langusng isu wajib, yang saya dah ulang berkali-kali-kali-kali-kali-kali-kali DALAM BEBENANG ini tapi masih lagi ada yang sukar nak faham!

Contoh kalau terkena sihir, tak wajib pun baca Al-Mu'awwizatain. Akan tetapi SUNNAH baca Al-Mu'awwizatain untuk merawat sihir, dan ada lagi sunnah-sunnah lain untuk merawat sihir.

Jangan pula guna jampi yang syirik atau guna perantaraan yang khurafat untuk merawat sihir atau gangguan Syaitan! Cara yang selamat, yang terbaik, cara Sunnah!


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 08:30 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 27-5-2014 06:09 PM
Ntah...

Stokin?

dari perspektif sejarah...seronok kalau tahu sejarah sebab boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian...sejarah tulisan dan kertas..sejarah matematik..sejarah sesuatu tempat..pendek kata macam-macamlah punya sejarah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 09:53 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 26-5-2014 02:37 PM
Al-Quran tu Az-Zikr, At-Tanzil
Iqra' dan zikir yg diturunkan
Baca utk mengingati peringatan -  ...

Kikiki, nak ingat Allah kene baca manzil, tak 'baca' manzil tak boleh ingat Allah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 09:54 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 26-5-2014 02:42 PM
Ye le, dlm hati pn baca jgk
bertempik lantang pn baca jgk
- ambil la yg pertengahan, sederhana ...

Dalam hati pun kene baca manzil baru boleh ingat Allah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-5-2014 09:58 AM | Show all posts
orangbesi posted on 26-5-2014 08:08 PM
maka AL QURAN PENUH HIKMAH
dan DIBUAT PELBAGAI JENIS PERUMPAMAAN

BUKAN KO YG KATA 'KALAM ALLAH MAHA BERKUASA', MEH LAH BERI DETAIL APA KUASANYA KALAM ALLAH TU? DAN APA BEZANYA DENGAN MAHAKUASANYA ALLAH???


YG KO CERITA NI MAHAKUASANYA ALLAH, FOKUS PADA SOALAN YE!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 10:06 AM | Show all posts
orangbesi posted on 26-5-2014 08:15 PM
Tak de pun Allah kata KALAMNYA maha berkuasa????

HEHE, KO KATA 'KALAM ALLAH' MAHA BERKUASA. BOLEH HALAU JIN, BOLEH BUNUH DINASOUR , BOLEH TERBALIKKAN GUNUNG, TUNJUK LE KALAM ALLAH YG MANA TU, YG DALAM INJIL? ZABUR? ATAU TAURAT??? ALQURAN TERANG TERANG ALLAH DAH BERITAU HANYA PERINGATAN JE KAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2014 10:09 AM | Show all posts
nelayan posted on 26-5-2014 10:44 PM
cukuplah dgn cerita tu, makin byk cerita sebenarnya makin nampak bodo

buat apa la nk malukan di ...

BIAR NAMPAK BODO, YG PENTING PERINGATAN ALLAH KENE IKUT:



Shad 87
Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam.
Asy-shura 07
Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummulqura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka.
Al-Qamar 17
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
Al-Qamar 32
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
Qalam 52
Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.
Al Muddasir 54
Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
At Takwir 27
Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam.


Last edited by hantukiller on 28-5-2014 10:11 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 10:30 AM | Show all posts
mnm77 posted on 27-5-2014 09:09 AM
Tuan, manzil tu bukan macam zaastt, JANGAN bandingkan dan samakan macam tu, yang mana dalam keperc ...
Tuan, manzil tu bukan macam zaastt, JANGAN bandingkan dan samakan macam tu, yang mana dalam kepercayaan zasst tuan konon boleh bunuh dan kalahkan segala setan. Selagi tuan membanding macam tu, selagi itu tuan membelenggu diri tuan dalam alam mistik zzasstt tuan, dan susah untuk faham yang manzil itu doa MOHON PERLINDUNGAN ALLAH.

