CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayangidaku

ELLA - Ratu Rock!

 Close [Copy link]
Post time 4-9-2006 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by zamj at 4-9-2006 05:58 PM



aku bukan nak sokong ella atau apa..tapi biarla aku bercakap...bagi aku ella sudah beri yang terbaik..harus di ingat pada malam konsert malindo tu..ada 2 buah negara dan ada 3 dari indon dan  ...


patut sepak je org mesia yg tatau nk hargai artis sendirik!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2006 07:58 PM | Show all posts
Originally posted by zamj at 4-9-2006 05:58 PM



aku bukan nak sokong ella atau apa..tapi biarla aku bercakap...bagi aku ella sudah beri yang terbaik..harus di ingat pada malam konsert malindo tu..ada 2 buah negara dan ada 3 dari indon dan  ...

tergedik tang mana ella malam tadi..mana lebih tergedik ella atau kumpulan ratu yg buat aksi lucah kat atas pentas??????  tolonglah rakyat malaysia..kenapa harus menyepak seorang artis bernama ella....

[align=justify]Apa aksi lucah yg RATU dah buat??






Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 11:37 PM | Show all posts

Reply #35 freekey's post

mesti masa nyanyi lagu ttm.. ah ah ah
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 12:31 AM | Show all posts
Originally posted by ReksakseHuduh23 at 4-9-2006 11:37 PM
mesti masa nyanyi lagu ttm.. ah ah ah

[align=justify]ehehehe.. takkanlah kot.. dgn siapa diorang nak buat aksi tu?? penari2 lelaki ke??

btw..

Aku asyik terbaca tajuk topik meROCK ni macam meROKOK..






Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 01:59 AM | Show all posts
Originally posted by zamj at 4-9-2006 05:58 PM



aku bukan nak sokong ella atau apa..tapi biarla aku bercakap...bagi aku ella sudah beri yang terbaik..harus di ingat pada malam konsert malindo tu..ada 2 buah negara dan ada 3 dari indon dan  ...


Saudara !!
Siapa kata aku tak patriotik?

Aku tak kata ella tak sedap , aku tak kata ella tak best .. ada ke dalam komen aku tu kata ella tak sedap???

Bagi aku ella memang gedik malam tu .. itu saja ..so what???
Reply

Use magic Report

alizami This user has been deleted
Post time 5-9-2006 09:24 AM | Show all posts
ok..ko patriotik..selesai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2006 10:24 AM | Show all posts

ella_ thumbs UP

dia memang best. keje kuat untuk show malinda & sureheboh. lepas abis nyanyi dengan dewa dia terus turun stage amik beg balik!!! tak ada masa nak merewang gedik dengan mana mana artis. esok bangun gie keje lagi untuk sureheboh... yang pasti heboh dengan persembahan hebat dia. organizer pun kata ella berbaloi dari bawak budak2 indon tu tapi  ........ kita tunggukan ajer, jika ella ada rezeki, tahun nie dia buat konsert gak, kita hanya merancang dan yang menentukan adalah Yang Maha Berkuasa lagi Agung.... dari  a.k.u
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by ReksakseHuduh23 at 4-9-2006 03:49 PM
aihh.. cite je la..walopon aku minat ella..aku lyn gak gossip ni.. muehehe


kwn bey..ade keje kl..slalu la p club ke ape ker..nampak si ela ni sekali..ella ni amik ganja die kate..seblom nyanyi die amik..member la kata..taktaula betui ke tak..pasai tu mata die merah skit..tatau aa..:geram::geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 11:58 AM | Show all posts
Originally posted by freekey at 5-9-2006 12:31 AM

ehehehe.. takkanlah kot.. dgn siapa diorang nak buat aksi tu?? penari2 lelaki ke??

btw..

Aku asyik terbaca tajuk topik me ...

ngan tarian tonggek diorng la.. hihi.. lucah je aku tgk.. hiih
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 12:01 PM | Show all posts
da lame aku tunggu konsert solo ella.. dulu zaman2 sallem leh taja konsert.. ella la artis byk buat konsert.. time tu aku kecik ag talih gi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 09:14 PM | Show all posts
Originally posted by ReksakseHuduh23 at 5-9-2006 12:01 PM
da lame aku tunggu konsert solo ella.. dulu zaman2 sallem leh taja konsert.. ella la artis byk buat konsert.. time tu aku kecik ag talih gi..


same la beb. aku pun tgu konsert solo ella. dulu masa zaman kegemilangan dia..buat konsert sana sini..aku tgh skolah lagi. skang dah keje dan tua...takde lak nak buat konsert ella lg. sumenye nak kena menumpang konsert org..show ala2 bodoh cam sureheboh tu...rancangan tv DS1/HMI....paling tak pun showcase kat PH & HR je la....

skang dah tak laku kot nak wat konsert artis tempatan.... :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 06:15 AM | Show all posts
Ella hebat di pentas Konsert Malindo
Oleh KHADIJAH IBRAHIM



HASRAT penganjur Scope Event Ventures Sdn. Bhd. untuk mengajak 40,000 penonton membanjiri padang Polo Pavilion, Bukit Kiara Country & Resort pada 2 September lalu, ternyata tidak kesampaian.

Ini kerana jumlah penonton yang hadir menyaksikan Konsert Triple Mega Malindo di sana hanyalah 5,000 orang biarpun harga tiket RM70 diturunkan kepada RM50 pada saat akhir.

Meskipun kehadiran penonton jauh tersasar, namun khalayak yang datang ternyata daripada golongan mereka yang setia menyaksikan konsert itu dari pukul 5.30 petang hingga 1.30 pagi.

