CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: siraplengkong

Langkasuka / Queen of Langkasuka

[Copy link]
Post time 30-1-2008 12:25 AM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 29-1-2008 09:40 PM
Bukan setakat Langkasuka, Srivijaya pun mahu di"claim" oleh mereka...

Baru-baru ini mereka mendakwa bahawa Srivijaya berpusat di Chaiya. Mereka tunjukkan pelbagai jenis bukti..

Walau bagaim ...




Orang Thai Moden sekrang berasal dari Suku Mon-Tai dekat Sejarahwan Laos sekarang nih tengah kecoh pasal Bangsa Thai nih....

[ Last edited by  HangPC2 at 30-1-2008 12:27 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2008 03:30 AM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 30-1-2008 12:10 AM
posting tahun 2005. Last time ko edit that wiki bila? Aku takot site ni pon refer pada wiki ko


Eh tak der la... Aku edit  06:58, 24 June 2007 .... Baru je tahun lepas...

Inilah ayat asal yang aku edit:-
"Chaiya is one of the oldest cities of Thailand. The name derives from its original Malay name "Cahaya" (means 'light', 'gleam', or 'glow')."

Tapi beberapa hari kemudian, ada pula orang Siam ni pi edit jadi camnih:-
"Chaiya is one of the oldest cities of Thailand. The name might be derived from its original Malay name "Cahaya" (means 'light', 'gleam', or 'glow'). However some scholars identify Chai-ya came from Sri-vi-ja-ya."

Kalau ikut sumber lain yang aku baca dulu, nama Chaiya tu asalnya ialah 'Cahaya' - sebuah kerajaan / wilayah Melayu...... Entah ler..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 04:49 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 30-1-2008 12:25 AM
Orang Thai Moden sekrang berasal dari Suku Mon-Tai dekat Sejarahwan Laos sekarang nih tengah kecoh pasal Bangsa Thai nih....


Majoriti penduduk Thailand sekarang ialah orang Tai (atau Siam), tergolong dalam kumpulan etnik Tai-Kadai. Saudara terdekat mereka ialah orang Lao di Laos (juga tergolong dalam kumpulan etnik Tai-Kadai). Etnik Tai-Kadai ni berasal dari selatan China dan bahasa mereka juga dikenali sebagai Tai-Kadai (kumpulan tonal languages)

Orang Mon pernah menguasai Myanmar dan Thailand suatu ketika dahulu, tapi kini digantikan oleh kaum Bamar (Burma) dan Tai (Siam). Orang Mon serumpun dengan orang Khmer, dipanggil orang Mon-Khmer. Bahasa mereka juga dikenali sebagai Mon-Khmer (bukan kumpulan tonal languages).

Orang Mon-Khmer juga bersaudara dengan orang Melayu-Polinesia (kedua-duanya berasal dari Dataran Yunnan di China). Bahasa Mon-Khmer dan bahasa Melayu-Polinesia juga bukan tergolong dalam kumpulan tonal languages.

Dalam erti kata lain, orang Mon dan Tai bukan serumpun. Tak ada istilah "suku Mon-Tai" pun sebenarnya...

Apa yang aku pelik sekarang ialah macam mana orang Tai di Thailand boleh jadi orang Siam? sedangkan kalau kita tanya mereka apa erti 'Siam' tu, mereka tak tau pun.... Aku rasa memang ada fakta sejarah yang cuba disembunyikan oleh Thailand la...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 30-1-2008 05:01 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 09:38 AM | Show all posts
yg aku tau..kat area jb ni...ada jalan langkasuka...
dulu pernahtertanya2 apa langkasuka ni..bila baca sejarah...o..begini kisahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 11:30 AM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 30-1-2008 04:49 AM


Majoriti penduduk Thailand sekarang ialah orang Tai (atau Siam), tergolong dalam kumpulan etnik Tai-Kadai. Saudara terdekat mereka ialah orang Lao di Laos (juga tergolong dalam kumpulan etnik ...



terima kasih ijad tentang pembetulan '' Mon - Tai ''..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 01:56 PM | Show all posts