Apabila Allah beri perlindungan, SAYA YAKIN ALLAH yang KALAHKAN Syaitan. Tak timbul isu setan kalah dengan manzil, tak boleh dengar manzil dan lain-lain apabila MOHON TERUS DARI ALLAH. Bila Allah beri perlindungan, tiada siapa yang boleh kalahkan Allah. Manzil bukan tangkal, bukan juga seperti zasst pada pemahaman tuan. Manzil itu terdiri dari ayat-ayat Allah, KALAM ALLAH. Yang penting, tawajjuh pada Allah dan dengan tawajjuh pada Allah tentulah yakin akan KEBENARAN Kalam Allah sendiri.

Kalam Allah adalah Benar!

Katalah tuan kene sakit barah yg tak melibatkan setan, kalau nak rawat guna muawazatain, boleh tak?  

Boleh. Al-Muawwizatain merupakan permohonan perlindungan Allah. Samada diketahui ada unsur Sihir dan gangguan Syaitan, atau tidak diketahui ada unsur gangguan Syaitan, MOHON PADA ALLAH bukan satu kesalahan, malah dianjurkan.

Suatu ketika Nabi pernah disihir dan dengan izin Allah sihir itu memberi kesan, yang menjadikan Nabi runsing yang bukan kebiasaan. Kemudian Allah turunkan Al-Mu'awwizatain yang disampaikan melalui malaikat kepada Nabi, maka Nabi pun sembuh dengan izin Allah.

Sunnah baca sendiri Al-Mu'awwizatain....
Juga Sunnah dibacakan pada orang lain....

Bila Nabi sendiri sakit (seperti demam), isteri Nabi bacakan Al-Mu'awwizatain pada Nabi.

Tuan memang yakin sangat nabi mengamalkan manzil untuk mengelak gangguan syaitan kan????

Saya yakin dengan kebenaran Kalam Allah, dan saya yakin melalui Sunnah Nabi ada kejayaan.
Saya yakin ALLAH yang Maha Kuasa, Kalam Allah itu benar.
Dan saya yakin Nabi merupakan orang yang SANGAT YAKIN pada KEBENARAN Kalam Allah.

Dan bila tuan kata Nabi orang yg ikhlas, dan syaitan tak bisa mengalahkan, mengapa nabi kene amalkan manzil pulak????

1. Saya tak sebut pun Nabi kena amalkan manzil untuk kalahkan Syaitan. Tak timbul isu wajib, yang dijelaskan berkali-kali. Tak perlu diulang sampai berjuta kali, tapi macam biasa tuan SUKA TUDUH BERKALI-KALI sambil tak mahu lihat penjelasan yang diberi.
2. Nabi merupakan manusia yang FAHAM Al-Quran.
3. JANGAN BANDINGKAN manzil dengan amalan zasstt tu! TAK SAMA! Manzil itu untuk mohon perlindungan Allah, dan merupakan salah satu cara ISTI'AZAH. Perintah Isti'azah ada dalam Al-Quran. Manzil bukannya satu-satunya cara isti'azah. Dah banyak kali saya sebut, tapi masih tuan tuduh kononnya macam saya kata wajib pula amalan manzil tu, lalu pertikai Nabi kena baca manzil pula. Isi wajib, kena baca ni TAK TIMBUL pun!

dan kenapa tuan masih kata syaitan boleh ganggu nabi??? hanya sebab ifrit tu kacau masa nabi solat lalu nabi perlu baca manzil????

1. Tuan sudah salah faham pasal gangguan Ifrit. Saya sebut pasal Ifrit tu sebab tuan buat kesimpulan yang SALAH, konon asal saja ada gangguan Syaitan, bermakna tak ikhlas. Ini kesimpulan yang SALAH dan BATIL. Untuk tuan memahaminya, saya beri contoh Nabi pun pernah diganggu Syaitan (Ifrit), bila Nabi diganggu adakah itu bermakna Nabi tak ikhlas? Tidak sama sekali! Yang ikhlas pun boleh diganggu Syaitan, cuma Syaitan tak ada kuasa pada yang ikhlas. Itu penjelasan saya untuk membetulkan kesimpulan tuan yang dah salah. Tak lebih dari itu.