Konsert yang menampilkan Bandi Amuk sebagai pengacara itu menggabungkan penyanyi Malaysia dan Indonesia. Malaysia menampilkan Search, Wings, Ella dan Lefthanded sementara barisan artis seberang dijayakan oleh Dewa 19, Ratu dan Ari Lasso.

Kumpulan Lefthanded yang dianggotai oleh Man Kidal (gitar), Yan (bes), Ally (gitar) dan Man Dayak (dram) diberi penghormatan membuka tirai persembahan.

Untuk sesi pertama, Lefthanded tanpa vokalis asalnya, Nash, mengiringi penyanyi Muix daripada kumpulan Metalasia untuk lagu Seruan, Keadilan, Semangat Lamina, Arah Yang Hilang dan Tanjung Puteri.

Persembahan segmen pertama yang turut diserikan dengan dendangan Ari Lasso menerusi lagu Rahsia Perempuan, Penjaga Hati dan Hampa ternyata tidak memberi apa-apa impak kepada penonton.

Hanya selepas Ella tampil dengan lagu ketiganya, Permata Biru, barulah suasana mula menjadi hangat.

Biarpun pada permulaan persembahan Ella seakan-akan tenggelam timbul, namun Ratu Rock itu begitu cepat mencari kekuatannya tersendiri.

Kemunculan Ella berjaya mengatasi persembahan Mulan dan Maia daripada kumpulan Ratu yang muncul sebelum itu sehingga terlintas dalam fikiran apa perlunya mengundang Ratu jika Ratu Rock Malaysia lebih hebat di pentas.

Apa lagi ketika menghangatkan suasana dengan lagu-lagu hitnya, pengaruh Ella begitu terserlah.

Antara lagu yang diperdengarkan oleh Ella dengan gaya manjanya ialah Kasih yang ditujukan kepada mangsa tragedi gempa bumi Yogyakarta, Layar Impian, Dua Insan Bercinta dan Dunia Batinku iaitu duet bersama Saiful Apek.

Itulah pertama kali Ella bergandingan dengan pelawak tersebut.

揈lla berduet dengan Apek pun secara spontan. Kami tidak buat latihan langsung. Apek pernah beritahu Ella yang dia suka lagu itu dan kalau ada peluang dia nak jamming dengan Ella,拻 kata Ella.

Selain duet dengan Apek, Ella turut diundang oleh kumpulan Dewa 19 ke pentas mendendangkan lagu Sedang Ingin Bercinta.

Rupanya konsert malam itu telah membuka hati Ella untuk membuat konsert solonya dengan mengundang beberapa rakan artis lain.

揝eronok ya kalau dapat buat konsert bersama rakan-rakan artis lain. Ella cadang nak undang beberapa penyanyi utama kumpulan rock berduet untuk konsert itu. Tengoklah macam mana nanti,拻 katanya yang tidak sabar untuk mengadakan konsert solo itu.

Ratu tidak perlu

Sejak awal lagi ramai yang mempersoalkan kenapa perlu ada Ratu pada konsert itu? Adakah kerana salah seorang anggotanya iaitu Maia merupakan isteri kepada ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani turut menjayakan konsert itu?

Sebenarnya kemunculan Ratu tidak membantu menghangatkan konsert itu. Meskipun seorang lagi anggotanya, Mulan cuba 憁enggoda
Reply

Use magic Report

alizami This user has been deleted
Post time 6-9-2006 10:11 AM | Show all posts
ermmm......kan..mujur ella ada pada malam tu menyelamatkan maruah muzik tanah air....bagi aku search tetap hebat pada usia yang sudah hampir menjejak 50an....tak boleh nak diperbandingkan dengan kumpualn yg usia 20an dan 30an di mana stamina diaorang masih lagi bertenaga...saya kira search dah buat yg terbaik....ok...
"Hanya selepas Ella tampil dengan lagu ketiganya, Permata Biru, barulah suasana mula menjadi hangat"
itu petikan dari pengarang majalah..bukan saya...jadi nyata..malam tu kehangatan rock mula terasa dgn kehadiran sis ella...

"Kemunculan Ella berjaya mengatasi persembahan Mulan dan Maia daripada kumpulan Ratu yang muncul sebelum itu sehingga terlintas dalam fikiran apa perlunya mengundang Ratu jika Ratu Rock Malaysia lebih hebat di pentas.

Apa lagi ketika menghangatkan suasana dengan lagu-lagu hitnya, pengaruh Ella begitu terserlah.

Antara lagu yang diperdengarkan oleh Ella dengan gaya manjanya ialah Kasih yang ditujukan kepada mangsa tragedi gempa bumi Yogyakarta, Layar Impian, Dua Insan Bercinta dan Dunia Batinku iaitu duet bersama Saiful Apek."


ok sesapa leh nafikan kehebatan ella...persilakan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:53 AM | Show all posts
ELLA tiada gantinya sehingga kini...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 12:25 PM | Show all posts
5000 je ke yg dtg..asal la konsert ni buat time2 aku dok jauh..melepas ag..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 12:29 PM | Show all posts

Reply #43 bayieng's post

bkn tk laku..tp takdak penaja..kan dolu2 sallem dok taja..skang sallem tklih taja.. yg rancak dok taja hotlink.. kalo da hotlink.. phm2 je lee.. tk af..ct.. muehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2006 12:30 PM | Show all posts
mari2 tgk heaven versi ella kat utube..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 12:56 PM | Show all posts
wah... ella teringin nak wat konsert solo balik?
last time ella wat konsert solo besar rasanya masa album USA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 12:58 PM | Show all posts

Reply #45 ReksakseHuduh23's post

dah ada ke? apa linknya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 01:00 PM | Show all posts
aku suka ELLA since album Ilham bicara.. sesebelum ni tak berapa suka...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.072967 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list