CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayangidaku

ELLA - Ratu Rock!

 Close [Copy link]
Post time 6-4-2008 01:10 AM | Show all posts
kak ell...tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2008 02:55 AM | Show all posts
tgk vc ptg td...rindu la pulorkkk
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 12:32 PM | Show all posts
from JOMSTAR.COM

Anda sekarang berada di : Eksklusif >> Cover Story


Tarikh Artikel : 10:03:30 06 April 2008
Tarikh Diubahsuai : 03:59:50 07 April 2008


ELLA & JOJIE Pasrah!
Oleh: Hanez Yussof
Foto: Dannial Shah & Reza

Perkara pertama yang terlintas di fikiran kebanyakan orang apabila melihat Ella dan Jojie ialah bilakah pasangan adik beradik bagaikan kembar ini akan mengakhiri zaman gadis mereka. September ini Jojie akan berusia 44 tahun manakala Ella 42 tahun pada Julai ini. Dalam usia sebegitu, kebanyakan mereka telah pun bekeluarga dan ada di antara kawan-kawan Jojie yang telah pun bercucu!

Tipulah andai mereka lebih-lebih lagi Jojie tidak risau akan dirinya yang masih membujang hingga ke saat ini. Namun memetik kata Jojie, ada 3 perkara yang kita tidak akan tahu mengenai diri sendiri. Soal jodoh, rezeki dan juga ajal maut. Justeru, Jojie tetap akur dengan ketentuan Tuhan.

"Saya dah biasa sendiri. Kesibukan menguruskan Ella membataskan saya untuk berfikir tentang diri.
Sunyi memang saya akui. Cuma masa pantas berlalu, diam tak diam saya dah pun memiliki 13 orang anak saudara. Merekalah penglipur lara, hubungan kami amat akrab kerana itu sedikit sebanyak kesunyian tak terasa sangat" ujar anak ke 6 dalam 8 adik beradik ini.

12 TAHUN JOJIE BERTUNANG!
Menyentuh soal cinta, kerap kali kita dihidangkan dengan cerita cinta Jojie dan Ella yang tak kesampaian. Adakalanya bercinta dengan A, kemudian terbabit dengan 'anak ikan' beberapa tahun lalu dan banyak lagi cerita yang menjadikan kisah cinta mereka sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat.

Memiliki wajah yang cantik, sudah semestinya bukan sahaja Ella menjadi tumpuan malah Jojie juga. Namun tak ramai yang tahu kisah tragis cinta Jojie sehinggakan dia bagaikan trauma dan berhati-hati dalam memilih teman hidupnya selama ini.

"Sebenarnya kisah lalu dan pengalaman lampau banyak mengajar saya agar lebih berhati-hati. Samada orang di luar sana tahu atau tidak, saya pernah bertunang selama 12 tahun. Satu tempoh yang ramai sukar percaya dan mungkin orang akan kata saya gila. Namun itulah kenyataannya. Bekas tunang saya tu orang Melayu. Dia jarang ada di Malaysia. Dia sering on off. Kejap di sini, kejap di luar negara. Bila dah jauh macam-macam yang tak betul berlaku. Banyak yang mengguris rasa dan kepercayaan. Bila putus tunang memang sukar untuk berdiri balik sebab tempohnya bukan sehari dua. Mungkin ketika itu saya terlalu setia sebab saya sangka dia pun begitu. Kita manusia hanya merancang. Tuhan yang menentukan semua itu" cerita Jojie.

TAK SEDAR TAHUN BERTUKAR GANTI
Bangkit dari kegagalan pertunangan yang terputus, Jojie meneruskan kehidupan tanpa cinta. Cuba berkawan-kawan tapi jodoh tidak pernah menyinggah. Bak kata Jojie, kerap kali sangat terjebak dengan lelaki-lelaki yang berperangai seakan sama dengan kisah silamnya, membuat dia tawar hati. Adakalanya Jojie mengakui dia malas untuk terus berfikir soal jodoh sehinggakan tanpa sedar masa berlalu dan usia semakin bertambah.