2. Tak timbul isu wajib (perlu) baca manzil, sedangkan manzil itu salah satu cara ISTI'AZAH. Ada beberapa cara isti'azah, yang dari Sunnah dan yang sampai pada pengetahuan kita. Antaranya: Ta'awwuz, Al-Muawwizatain, Manzil, Doa perlindungan, dan mana-mana cara isti'azah yang disebut dalam hadith yang sahih.

Berbalik pada hadis manzil, kan dah jelas, nabi baca untuk rawat penyakit gila, bukan halau gangguan jin.

Saya dah ULANG berkali-kali manzil tu untuk MOHON PERLINDUNGAN ALLAH. Samada Allah nak halau, nak bunuh, nak bakar, nak lenyapkan gangguan tu, semua itu atas Kehendak-Nya. Tuan masih gagal faham lalu masih lagi tuduhan akibat tidak dapat memahami penjelasan saya yang berkali-kali bahawa manzil itu sebagai DOA MOHON PERLINDUNGAN ALLAH, sebagai salah satu cara ISTI'AZAH.

Tuan belum jelaskan makna LAMAM, AL-JUNUN, AL-MASS. Selagi tuan tak jelaskan, bahawa setiap yang gila tu semuanya BUKAN dari gangguan Syaitan, bermakna tuan hanya buat sangkaan dari terjemahan 'gila'. Berbalik pada hadith manzil, Nabi baca manzil untuk rawat 'gila' yang disebabkan gangguan Syaitan. Insya-Allah saya akan lampirkan hujjah saya bahawa penyakit gila ada juga yang disebabkan oleh gangguan Syaitan.

Jika tuan masih membantah, saya harap tuan bawa hujjah tuan dengan membawa kesaksian Ulama dan ahli ilmu yang tuan percaya untuk menguatkan hujjah tuan. Itu cara yang lebih hampir pada kebenaran. Cara sangkaan tuan tanpa sokongan ahli ilmu merupakan cara yang sangat lemah dan TERTOLAK sama sekali.
BAGUS. Tuan sebenarnya faham yg manzil tu hanya doa, doa yg menggunakan ayat Allah, dan manzil itu tiada kuasa tersendiri.

Dan nampaknya tuan faham bahawa Segala ayat Allah terutama ayat pendek seperti muawazatain tu boleh dijadikan syifa' untuk segala jenis penyakit. Dan tuan juga faham bahawa membaca muawazatain tiada kelebihan tersendiri, sebab hanya proses berdoa pada yg maha berkuasa, Allah. Dan Tuan juga faham bahawa untuk mengalahkan syaitan tak perlulah baca manzil atau muawazatain. yg penting doanya pada Allah walau dalam bahasa tamil. Dan tuan juga faham bahawa syaitan tak mampu mengalahkan orang orang yg ikhlas( yg kisah nabi ayub tu, nabi adam, nabi ibrahim, mereka tewas/tertipu juga bukan disebabkan ketidak ikhlasan mereka, tetapi semata mata atas perancangan Allah sebagai ujian pada mereka)

Setiap yg gila bukan semestinya disebabkan syaitan, boleh jadi sebab pemakanan beracun yg merosakkan saraf otak, aksident dikepala, gila sejak lahir, juga minat yg melampau atas sesuatu. Tetapi gila bagi orang islam yg disebabkan syaitan biasanya hanya gila isim. Gangguan saka, sihir jarang sangat menyebabkan gila. Jadi persoalannya, 'penyakit gila' yg nabi rawat tu gila yg mana? dan gilanya macamana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 10:35 AM | Show all posts
mnm77 posted on 27-5-2014 01:09 PM
Bukti Penyakit Gila ada yang disebabkan oleh Gangguan/Kerasukan Syaitan

حَد&#16 ...
Bukti Penyakit Gila ada yang disebabkan oleh Gangguan/Kerasukan Syaitan

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عِمْرَانَ أَبِي بَكْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي قَالَ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ فَقَالَتْ أَصْبِرُ فَقَالَتْ إِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ فَدَعَا لَهَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ أَخْبَرَنَا مَخْلَدٌ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ أَنَّهُ رَأَى أُمَّ زُفَرَ تِلْكَ امْرَأَةً طَوِيلَةً سَوْدَاءَ عَلَى سِتْرِ الْكَعْبَةِ