Reply #55 rempo's post

ya betul tu. apa salah jika Putrajaya diberi Nama Putra Langkasuka ker sedap juga dengar.Lagipun Tunku Abdul Rahman Putra pun berasal dari tanah wilayah Langkasuka juga.Asyik Jaya jer. Petaling Jaya,Seberang Jaya,Beris Jaya.Yang dah lingkup cuma Hankyu Jaya yang supermarket tu. .Sekarang ini wujud sedikit salah faham tentang sejarah.Baru-baru ini ada seorang pengacara TV1 dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang menyatakan bahawa Kedah berasal dari wilayah Siam.Yang mamat Bendul yang jadi tetamu pula hanya mengangguk mengiakan cakap pengacara itu sedangkan beliau menjadi wakil untuk menerangkan Promosi Tahun Melawat Kedah.Kedah bukan berasal dari wilayah Siam.Siam yang datang menjajah dan merampas sebahagian wilayah Kedah.Setoi,Tarutau,Adang dicuri begitu saja.Kepada Kerajaan Negeri Kedah jangan serahkan tugas jurucakap untuk Promosi Tahun Melawat Kedah kepada Si Bendul yang buta sejarah.Seronok lah puak Siam bila ada orang Kedah mengaku Kedah berasal dari Siam.Dendam Kedah terhadap Thailand masih membara.Ikutkan hati mahu saja orang-orang Kedah menyalur bantuan senjata kepada Tentera Pembebasan Pattani.Orang-orang Kedah kena baca Hikayat Terung Pipit Terung Belanda.Jika temui hikayat ini sila baca.Jika anda orang Melayu Kedah pasti semangat bencikan Thai akan memuncak dan membara.Hikayat itu tentang cerita peperangan Kedah dengan Thailand.Biar melayu kenal dengan Meriam Gegak Gempita,Badak Berendam dan Katak Puru yang banyak jasanya membedil tentera Siam dari Kota Kuala Bahang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2008 07:24 PM | Show all posts
Ada tak org etnik Tai (Siam) yg beragama Islam? Atau mereka 100% Buddha Theravadha?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 07:34 PM | Show all posts
Anyway, just telling you people - sentimen anti-Thai aku agak membuak2 lately. Tambahan kalo ikut sejarah mmg nenek moyang aku asal dari belah sana (PROBABLY Setul). Maybe ada yg kena bunuh ngan askar Siam, manalah tau :eek:

HIDUP MELAYU!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2008 09:35 PM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 29-1-2008 11:50 AM


Siam memang dah dasar diorang  macam tu.Semasa perang musuh bisik 1821 diantara Siam dengan Kedah ,tentera Siam telah bertindak memusnahkan kitab-kitab sejarah Kerajaan Melayu termasuklah Hikayat Merung Mahawangsa.Kenyataan dalam kitab-kitab itu tentang Langkasuka adalah Kerajaan Melayu dan berpusat di Kedah dan Pattani tidak dapat diterima oleh mereka.Begitu juga dengan kenyataan bahawa pemerintah asal Siam berketurunan dari raja Kedah menyebabkan kitab hikayat Merung Mahawangsa cuba dihapuskan mereka semasa mereka berjaya menawan Kedah 1821.
     Mengenai Sgenting  kera pula ia bukan berasal dari tempat yang banyak Kera tetapi kerana sempit atau gentingnya kawasan itu yang dibaratkan Sekankang kera.Dari perkataan inilah wujudnya nama Sgenting Kera.Memang diantara barat dan timur kawasan Sgenting Kera itu hanya beberapa puluh KM sahaja.Dulu ada cadangan untuk dibuat sebuah terusan besar dikawasan itu oleh kerajaan Thai untuk menghubungkan sebelah Lautan Hindi dengan Laut China selatan.



Perangai Siam memang macam tu.. apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu sebulehnya nak dihapuskan..

bab segenting kra tu memang genting sangat.. jarak dari barat ke timur cuma 9 km aja yang terletak di Wilayah Ranong tu.. Jika dibina terusan macam Terusan Suez tu memang akan bungkus lah pelabuhan Malaysia, Indonesia dan Singapore khususnya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 09:56 PM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 29-1-2008 09:40 PM
Bukan setakat Langkasuka, Srivijaya pun mahu di"claim" oleh mereka...

Baru-baru ini mereka mendakwa bahawa Srivijaya berpusat di Chaiya. Mereka tunjukkan pelbagai jenis bukti..

Walau bagaim ...


Betul.. rasa macam nak muntah bila Siam cakap suma kerajaan tu berada di Siam aja.. Baik Srivijaya mahupon Langkasuka.. Tapi sampai sekarang ni Langkasuka tu tak tahu berpusat di mana.. Tapi aku rasa berpusat di Kedah, Pattani atauponnn di Nakhon Si Thammarat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 10:02 PM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 29-1-2008 10:20 PM

Memang pun! Aku tahu nama asal Chaiya tu ialah 'Cahaya' dalam BM tapi Thailand cuba nak selewengkan fakta dengan mengatakan nama Chaiya tu berasal dari nama 'Srivijaya'... (Chaiya --> Jaya)...

Pembohong betul..!!

Nak tanya skit, sumber mana yang mengatakan Chaiya tu adalah sebuah negeri / kota Melayu yang digelar 'Cahaya'??? Aku dah lupa dari mana sumbernya...


Itu lah.. Siam ni sebuleh bulehnya nak pengaruh Siam jugak dalam nama sesuatu tempat tu.. Chaiya tu kerajaan Melayu ke ??? Malang lah org melayu kalo betul..

Chaiya sekarang ni hanya menjadi sebuah amper (daerah) sahaja kerana sudah dimerged dalam wilayah Surat Thani tetapi Chaiya memang terkenal dengan telur masin.. Buleh dikatakan setiap rumah di Chaiya mempunyai telur masin.. Di Chaiya memang ramai org Islam berbanding daerah sebelahnya seperti Ban Song..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 12:46 AM | Show all posts
Sampai sekarang nih... orang kat Utara Mengelarkan Orang Thai nih '' Siam Perut Hijau '' aku nak tahu asal usul gelaran nih...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by *Orseas_Urusha at 30-1-2008 07:24 PM  
Ada tak org etnik Tai (Siam) yg beragama Islam?