"Saya akui kerana terlalu sibuk dengan urusan bersama Ella, tup tup sedar tak sedar tahun bertukar ganti. Saya anggap semua yang berlaku ada hikmah tersembunyi yang kita sebagai manusia tidak mengetahui apa sebenarnya hikmah tersebut" ujar Jojie

MALAS BERCERITA
Begitu juga dengan si Ratu Rock Ella. Baginya soal kahwin, biarpun sering digembar gemburkan oleh media,dia percaya andai ada jodoh dia akan berkahwin juga.

"Siapa yang tak mahu hidup gembira, bahagia bersama suami dan anak-anak. Tapi nak buat macam mana. Saya tak mahu menjaja perkara yang tak ada. Kalau bercakap lebih nanti, seakan memberi harapan kepada peminat di luar sana. Apa yang nyata, baik saya dan Jojie kami berdua gembira kerana dapat membahagiakan keluarga tercinta lebih-lebih lagi ibu" ujar Ella.

BUKAN PEMILIH
Menurut Ella lagi, mereka bukanlah pemilih seperti dakwaan sesetengah pihak. Bukan sedulang emas yang diharapkan. Juga bukan kalangan VVIP sahaja yang boleh menghampiri. Cuma biarlah lelaki yang datang dengan niat yang baik dan ikhlas.

"Saya bukanlah pemilih sangat. Cuma seperti kata Jojie, pengalaman membuatkan kami berhati-hati. Ada yang datang dengan niat tidak baik. Saya manusia biasa. Masih berharap adanya cinta. Perjalanan takdir ini hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Alhamdulillah kami adik beradik walau pun terlibat dalam bidang seni, mak telah membekalkan kami dengan ilmu agama. Walau tanpa suami, mak masih ada memberi ingatan agar kami tidak mudah leka. Mak memang garang orang nya. Mak selalu berpesan, walau setinggi mana kami beraada solat jangan diabaikan. Hanya kepada Allah tempat kita mengadu. Jadi tak perlulah kita pertikaikan apa-apa" ujar Ella

ELLA SANGAT SABAR
Ella dan Jojie berdarah campuran Arab, Denmark dan Bugis. Tidak hairanlah melihatkan kedua-dua mereka memiliki hidung terletak yang acapkali menjadi impian artis-artis wanita. Ramai artis yang sanggup 'membaikpulih' wajah mereka terutama hidung dan dagu hanya kerana ingin cantik jelita. Padahal kurniaan Allah sejuta kali lebih berharga dan patut disyukuri mereka.

Berbeza dengan pasangan adik beradik ini, mereka tidak perlu mengamalkan suntikan botox atau pelbagai alternatif lain yang menjurus kepada pengubahan struktur wajah. Meskipun sudah mencecah usia awal 40-an, wajah Ella dan Jojie masih
cantik dan menarik.

"Pengambilan vitamin C dan E amat penting untuk wajah dan kulit terutama bagi kami berdua. Senaman juga perlu dilakukan Ella juga selalu berenang bagi menjaga bentuk badan dan kesihatan yang baik" ujar Ella.

Menurut Jojie, Ella sangat penyabar orangnya. Malah susah untuk melihat Ella melenting dan marah-marah. Mungkin itulah yang membuatkan Ella tampak lebih muda dari usia sebenarnya. Lagi satu menurut Jojie,mereka berdua memang selalu mengamalkan senaman di rumah.