Dari Imran bin Abu Bakar dia berkata, telah menceritakan kepadaku 'Atha bin Abu Rabah, dia berkata, Ibnu Abbas pernah berkata kepadaku, mahukah aku tunjukkan kepadamu seorang wanita dari penduduk syurga? Jawabku, bahkan (sudah tentu). Dia (Ibni Abbas) berkata inilah wanita berkulit hitam, dia pernah menemui Nabi SAW seraya berkata, Sesungguhnya aku menderita diserang penyakit gila dan (auratku) sering tersingkap, maka berdoalah kepada Allah untukku. Baginda bersabda, jika engkau berkenan, bersabarlah maka bagimu syurga. Dan jika engkau berkenan pula aku akan berdoa kepada Allah agar Allah menyembuhkanmu. Dia (wanita itu) berkata, baiklah aku akan bersabar. Wanita itu berkata lagi, namun berdoalah kepada Allah agar (auratku) tidak tersingkap. Maka baginda mendoakan untuknya.
(Sahih Bukhari)

Riwayat di atas juga terdapat dalam Sahih Muslim. Wanita yang dimaksudkan itu ialah Ummu Zufar, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sahihnya dari 'Atha.

Ketika menjelaskan hadith di atas, Al-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani berkata (dalam Fath-ul Bari Syarah Sahih Bukhari), bahawa dari kisah yang sama di atas, wanita itu juga berkata:
"Aku takut si jahat itu menelanjangiku"
(Riwayat Al-Bazzar dari jalan yang lain dari Ibni Abbas)

Al-Hafiz menjelaskan bahawa gila (seperti sawan) yang dialami oleh wanita tersebut adalah disebabkan oleh KERASUKAN JIN, bukannya sawan kebiasaan (epilepsi). Si jahat (al-khabith) adalah Syaitan.

Komen saya:
Perkataan صرع secara literal bermakna sawan/epilepsi/sejenis gila. Maka dari segi bahasa, أُصْرَعُ secara literalnya bermakna diserang sawan/epilepsi/sejenis gila. Namun penyakit yang dideritai oleh Ummu Zufar itu dijelaskan berpunca dari dari gangguan Kerasukan Jin, bukannya sawan yang kebiasaan (epilepsi). Ini berdasarkan hujjah wanita itu berkata: "Aku takut si jahat itu menelanjangiku"

WAllahu a'lam
Peringatan sekali lagi, saya tak pernah menolak pun adanya penyakit gila yg disebabkan oleh gangguan jin(syaitan) malah rata rata gila isim berpunca dari gangguan 'jin islam'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 10:40 AM | Show all posts
mnm77 posted on 27-5-2014 02:50 PM
ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﻋَﻤ& ...

Cantek sekali cara nabi berdoa dari gangguan syaitan, inilah yg patut kita contohi, kita amalkan


Allah Lindungilah aku  dari gangguan syaitan yg direjam dari apapun kejahatan yg ada padanya...Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:47 AM | Show all posts
hantukiller posted on 28-5-2014 10:30 AM
BAGUS. Tuan sebenarnya faham yg manzil tu hanya doa, doa yg menggunakan ayat Allah, dan manzil itu tiada kuasa tersendiri.

Setelah panjang lebar saya menjelaskan, mungkin baru tuan faham yang saya dah berulang-ulang-ulang-ulang-ulang-ulang-ulang-ulang-ulang kali tulis manzil itu DOA mohon perlindungan Allah, dan merupakan salah satu cara ISTI'AZAH yang ada dalam Sunnah. Harap tuan JANGAN lagi berhujjah dengan hujjah apa yang orang itu buat, apa yang orang ini buat bila mempertikaikan manzil. Harap berhujjah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