Islam is most popular in southern Thailand, near the border with Malaysia, where the vast majority of the country's Muslims, predominantly Malay in origin, are found. The remaining Muslims are Pakistani immigrants in the urban centers, ethnic Thai in the rural areas of the Center and South (varying from entire Muslim communities to mixed settlements), and a few Chinese Muslims in the far north.

Although the majority of the country's Muslims were ethnically Malay, the Muslim community also included the Thai Muslims, who were either hereditary Muslims, Muslims by intermarriage, or recent converts.

Sumber:- http://en.wikipedia.org/wiki/Islam_in_Thailand

Originally posted by *Orseas_Urusha at 30-1-2008 07:34 PM  
Anyway, just telling you people - sentimen anti-Thai aku agak membuak2 lately. Tambahan kalo ikut sejarah mmg nenek moyang aku asal dari belah sana (PROBABLY Setul). Maybe ada yg kena bunuh ngan askar Siam, manalah tau  


Ayah aku kata arwah moyang perempuan aku (yang aku panggil Tok Nek) tu berasal dari Jala (bukan Yala). Bila Kesultanan Patani diserang tentera Siam, ramai penduduk negeri Patani yang telah melarikan diri ke Tanah Melayu. Tok Nek aku ni la salah seorangnya.

Akibat terlalu takut diburu tentera Siam, maka Tok Nek aku dengan penduduk Patani yang lainnya berhijrah berama-ramai ke Balik Pulau, Pulau Pinang. Semua perkampungan Melayu di Balik Pulau adalah dibina oleh orang Melayu Patani. Malah ada sebuah kampung di sana dipanggil Kampung Yala. Tok Nek aku tinggal di Kampung Titi Teras. Kemudian beranak-pinak sampailah lahirnya aku, salah seorang keturunannya...

Kalau ikutkan, aku memang ada saudara-mara di Yala tapi hanya orang-orang tua saja yang kenal siapa mereka. Sebab itulah aku sedih dengan nasib yang menimpa ke atas orang-orang Melayu Patani
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 10:43 AM | Show all posts
Siam perut hijau adalah gelaran kepada segolongan Masyarakat Siam yang makan apa saja.Pepatah mereka ialah selagi belakang boleh mengadap langit binatang itu boleh dimakan.Golongan ini pernah menyertai askar Siam ketika berperang dengan Kedah dan ada cerita dari orang tua-tua bahawa mereka turut memakan askar Kedah yang ditawan.Wallahhu a'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 10:46 AM | Show all posts
Siam perut hijau adalah gelaran kepada segolongan Masyarakat Siam yang makan apa saja.Pepatah mereka ialah selagi belakang boleh mengadap langit binatang itu boleh dimakan.Golongan ini pernah menyertai askar Siam ketika berperang dengan Kedah dan ada cerita dari orang tua-tua bahawa mereka turut memakan askar Kedah yang ditawan.Wallahhu a'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by *Orseas_Urusha at 30-1-2008 07:24 PM
Ada tak org etnik Tai (Siam) yg beragama Islam? Atau mereka 100% Buddha Theravadha?


Ya ada ethnik Thai yang Muslim.Contohnya Jeneral Shonti namun beliau bermazhab Syiah.Etnik Thai muslim bermazhab Syafie boleh didapati di bahagian utara Songkla.Pada mulanya saya menyangka mereka ini Etnik Melayu tetapi hilang jati kemelayuannya namun apabila mereka sendiri menafikannya barulah saya tahu mereka ini etnik Thai Muslim.Selalu juga saya bertanyakan rakan-rakan dari Setoi,Pattani,Singora dan Yala bagaimana pendapat mereka jika mereka dapat meyertai Malaysia.Kebanyakannya tersenyum dan berkata kalaulah dapat tentulah best.Kami pun orang jawi jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2008 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 31-1-2008 10:43 AM
Siam perut hijau adalah gelaran kepada segolongan Masyarakat Siam yang makan apa saja.Pepatah mereka ialah selagi belakang boleh mengadap langit binatang itu boleh dimakan.Golongan ini pernah men ...



ooo Siam Perut Hijau nih macam Orang Vietnam lah makan apa sahaja sampai tahap kanibal >
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 12:19 PM | Show all posts
Oh. Maknanya ada jugak etnik Thai yg Islam.

Err, nak tanya - korang ke yg type ni semua?

The name Satun is a Thai corruption of its original Malay name, Setul (mangosteen tree).


http://en.wikipedia.org/wiki/Satun_Province
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 12:56 PM | Show all posts
Orang Thai Muslim dari Darah Kacukan Parsi betul ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 31-1-2008 10:46 AM
selagi belakang boleh mengadap langit binatang itu boleh dimakan.


Makan benda kotor, otak pun kotor, perangai pun buruk. How fitting.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.100026 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list