CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Angkasawan Negara Diiktiraf Sebagai Cosmonauts -

 Close [Copy link]
nat_ee This user has been deleted
Post time 4-9-2006 12:44 PM | Show all posts

Reply #20 Syd's post

Eh... which Faiz is chosen?
The dentist or the pilot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2006 12:46 PM | Show all posts
bernama dgn mstar taruk nama orang yang sama

tapi satu artikel tadi aku baca kat mana ek

taruk nama orang lain plak
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 12:49 PM | Show all posts
Originally posted by rambutan at 4-9-2006 11:59 AM
bakal2 datok.....

aku pong fikir benda yg sama.. tengok la balik nanti, gelaran datok dah menanti... :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 01:07 PM | Show all posts
aku x jangka ppuan akn dpt utk 1st time ni wpun dia layak. mmg malu la kaum laki kalo ppuan tu layak...so aku rasa next time...mnkin kita boleh bagi chance kat ppuan tu.

it just a matter of 'hal org lelaki'...hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 01:21 PM | Show all posts
Dr Sheikh Muszaphar Shukor

GAY YANG PERTAMA KE ANGKASA LEPAS!!!

Tahniah Malaysia, sebuah negara Islam Hadhari yg melahirkan angkasawan gay pertama di dunia!!!

Banggalah jasa gay ini!!!  

Majulah GAY untuk Negara!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 01:24 PM | Show all posts
Pegi outer space sekarang dah masuk tourism industry, no longer high tech rocket science only.  Millionaire Tito, budak N'sync tu ke BSB, malah sesapa yang ada duit boleh melancong ke outer space.  2 angkasawan kita ni kira macam menang peraduan melancong je.  Part of the sukhoi jet purchase package.  Malaysia memang suka sangat hal2 macam ni.. pelik betul.. contohnya apa faedahnya drop proton wira kat north pole?.  Tempat lain, mende2 ni individu yang buat tapi kat Malaysia, kerajaan yang buat (pakai duit rakyat la).. Tito spent US$20 million for his outer space trip.  Jangat ingat Rusia bagi kasi trip ni free, semua dah masuk dalam harga package sukhoi tu, busuk2 pun costs us more than US$20 mill, translates to ~RM70 mil.. kalau ikut cost-benefit.. program angkasawan negara ni tak kemananya.. yang kita punya cuma 2 angkasawan tu.. lain2 --> teknologi, rocket, peralatan bla2 semua Russia punya.  Aku tau benefit tu memangla ada tapi secara kena tengok secara keseluruhannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2006 01:31 PM | Show all posts
... jd sapa2 pon bleh jd angkasawan, takyah pilot, dokter, etc etc.... janji ada duit

tito tuh tak silap aku dah tua pon... tp kita nak pergi kena test dgn askar bagai untuk ketahanan serba serbi... tp bila pergi karang duduk seat blakang pastu amik gambar jer... semua ini hanyalah pendapat aku jer.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 01:42 PM | Show all posts

Reply #26 rikiruj's post

Setuju bangetttt!!!


Dapat nama aje la......pemindahan teknologi????......no way...

BUkannya kita hantar engineer kita utk jadi staff kat sana...

BUkannya kita beli kapal angkasa ..pastu bawak balik dan buat reverse engineering...

Pemikiran kononnya kita akan dapat mempelopori bidang aeronautical dengan mengahantar (dengan duit rakyat) seorang angkasawan pada aku adalah pendekatan yg amat salah.

Terlalu banyak bahagian lain dalam bidang aero angkasa dan kejuteraan yg perlu ditekan kan terlebih dahulu......sedangkan astronaut adalah suatu komponen kecil yang boleh dicari pada bila2 masa....tak perlu hantar sekarang pun tak apa.

Tapi yang lebih penting adalah mencari jalan melancarkan dulu satelit sendiri....mencipta roket sendiri.....lepas semua tu berjaya barulah angkasawan tu boleh dihantar dan kita boleh berbangga dengan pencapaian negara.

Dengan menghantar angkasawan dulu......hanyalah suatu pendekatan berfikiran sempit penggubal dasar negara yg hanya mahukan nama yg grandious tanpa substance.

Just my frank opinion.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2006 01:54 PM | Show all posts
Dua Pegawai Perubatan Dipilih Sebagai Angkasawan Negara Ke Rusia


SEPANG, 4 Sept (Bernama) -- Pakar bedah ortopedik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pakar pergigian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kapten Dr Faiz Khaleed dipilih sebagai calon angkasawan negara bagi menjalani latihan di Rusia selama 12 bulan.

Pemilihan mereka diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini Isnin.

Dr Sheikh Muszaphar,34, yang masih bujang, berkelulusan MBBS dan mempunyai sarjana dalam bidang Surgeri Ortopedik, sementara Faiz Khaleed, 26, pula memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang Surgeri Pergigian telah dipilih oleh jawatankuasa yang dipengerusikan bekas ketua polis negara Tun Mohammed Hanif Omar.

Mereka terpilih daripada lebih 10,000 rakyat Malaysia yang memohon untuk menjadi calon angkasawan pertama negara yang dibuka permohonannya pada 13 Okt 2003.