Dan nampaknya tuan faham bahawa Segala ayat Allah terutama ayat pendek seperti muawazatain tu boleh dijadikan syifa' untuk segala jenis penyakit. Dan tuan juga faham bahawa membaca muawazatain tiada kelebihan tersendiri, sebab hanya proses berdoa pada yg maha berkuasa, Allah. Dan Tuan juga faham bahawa untuk mengalahkan syaitan tak perlulah baca manzil atau muawazatain. yg penting doanya pada Allah walau dalam bahasa tamil. Dan tuan juga faham bahawa syaitan tak mampu mengalahkan orang orang yg ikhlas( yg kisah nabi ayub tu, nabi adam, nabi ibrahim, mereka tewas/tertipu juga bukan disebabkan ketidak ikhlasan mereka, tetapi semata mata atas perancangan Allah sebagai ujian pada mereka)

Sememangnya mohon perlindungan ALLAH itu menunjukkan ALLAH YANG MAHA KUASA.

Namun ada perkara yang nampak seperti tuan BELUM faham kerana tuan asyik mengulangi:
untuk mengalahkan syaitan tak perlulah baca manzil atau muawazatain

1. Tak timbul isu nak kalahkan Syaitan atau bunuh Syaitan
2. Tak timbul isu PERLU atau WAJIB baca manzil untuk kalahkan Syaitan

Bila ada gangguan Syaitan, ada perintah ISTI'AZAH. Sedangkan cara isti'azah itu ada beberapa cara dari SUNNAH.

Baca manzil sebagai doa dan isti'azah, untuk MOHON PERLINDUNGAN ALLAH dari gangguan Syaitan. Samada Allah buat keputusan kalahkan, halau, hancurkan, lenyapkan, binasakan Syaitan, itu terpulang pada Allah. Kita hanya MOHON BANTUAN dari Allah.

Setiap yg gila bukan semestinya disebabkan syaitan, boleh jadi sebab pemakanan beracun yg merosakkan saraf otak, aksident dikepala, gila sejak lahir, juga minat yg melampau atas sesuatu. Tetapi gila bagi orang islam yg disebabkan syaitan biasanya hanya gila isim. Gangguan saka, sihir jarang sangat menyebabkan gila. Jadi persoalannya, 'penyakit gila' yg nabi rawat tu gila yg mana? dan gilanya macamana?

Memang ada 2 kemungkinan bila berlaku gila, samada:
1. GILA yang disebabkan oleh gangguan Syaitan
2. GILA yang bukan disebabkan oleh gangguan Syaitan

Gila yang nabi rawat tu GILA yang disebabkan oleh gangguan Syaitan, dimana dibacakan Al-Mu'awwizatain dan ayat-ayat berkaitan dengan ayat syifa.


Last edited by mnm77 on 28-5-2014 10:56 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:50 AM | Show all posts
hantukiller posted on 28-5-2014 10:35 AM
Peringatan sekali lagi, saya tak pernah menolak pun adanya penyakit gila yg disebabkan oleh gangguan jin(syaitan) malah rata rata gila isim berpunca dari gangguan 'jin islam'

Orang Arab tak sebut 'gila isim' dalam bahasa Arab, seperti yang orang Melayu sebut. Perkataan GILA boleh digunakan dari beberapa kalimah yang biasa orang Arab guna seperti LAMAM, BALA, AL-MAUTATU, Al-JUNUN.

Jika benar tuan tak pernah tolak adanya penyakit GILA yang disebabkan oleh gangguan Syaitan, apa bukti tuan untuk tuan tolak hadith 'manzil' untuk kata bahawa Nabi rawat GILA yang bukan disebabkan oleh gangguan Syaitan?

Last edited by mnm77 on 28-5-2014 10:55 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 11:08 AM | Show all posts
mnm77 posted on 28-5-2014 10:50 AM
Orang Arab tak sebut 'gila isim' dalam bahasa Arab, seperti yang orang Melayu sebut. Perkataan GIL ...
Orang Arab tak sebut 'gila isim' dalam bahasa Arab, seperti yang orang Melayu sebut. Perkataan GILA boleh digunakan dari beberapa kalimah yang biasa orang Arab guna seperti LAMAM, BALA, AL-MAUTATU, Al-JUNUN.