"Susah untuk saya melihat Ella marah-marah. Dia langsung tak pandai melenting. Kata orang, kalau suka marah-marah muka kita akan cepat dimamah usia. Mungkin itulah satu kelebihan Ella yang saya perlu akui. Dalam usia sebaginin saya dan Ella melebihkan senaman dan berenang untuk kecergasan dan kesihatan tubuh badan" kata Jojie lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 12:34 PM | Show all posts


bila la jomstar nk upload nihhhh

[ Last edited by  bayieng at 7-4-2008 12:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 12:39 PM | Show all posts
from JOMSTAR.COM

Anda sekarang berada di : Funksion >> Event


Tarikh Artikel : 12:29:32 06 April 2008
Tarikh Diubahsuai : 11:20:22 06 April 2008


Ella & Man Kidal Tarikan 'Showcase' Putih


Oleh: Hanez Yussof
Foto: Reza & Dannial Shah
Terima Kasih: Zulkifly - Dase Records Inc

Pelancaran album Putih -Shah & Man Kidal berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bharu semalam. Majlis anjuran Dase Records Inc ini sebenarnya lebih menjurus kepada persembahan artis-artis yang bekerjasama dalam album Putih-Shah & Man Kidal.

Antara artis di bawah label Dase Records Inc ialah Shah,Gina dan Jannah. Album Putih ini selain meperkenalkan Shah dan Gina turut memuatkan dua orang penyanyi yang memiliki nama besar seperti Ella dan Ruth Sahayana. Manakala Jannah pula merupakan penyanyi untuk album Kuning yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Acara yang bermula lebih kurang pukul 3 petang itu dimulakan dengan persembahan Shah dengan lagu Ku Tak Kecewa. Gina kemudiannya mengambil alih pentas dengan mendendangkan lagu Teruja yang sepatutnya dinyanyikan oleh Ruth Sahayana.

Ruth Sahayana tidak dapat hadir pada majlis showcase album Putih ini di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Gina adalah artis keluaran Dase yang selain muncul dalam album Putih, turut muncul dalam album berkonsepkan jazz yang diberi nama Biru.

Shah muncul lagi dengan lagu Mungkiri Janji hasil gubahan sepenuhnya oleh Dato' Syed Elias Syed Ahmad, Penerbit Eksekutif album Putih.

Sebanyak 13 buah lagu dipersembahkan termasuk lagu yang sedang mendapat tempat di hati para pendengar iaitu 'Ku Merindu' dendangan Ella dan Shah.



Apa yang menariknya, Dase Records Inc mengambil pendekatan menggunakan warna untuk tajuk setiap album di bawah naungan mereka. Mereka telah pun menghasilkan album Putih, Biru dan Kuning. Pemuzik-pemuzik yang berpengalaman dengan kemudahan instrumen muzik terkini sememangnya diakui amat penting dalam setiap persembahan. Dase Records Inc bertuah kerana memilki keupayaan dalam penyediaan mereka yang berpengalaman bermain muzik dan instrumen yang mencapai tahap standard yang diperlukan.

Dua orang penyampai radio Suria FM, Tuah Zulkarnain dan DJ Lin diberi tanggungjawab untuk mengacarakan majlis. Gelagat mereka mengacarakan majlis di samping mengendalikan beberapa 'game' mendapat sambutan penonton yang hadir membanjiri Plaza Angsana.

Tidak dapat dinafikan tarikan utama untuk showcase ini adalah penampilan khas Ella dan Man Kidal. Petikan gitar Man Kidal sentiasa dinantikan para peminatnya begitu juga kemanjaan Ratu Rock Malaysia, Ella sentiasa ditunggu-tunggu peminat.

Tiga orang peminat lelaki dan perempuan ditawarkan untuk naik ke atas pentas untuk merebut RM100 bagi acara solekan dan karaoke untuk lagu Ku Merindu. Pemberian t-shirt percuma juga membuatkan peminat-peminat berebut-rebut untuk mendapatkan barangan tersebut. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ella.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 01:34 PM | Show all posts
taken from MYSPACE ELLA





[ Last edited by  bayieng at 9-4-2008 01:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2008 03:16 PM | Show all posts

Reply #246 bayieng's post

gigihnya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 03:20 PM | Show all posts
Originally posted by gto_girlz83 at 9-4-2008 03:16 PM
gigihnya..


musti la...DEMI ELLA la katakan
xde org nk tgk pon..aku tetap nk tepek gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2008 08:36 AM | Show all posts
Ku Merindu no 4 di Carta ERA 20 April 2008... turun 1 anak tangga..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 11:36 PM | Show all posts
rakaman Jangan Tidur Lagi





The show was pre-recorded yesterday afternoon at NTV7 Studios and will be aired on TV3 in the first week of June. Date to be confirmed.

kredit to mrmanager.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 10:48 AM | Show all posts
kak ell..

jgn sedey2 okeh. semoga abg izam sembuh semula dr stroke yg dialaminya.
hopefully u and ur family sabar dgn ujian Allah ini.