Kedua-dua mereka akan berlepas ke Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City akhir bulan ini untuk menjalani latihan sebelum seorang daripada mereka dipilih untuk mewakili negara ke angkasa lepas.

Angkasawan pertama negara dijadualkan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2 Sept tahun depan bagi menjalankan program penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk penyelidikan tentang kanser dan bioteknologi.

Calon yang berjaya itu akan berlepas dengan pesawat pelancar Soyuz 2 Rusia yang seterusnya akan bertemu dan bercantum dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Di situ, angkasawan negara akan berada selama enam hingga lapan hari dengan melaksanakan aktiviti penyelidikan untuk manfaat sains, teknologi dan industri Malaysia, sebelum pulang ke bumi.

Latihan profesional yang akan mereka jalani di Rusia ini akan melayakkan mereka menjadi angkasawan profesional dan membolehkan mereka menyertai program yang dianjurkan Amerika Syarikat atau negara Eropah yang lain.

Sebelum ini, pada 27 April lepas mereka bersama dua lagi calon yang berjaya ke peringkat akhir pemilihan angkasawan negara -- juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) Mohamed Faiz Kamaluddin, 34, dan jurutera yang juga calon wanita tunggal, S.Vanajah, 35, telah berlepas ke Moscow, Rusia untuk menjalani ujian di Agensi Angkasa Rusia (RSA).

Mereka telah menjalani ujian yang meliputi tiga aspek iaitu fizikal, fisiologi dan psikologi selama tiga minggu.

Program angkasawan negara ini adalah timbal balas kerajaan Rusia-Malaysia yang membabitkan pembelian 18 jet pejuang jenis Sukhoi SU-30MKM, di mana kerajaan Rusia menawarkan tempat untuk seorang angkasawan Malaysia menyertai ekspedisi angkasawan Rusia ke ISS.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by dwbh163 at 4-9-2006 12:24 PM


Setelah menjalani latihan 18 bulan nanti, salah seorg drpd mrk akan dikecewakan sbb hanya SEORANG saje yg akan jd angkasawan. Knp tidak pilih calon skrg jugak supaya elak menghampakan impian se ...


bunyi macam rancangan realiti TV
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 02:02 PM | Show all posts
Originally posted by Cakkkk....aaaa at 4-9-2006 01:42 PM
Setuju bangetttt!!!


Dapat nama aje la......pemindahan teknologi????......no way...

BUkannya kita hantar engineer kita utk jadi staff kat sana...

BUkannya kita beli kapal angkasa ..pastu  ...



contoh pendekatan seperti China dan Iran....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 02:07 PM | Show all posts

Reply #31 HangPC2's post

Absolutely correct!!

Tang angkasawan tu anytime kita leh recruit...

Tapi tang teknologi tu yg payah...


Setakat dapat nama aje laaa.......tapi habuk pun tarak..!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 02:13 PM | Show all posts
Program angkasawan ni memang reality show pun.. prize dia dapat melancung ke angkasa.

Betul kata ko cakk.. hantar angkasawan tu the last thing yang kita patut consider, macam icing on the cake.. kita patut hantar engineer la kaji aerospace technology Rusia.  Angkasawan tu balik nanti nak buat apa? sambung jadi doktor balik la gamaknya.. balik bole cerita kat patients dia pasal experience dia kat angkasa.. macam la boleh sihatkan orang..

Kalau nak hantar sangat pun. make the best out of it la, ini hantar doktor, takde kena mengena langsung.. at least kalau hantar scientist kaji gravity ke, astronomer, ada la jugak sekelumit faedahnya.. makin-lama makin memalukan la Malaysia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 02:21 PM | Show all posts
Originally posted by Cakkkk....aaaa at 4-9-2006 02:07 PM
Absolutely correct!!

Tang angkasawan tu anytime kita leh recruit...

Tapi tang teknologi tu yg payah...


Setakat dapat nama aje laaa.......tapi habuk pun tarak..!!!


program angkasa china mengambil masa yang agak lama sebelum tuh China mempelajari teknologi Aeronatik (membuat kapal terbang) sebelum mempelajari teknologi Aeropsace dari Russia
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 02:37 PM | Show all posts
aku kagum dgn projek angkasa India...tgk le gambar2 ni



cara rocket ditransport ke launch pad dlm tahun 60an


launch pad tahun 60an


sekarang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
Post time 4-9-2006 02:43 PM | Show all posts
soalan saya ialah:
mungkinkah dua angkasawan ini saling berhomoseksualan dikapal angkasa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2006 02:43 PM | Show all posts
ambik masa lama jugak lah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by Mr.Forensics at 4-9-2006 02:43 PM
soalan saya ialah:
mungkinkah dua angkasawan ini saling berhomoseksualan dikapal angkasa?



:puke::lol
Reply

Use magic Report

nat_ee This user has been deleted
Post time 4-9-2006 02:45 PM | Show all posts

Reply #36 Mr.Forensics's post

kalau dah ada niat nak 'saling berhomoseksualan', di mana sahaja boleh :lol
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 02:48 PM | Show all posts

Reply #39 nat_ee's post

aaa.aaa....dalam forum CARI pun boleh........:lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.066942 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list