Jika benar tuan tak pernah tolak adanya penyakit GILA yang disebabkan oleh gangguan Syaitan, apa bukti tuan untuk tuan tolak hadith 'manzil' untuk kata bahawa Nabi rawat GILA yang bukan disebabkan oleh gangguan Syaitan?
Nampaknya tuan tak faham jugak???

Kan dah berpuluh kali saya katakan, nabi baca manzil untuk RAWAT PENYAKIT GILA yg boleh saja berpunca dari apapun, bukan nabi halau setan guna manzil. Tapi rata rata pengamal manzil buat amalan manzil untuk elak gangguan syaitan, bukan untuk merawat penyakit.

Manzil tu dibacakan untuk 'merawat' penyakit gila. sebab AlQuran adalah syifa'. AlQuran tiada kuasa menghalau setan kerana AlQuran diturunkan hanya sebagai peringatan pada sekelian alam. Malah membaca AlQuran(termasuk manzil) pun boleh berhimpun syaitan untuk menyesatkan jika tidak minta perlindungan Allah terlebih dahulu.


Tapi kalau gila isim, manzil pasti tak jalan punya, sebab jin yg mengganggu tu jin islam, yg hari hari pun baca Quran. Ada juga isim yg disebabkan sangat mengamal bacaan manzil itu sendiri, sebab terlalu taksub pada manzil.(ISIM ADALAH NAMA SEJENIS JIN ISLAM)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 11:24 AM | Show all posts
mnm77 posted on 28-5-2014 10:47 AM
Setelah panjang lebar saya menjelaskan, mungkin baru tuan faham yang saya dah berulang-ulang-ulang ...
Setelah panjang lebar saya menjelaskan, mungkin baru tuan faham yang saya dah berulang-ulang-ulang-ulang-ulang-ulang-ulang-ulang-ulang kali tulis manzil itu DOA mohon perlindungan Allah, dan merupakan salah satu cara ISTI'AZAH yang ada dalam Sunnah. Harap tuan JANGAN lagi berhujjah dengan hujjah apa yang orang itu buat, apa yang orang ini buat bila mempertikaikan manzil. Harap berhujjah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

Dan nampaknya tuan faham bahawa Segala ayat Allah terutama ayat pendek seperti muawazatain tu boleh dijadikan syifa' untuk segala jenis penyakit. Dan tuan juga faham bahawa membaca muawazatain tiada kelebihan tersendiri, sebab hanya proses berdoa pada yg maha berkuasa, Allah. Dan Tuan juga faham bahawa untuk mengalahkan syaitan tak perlulah baca manzil atau muawazatain. yg penting doanya pada Allah walau dalam bahasa tamil. Dan tuan juga faham bahawa syaitan tak mampu mengalahkan orang orang yg ikhlas( yg kisah nabi ayub tu, nabi adam, nabi ibrahim, mereka tewas/tertipu juga bukan disebabkan ketidak ikhlasan mereka, tetapi semata mata atas perancangan Allah sebagai ujian pada mereka)

Sememangnya mohon perlindungan ALLAH itu menunjukkan ALLAH YANG MAHA KUASA.

Namun ada perkara yang nampak seperti tuan BELUM faham kerana tuan asyik mengulangi:
untuk mengalahkan syaitan tak perlulah baca manzil atau muawazatain

1. Tak timbul isu nak kalahkan Syaitan atau bunuh Syaitan
2. Tak timbul isu PERLU atau WAJIB baca manzil untuk kalahkan Syaitan

Bila ada gangguan Syaitan, ada perintah ISTI'AZAH. Sedangkan cara isti'azah itu ada beberapa cara dari SUNNAH.

Baca manzil sebagai doa dan isti'azah, untuk MOHON PERLINDUNGAN ALLAH dari gangguan Syaitan. Samada Allah buat keputusan kalahkan, halau, hancurkan, lenyapkan, binasakan Syaitan, itu terpulang pada Allah. Kita hanya MOHON BANTUAN dari Allah.