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 11:45 AM | Show all posts
windunyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 04:42 PM | Show all posts
knape tak penah kenal bayieng dulu eh... dulu dari thn 92- 97.. segala kunset Ella ku ikut...  tapi  benti  ikut  bila  diriku dah sambung blajor.. huhuhu.. skang ni banyak beno mende lain yg ku minat..

ape2 pun kak El ni memang  penah  ku minat  dulu la. Sore dia best.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2008 08:59 AM | Show all posts
30/5/08- konsert supergig guamuzik- ella duet ngan faizal tahir

31/5/08-show kat melaka

1/06/08-jom heboh
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2008 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by bayieng at 21-5-2008 10:48 AM
kak ell..

jgn sedey2 okeh. semoga abg izam sembuh semula dr stroke yg dialaminya.
hopefully u and ur family sabar dgn ujian Allah ini.



alhamdulillah dh selamat operate
sian kak ell bayieng ni  masa praktis gundah gulana je dia..
nk cancel show tak boleh
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2008 09:04 AM | Show all posts
jgn lupa tgk C.A.M - Cerita Artis Malaysia
ella baru habis shooting tuk program tu

awal jun pulak siaran Jgn Tidur Lagi

[ Last edited by  juara at 1-6-2008 01:09 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2008 06:41 PM | Show all posts
Originally posted by sinchann at 30-5-2008 04:42 PM
knape tak penah kenal bayieng dulu eh... dulu dari thn 92- 97.. segala kunset Ella ku ikut...  tapi  benti  ikut  bila  diriku dah sambung blajor.. huhuhu.. skang ni banyak beno mende lain yg ku  ...


ye ek?

ala kak sinchann kite ade kt kl pon masa tawon 96..baru la boleh follow show dia.
sblm2 tu..budak skolah lagik..mak tak bagi tgk konsert rock

jom arrr...gi tgk show kak ell bebila sesama
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2008 06:41 PM | Show all posts
Originally posted by juara at 31-5-2008 08:59 AM
30/5/08- konsert supergig guamuzik- ella duet ngan faizal tahir

31/5/08-show kat melaka

1/06/08-jom heboh


hr ni kat melaka
kalo kete dah ade..mmg ku pecut ke melaka
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2008 06:46 PM | Show all posts
Originally posted by juara at 31-5-2008 09:02 AM


alhamdulillah dh selamat operate
sian kak ell bayieng ni  masa praktis gundah gulana je dia..
nk cancel show tak boleh


a'ah operate 29hb tu kan. bc kat maispes abg izam masih lemah lg lps operate.

sian kak ell..i know how close their family..i can see that.
kalo aku pon mesti gundah gulana memikiorkan satu2 nya abg yg masih hidup kena heart attack.
huhuhuhuhuhu harap2 sume ok la

pssstt juara..do i know u?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2008 06:47 PM | Show all posts
Originally posted by juara at 31-5-2008 09:04 AM
jgn lupa tgk C.A.M - Cerita Artis Malaysia
ella bau habis shooting tuk program tu

awal jun pulak siaran Jgn Tidur Lagi


wahhhh tak sabo nye nk tgu C.A.M. tu
tak sabo nk kenal kak ell dgn lebih dekat..nk tau sejarah perjalanan seni dia ngan lebih tepat

windunya kak ell
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 17 Replies : 1
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189244 Replies : 4308
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 590 Replies : 2
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6238 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29525 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9304 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3813 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.159632 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list