Setiap yg gila bukan semestinya disebabkan syaitan, boleh jadi sebab pemakanan beracun yg merosakkan saraf otak, aksident dikepala, gila sejak lahir, juga minat yg melampau atas sesuatu. Tetapi gila bagi orang islam yg disebabkan syaitan biasanya hanya gila isim. Gangguan saka, sihir jarang sangat menyebabkan gila. Jadi persoalannya, 'penyakit gila' yg nabi rawat tu gila yg mana? dan gilanya macamana?

Memang ada 2 kemungkinan bila berlaku gila, samada:
1. GILA yang disebabkan oleh gangguan Syaitan
2. GILA yang bukan disebabkan oleh gangguan Syaitan

Gila yang nabi rawat tu GILA yang disebabkan oleh gangguan Syaitan, dimana dibacakan Al-Mu'awwizatain dan ayat-ayat berkaitan dengan ayat syifa.
Saya memang faham yg tuan berulangkali mengatakan Manzil hanya doa, cuma yg saya terus menekan ialah kebergantuangan cara berdoa dengan manzil. Ini menyebabkan hampir semua pengamal manzil amat percaya amalan itu yg membentengi mereka dari gangguan syaitan. Walhal hakikatnya yg terbalik berlaku. Saya sebut umum ye, saya bukan tuju kat tuan, kerana forum ini dibaca umum.

Untuk mengalahkan syaitan, tak perlu manzil, tak perlu muawazatain, cukuplah jika mohon perlindungan Allah direct... dan jika individu tersebut dalam 'golongan orang ikhlas' auto syaitan tak mampu mengalahkan.

Dalam kes sesaorang perawat yg merawat gangguan jin(syaitan), jika kebergantungannya pada manzil, syaitan jugaklah yg membantu secara tak disedari. Sebab jika dia tak baca manzil, dia tak mampu merawat.

Pembacaan surah muawazatain oleh nabi ketika merawat penyakit gila itu bukanlah ukuran sebenar pesakit tu gila disebabkan syaitan, sebab muawazatain juga boleh dijadikan syifa' untuk segala jenis penyakit yg tak berkaitan jin. Tiada satupun surah AlQuran diturunkan untuk menghalau syaitan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 11:26 AM | Show all posts
hantukiller posted on 28-5-2014 11:08 AM
Nampaknya tuan tak faham jugak???

Kan dah berpuluh kali saya katakan, nabi baca manzil untuk RAWAT PENYAKIT GILA yg boleh saja berpunca dari apapun, bukan nabi halau setan guna manzil. Tapi rata rata pengamal manzil buat amalan manzil untuk elak gangguan syaitan, bukan untuk merawat penyakit.

GILA yang dirawat oleh Nabi seperti yang disebut dalam hadith 'manzi'l itu merupakan GILA yang disebabkan oleh gangguan Syaitan. Boleh dibuktikan dengan kesaksian dan penjelasan Ulama.

Dan kalau nak guna kaedah manzil untuk merawat gila yang bukan gangguan Syaitan pun, tiada masalah. Yang penting, MOHON pada Allah, ikhtiar cara yang baik, cara terbaik cara Sunnah untuk rawat/ubati penyakt, jika ada dalam Sunnah.

Nampaknya tuan masih berhujjah dengan rata-rata amalan orang itu ini. HENTIKAN hujjah berdasarkan amalan orang lain. Saya tak berhujjah dari amalan rata-rata. Tak timbul isu wajib manzil untuk halau, kalahkan, bunuh Syaitan. Itu fahaman tuan pasal ZAASTT, jangan samakan perawat lain guna manzil dengan amalan ZAASTT tuan!

Sikit pun tuan tak membuktikan yang GILA tu bukan dari gangguan Syaitan. Tuan hanya guna sangkaan tuan saja.

Last edited by mnm77 on 28-5-2014 11:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:36 AM | Show all posts
hantukiller posted on 28-5-2014 11:24 AM
Saya memang faham yg tuan berulangkali mengatakan Manzil hanya doa, cuma yg saya terus menekan ialah kebergantuangan cara berdoa dengan manzil. Ini menyebabkan hampir semua pengamal manzil amat percaya amalan itu yg membentengi mereka dari gangguan syaitan. Walhal hakikatnya yg terbalik berlaku. Saya sebut umum ye, saya bukan tuju kat tuan, kerana forum ini dibaca umum.

Untuk mengalahkan syaitan, tak perlu manzil, tak perlu muawazatain, cukuplah jika mohon perlindungan Allah direct... dan jika individu tersebut dalam 'golongan orang ikhlas' auto syaitan tak mampu mengalahkan.

Puncanya yang jadi kekeliruan ini:
1. Tuan berhujjah UNTUK KALAHKAN Syaitan, berdasarkan amalan perawat yang rata-rata, timbul isu kebergantungan jadi tak ikhlas
2. Saya berhujjah MEMPERTAHANKAN SUNNAH, tak timbul isu kebergantungan pada bekas, sebab DOA MOHON PADA ALLAH

Memang cara Sunnah MOHON DIRECT PADA ALLAH. Itu yang sukar tuan terima, sebab tuan berhujjah atas amalan perawat yang RATA-RATA, yang bukan berdasarkan Sunnah. Hentikan hujjah berdasarkan amalan rata-rata yang saya tak pertahan pun cara dan niat amalan yang dipertikai tu.

Tak timbul isu tak perlu manzil, tak perlu al-mu'awwizatain, sebab SUNNAH dalam rawatan BUKANNYA DIHUKUM WAJIB. Siapa yang amalkan ikut cara Sunnah yang betul, InsyaAllah ada kejayaan.

Awas! Jika tolak Sunnah, itu petanda ada PENIPUAN SYAITAN.

Last edited by mnm77 on 28-5-2014 11:42 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 11:46 AM | Show all posts
mnm77 posted on 28-5-2014 11:26 AM
GILA yang dirawat oleh Nabi seperti yang disebut dalam hadith 'manzi'l itu merupakan GILA yang dis ...
GILA yang dirawat oleh Nabi seperti yang disebut dalam hadith 'manzi'l itu merupakan GILA yang disebabkan oleh gangguan Syaitan. Boleh dibuktikan dengan kesaksian dan penjelasan Ulama.

Dan kalau nak guna kaedah manzil untuk merawat gila yang bukan gangguan Syaitan pun, tiada masalah. Yang penting, MOHON pada Allah, ikhtiar cara yang baik, cara terbaik cara Sunnah untuk rawat/ubati penyakt, jika ada dalam Sunnah.

Nampaknya tuan masih berhujjah dengan rata-rata amalan orang itu ini. HENTIKAN hujjah berdasarkan amalan orang lain. Saya tak berhujjah dari amalan rata-rata. Tak timbul isu wajib manzil untuk halau, kalahkan, bunuh Syaitan. Itu fahaman tuan pasal ZAASTT, jangan samakan perawat lain guna manzil dengan amalan ZAASTT tuan!

Sikit pun tuan tak membuktikan yang GILA tu bukan dari gangguan Syaitan. Tuan hanya guna sangkaan tuan saja.
kesaksian dan penjelasan ulama????.... boleh le, tapi manzil yg digantung kat leher tu boleh ke?

KENAPA TAK BOLEH BERHUJAH DENGAN RATA RATA AMALAN ORANG ITU INI??? SEDANGKAN ITULAH YG DIMASUKKAN DALAM FIKIRAN MEREKA??? Tuan nak biarkan rata rata manusia terus bergantung pada manzil untuk halang gangguan syaitan??? percaya yg manzil tu power gitu???

Nak buktikan gila tu bukan gangguan syaitan sedangkan rawatan nabi tu pun dah berkurun???? kalau ada nabi depan mata aku la, aku akan terus tanya nabi. Taknye berandaian nabi tu merawat penyakit gila yg disebabkan gangguan syaitan.... andaian ulama' je kan....





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 11:55 AM | Show all posts
mnm77 posted on 28-5-2014 11:36 AM
Puncanya yang jadi kekeliruan ini:
1. Tuan berhujjah UNTUK KALAHKAN Syaitan, berdasarkan amalan p ...

Sekali lagi, aku tak tolak sunnah, tapi tolak sunnah yg diada adakan(amalkan, amalkan, dan amalkan  manzil untuk elak syaitan, sihir etc)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.120481 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list